KENGKAWAN

Friday, July 05, 2013

Semarak Ramadan

4 hari lagi nak sambut bulan puasa :)

Puasa tahun ni, puasa kedua tanpa Mamoru. Haih. Tapi Akak kuat dik non. Walau dalam hati berlagu pilu (cewah).

Padi tadi dapat kurma free sempena bulan puasa. Dah terasa dah kemeriahan bulan puasa ni. Tak sabar pulak kan.

Dan tahun ni, ahkak seperti tahun tahun yang lalu, gigih tulis dan hantar kad raya untuk kengkawan ahkak semua walau ahkak tahu, nan hado sorang pun yang membalas (depa balas pakai sms ja oke). Oh.. sedih. Tapi takpe, ahkak tetap akan teruskan tradisi tulis kad raya sampai bebila. Personal touch with own handwriting. Baru ada sentimental value.

Aku rasa antara sebab utama orang tak lagi hantar kad raya sebab kos mahal kut. Sekeping kad je dah berapa inggit. Setem pulak, sekeping dah namposen. Dulu zaman aku kekecik, setem doposen ja. Mahal kan? Kengkawan pulak bukan sorang dua. Kawan sekolah, kawan sekampung, kawan seunibersiti. Gila ramai. Berapa dah kos tu? Pasal tu la orang duk pilih sms, email, whatapps, etc. JIMAT. Haih.

Tahun ni hantar kad awal. Biar abang posmen rehat awal balik raya.. hihi.

Nota kaki: Berharap tahun ni ada yang sudi hantar kat raya kat diri ini.. *buat muka kesian*..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...