KENGKAWAN

Wednesday, July 17, 2013

Kenapa kita kena puasa?

Tengah leka menaip kat pc, sorang colleague (lelaki India) yang duduk depan cubicle aku tegur. Dia tanya aku kenapa orang Islam seksa diri berpuasa dalam bulan Ramadan?

Colleague aku cakap lagi: Kita orang India pun puasa. Ada dua jenis puasa; Yang pertama puasa dari makan makanan berdaging. Just boleh makan vegetarian dan minum air. Yang kedua, puasa tanpa makan minum. Bila berbuka, kita minum susu dan manisan.

Terangkat kening aku dengar soalan dia. Haih. Aku tengah bizi gila buat keje dia boleh tanya soalan camni pulak. Jam taim tu dah dekat pukul 5 petang. Semua orang rushing nak siapkan keje. Bulan puasa ni ofis hour sampai pukul 5 je. Of coz semua nak balik cepat. Aku lebih lagi la. Nak fetch double A dari BBIM lagik. Bulan puasa nih BBIM tutup awal sejam. Memang kena on time.

Aku duduk menghadap dia. Nak explain keluar hadis bagai, aku takde lah expert sampai ke tahap tu (tetiba rasa kerdil - malu dengan diri sendiri).

Aku cakap, orang Islam puasa sebab ia salah satu dari 5 rukun Islam. Berpuasa dalam Islam ni bermakna, menyerah diri kepada Allah (swt). Patuh pada perintah Allah (swt) dan tinggalkan semua larangan-Nya. 

Aku cakap lagi, dengan berpuasa, kita dapat belajar bersabar, bersederhana dan menginsafi diri. 

Puasa orang Islam berbeza. Kita mulakan dengan bersahur dan mula berpuasa start dari waktu subuh sampai matahari terbenam.

Colleague aku: Tapi I kesian lah tengok orang yang puasa dalam bulan Ramadan ni. Mereka macam terseksa tau. Kena tahan lapar dari pagi sampai petang. I pun kalau pagi tak sarapan, tengahari dah tak boleh tahan, mesti kena makan. I kesian tengok orang puasa. Bila petang semua pegi beli makanan banyak-banyak. Kalau kat restoran atau kat pasar Ramadan, mesti banyak betul mereka beli. Macam kelaparan. You tau tak, kalau badan kita tak makan satu hari, lepas tu you masukkan macam-macam kat dalam, nanti macam-macam penyakit datang. So, whats the point of puasa? Sebab itu kita orang India puasa ada kelonggaran. Jadi kita tak jadi kelaparan sampai macam tu.

Oh... tetiba je aku rasa kulit muka ni tebal gila. Macam ni ke kaum lain pandang orang Islam yang berbondong-bondong shopping makanan kat bazar Ramadhan / berbuka kat restoran atau hotel??

Aku rasa nak marah, tapi, he's got a point. Orang Islam kat Malaysia, rata-rata memang camtu. Sanggup perabih taim berbuka. Sekali pegi bazar Ramadhan, konpem almost 50 inggit melayang. Berbuka kat restoran atau hotel apatah lagi kan. Haih.

Aku jawab, puasa dalam Islam mengajar kita bersederhana dalam segala-galanya. Termasuklah sederhana dalam berbuka. kita orang Islam, digalakkan berbuka dengan kurma atau manisan dan air. Tak timbul soal penyakit datang akibat makanberlebihan kalau mereka amalkan berbuka secara sederhana.

Colleague aku: You berbuka apa hari ni? Tak pergi pasar Ramadan?

Aku: Berbuka dengan lauk semalam je. I tak pegi pun pasar Ramadan. Suka masak kat rumah je.


Nota kaki: Nilaikan lah sendiri.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...