KENGKAWAN

Saturday, August 31, 2013

Gazebo oh gazebo

Rambang mata tengok gazebo ni. Cecantik semuanya. Design pula memacam. Setingkek, duo tingkek, bertingkek-tingkek pun ado. Ikut kepadatan poket sendiri la kan. Poket tebal boleh laa. Untuk poket nipis macam aku nia, kena sedar diri la kan.

Apa pun, berbelanja bior realistik. Gazebo ni bukan nak guna selalu pun. Sekadar nak gedik-gedik hias kat tepi umah.. (tazkirah dari Mamoru... sentap ahkak) huahuahua.

Weols decide nak amik jenis setingkat 8x8. Kaler hitam golap. Pehtu nak beli sebijik buaian sangkut kat tetengah gazebo.. fuhh dah terbayang kesyiokkan tidur dalam buai dengan angin sepoi bahasa...

Tengah survey lagi nih. Range harga untuk design yang aku suka antara RM5500 - RM7000. Ada sesiapa tau kat mana yang boleh kasi harga murah lagi? 


Ni saiz kecik sikit & tinggi.. tak minat.

2 tingkat. Cemacam design ada. Bubuh kat laman umah aku konpem cun. Harga cun gak. Start dari RM10,000.


Yang ni siap ada bilik kecik dengan pintu tingkap bagai. Cunnn tapi bila dengar harga terus buat aku senyap sunyi. RM22,000. Mamps. Better aku renovate rumah dengan duit banyak tu.

Haih.

Friday, August 30, 2013

Trying kajal eyeliner

One word to describe kajal eyeliner: Awesome!

Boleh pakai with or without eyeshadow. Effect dia sangat gorgeous. Macam magic stick gitu.

Jenama? Yang aku pakai ni takde jenama pun. Beli kat kedai india (area masjid India).. haha. Murah je pun. Dua ke tiga inggit jer.

Dengan kajal, senang gila nak create line atas / bawah eyelids. Nak buat smokey effect pun senang :)

Dalam gambar bawah ni aku just pakai kajal kat bahagian atas eyelids pastu pakai MAC eyeshadow warna Print & Sketch. Kalau pakai kajal bahagian bawah eyelids sure mata nampak galak. Tapi aku suka camni lagi. Nampak natural :)

Jangan suruh aku buat tutorial makeup coz aku takde video cam. Video yang dalam camera kompak canon ada lah. Atau video notes II. Tapi aku tak pandai guna.. huhu. Unless ada yang nak ajar camne guna :p~

Jumaat akhirnya

Minggu yang sangat stress. Tapi ahkak lalui dengan senyuman...

Ohoiii.. terapi terapi..

Wednesday, August 28, 2013

Jom naik gunung Angsi

Sebenar-benarnya tujuan nak ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan ni bukan la nak naik gunung semata.

Objektif utamanya nak makan kat Restoran Warisan yang terletak kat tengah bendang sawah. Fuhh terbayang-bayang dah lauk pauk kampung especially gulai daging salai yang pehhhh... tambah pulak dengan air Jando Pulang yang humangaiiiii...

Nak pegi sana semata nak makan, idak la kan. Koser der. Jalan jauh pegi makan, pastu balik rumah lapau balik disebabkan jauhnya perjalanan tu.. huhuhu.

So, pasal tu lah kena ada trip lain. 2 in 1 kan.

Belah pagi bertolak ke Kuala Pilah (ikut highway Lekas). Pastu sampai kat hutan lipur Ulu Bendul start hiking naik gunung Angsi.

Belah petang turun gunung terus singgah Restoran Warisan. Taim turun gunung tu sure lapau selapaunya.. boleh la makan sepuas hati. Gitu.

Nak ikut jom. Kita pegi 14hn September ni. Pepagi buta gerak dari KL :)

credit photo Air Jando Pulang dari tiffinbiru.com

Sunday, August 25, 2013

Bila aD camwhore.

Muncung itek gittew.

Wednesday, August 21, 2013

PTPTN dan CCRIS

Masak lahh.

Kalau nama dah masuk CCRIS confim apa pun tak boleh. Nak buat loan rumah, keta semua tak boleh. Matey la korang. Pasnih kasi muflis je lah kat semua peminjam PTPTN ya.

Dah berhutang kenalah bayar. Rasanya semua orang faham konsep tu. Aku pun takde isu nak bayar hutang. Malah willing nak buat full settlement lagik ok.

Cuma ada satu benda yang buat aku berbulu je dengan PTPTN ni.

No, bukan pasal interest 4% tu.

Dan bukan pasal kena blacklisted tak boleh pegi obersea bagai.

Tapi pasal kemudahan pembayaran yang dibeza-bezakan oleh pihak PTPTN terhadap peminjam:-

1. Hanya peminjam tahun 2001 ke atas sahaja yang boleh guna KWSP sendiri untuk bayar hutang PTPTN.

2. Mak bapak peminjam boleh bayarkan hutang PTPTN.  Tapi hanya untuk peminjam tahun 2000 ke atas je.

Seriously,  aku tak faham kenapa hanya peminjam yang buat pinjaman start dari tahun 2000 or 2001 ke atas ja diberi kemudahan untuk bayar PTPTN guna KWSP. Peminjam tahun-tahun sebelumnya apa citer pulak? Pesal tak boleh settle guna KWSP? Apesal.. sal.. sal.. sal..????

Bab ni memang buat aku marah beb (sebab aku sign loan PTPTN tahun 1999.

Suruh orang bayar semula pinjaman kemain lagi. Tapi bila taim aku nak buat full settlement guna KWSP tak boleh katanya. Hanya peminjam tahun 2001 ke atas je boleh. Kejadah apakah? Maka terpaksa lah aku bayar bulan-bulan sampai ke sudah. Interest bertambah. Generate lah untung dari interest tu bebanyak ya. Gamps.

Ntah apa beza peminjam selepas dan sebelum tahun 2000 pun aku tak tahu. Kalau takde bias antara peminjam ni confirm ramai dah setelkan utang memasing.

Ini tidak adil.. tidak adil.. tidak adil.. !

Pastu last year keluar pulak dalam belanjawan tentang diskaun kalau buat full settlement PTPTN dalam tempoh setahun.

Haih. Kalau mak bapak kaya boleh lah kenen mintak bayarkan. Golongan marhein macam aku ni kalau ada cash puluh-puluh ribu dalam tangan pun belum tentu boleh bayar lump sum. Banyak mender nak guna duit zaman nijam.

Apa je choice yang ada kalau nak dapatkan diskaun tu? Buat loan semata nak settekan hutang. Itu bukan selesaikan masalah, tambah beban ade laa.

Orang nak settle guna KWSP tak kasi. Bukan duit KWSP orang lain. Duit sendiri kot. Aku gerenti lah duit KWSP akaun II student yang ambik PTPTN  zaman aku bertingkek-tingkek banyaknya. Lebih dari cukup untuk buat full payment.

Poyo je semua ni. Cakap je lah memang sengaja nak biar student tercungap-cungap lambat bayar utang supaya boleh generate interest banyak. Kann...

UPDATE: Kabinet tangguh proposal PTPTN untuk blacklist peminjam (CCRIS).

Ah poyo.

Gempa bumi kat Baling.

First time dengar gempa bumi jadi kat Malaysia dan berpusat dari negeri kat dalam Malaysia sendiri. Selalu tu gegaran dari luar je.

Try google pasal ni tp tak banyak info. Takde orang Baling, Kedah kat sini? Update la sikit.

Aku penah jejak sekali je kat Baling, masa buat xpdc 4 gunung Bintang dulu. Keluar hutan lalu kampung Kupang. Tak sure sama ada kampung yang sama kena gempa bumi. Kat Malaysia ni banyak tempat nama sama.

Dulu masa belajar geografi, rasanya Malaysia ni kawasan selamat dari lingkaran api pasifik (kawasan yang banyak jadi gempa bumi, gunung berapi)

But, who knows kan... God almighty.

Monday, August 19, 2013

Kos hidup tinggi nak bela anak pun tak mampu

Aku ada baca ayat kat satu poster kat hospital Pantai Bangsar. Lebih kurang camni la ayat dia : "Unplanned family members might not be a happy addition".

Kalau orang kita baca jer mesti fikir, apesal pulak tak hepi bila dapat baby? Anak kan pembawa rezeki.

Betul. Anak pembawa rezeki. Tapi kalau life asyik kat takuk tu ja, bini pulak terpregnant lagi dan lagi dan lagiii.... Boleh haru beb.

Semalam, terbaca artikel dalam NST. Tentang anak jugak: "Setting the price for  children". Tentang orang yang tak boleh ada anak. Bukan tak boleh dapat anak sebab masalah mandul ke apa (no offence ya), tapi sebab tak mampu nak tanggung kos untuk memiliki anak.

Nak buat anak senang. Orang tak menikah pun terbuat anak. Tapi nak besarkan anak dan nak bagi kualiti hidup yang baik pada anak bukan senang beb. Kualiti hidup tu bukan setakat bab makan, pakai, tempat tinggal jer oke. Kualiti hidup ni termasuk MASA yang kita dapat spend dengan anak-anak kita setiap hari.

Taraf hidup kat KL ni tinggi. Gaji pat lima ribu pun belum tentu mampu nak beli rumah. Rumah mahal kot. Nak beli yang murah (murah lah sangattttt.. *tangan ateh bahu mata songket  ke ateh*) pun, kena cari jauhhhh dari KL. Jauh sampai pegi balik keje nampak bulan bintang jer. Matahari timbul tenggelam pun tak perasan.

Life camni agak-agak elok ke nak bela budak? Setakat campak anak ke rumah pengasuh/taska/umah parents dari pagi sampai malam, pastu tengok muka anak pun taim budak tu dah tido.. rasa-rasa sampai tak kasih sayang yang kita berikan? Tepuk dahi, tanya diri sendiri.

Camne eh nak teruskan kehidupan jaman nijam? Kang kalau tak keje bertungkus lumus siang malam pagi petang, tak dapat extra income. Keje penting. Tak keje takde gaji. Takde gaji camne nak bayar sewa, kereta, makan, pakai segala. Kos anak lagi.

Tapi kalau berkeje bertungkus lumus untuk cari duit untuk family, tak cukup masa pulak untuk anak bini. Kurang kasih sayang, perhatian segala bagai. Kualiti hidup tarak. Masalah lain pulak melambak.

Haih. Apa pun tak boleh

*******************************************

WITH exception to "the one per cent" and those who have their needs paid for by the public purse, it is impossible for ordinary adult Malaysians not to feel the pinch of the rapidly escalating cost of living. In fact, the use of the word "pinch" in relation to economics may have to be boarded out, because the reality for many is more like an amputation. While in the past it was possible to not only dream, but also reasonably expect to own a home, now, and possibly forever after, home ownership will remain only a bitter dream for many. As the New Sunday Times' cost of living series has shown over the past few weeks, more Malaysians are finding it harder to make ends meet.

Faster than it takes a wage earner to calculate whether he or she can afford to buy an apartment unit or house, the costs go up; so much so that the only way to catch up is to run 50 or 100km out of town. This, many people do, and then spend much of what is supposed to be quality social and family time commuting between home and office. It is an impractical solution. The reality for many, however, may be that they will live out their lives as renters, not owners. And even then, inner city space is fast being cleared up to make way for high-yielding luxury condominiums. For the ordinary Joe, it could feel very much like the economy is conspiring to squeeze one out of life altogether.

But when it gets to a point where thrifty couples cannot even realistically afford having one child, that is when life starts getting pointless. Not that children have ever been cheap. Indeed, conceiving a child should be a well thought out and calculated event. The issue of affordability is far more serious than that of a housing mortgage because with children, there is no possibility of a shortsale. (Unfortunately, "repossession" can occur in instances where children are undernourished or due to accidents caused by lack of supervision.) There are many things that a person can learn to forego: a car, house, fine dining, expensive jewellery. But most humans are hardwired to produce offspring -- parental desire being an important survival mechanism, even though there is currently no risk of the human species going extinct.

Would it be a good thing for people to start looking at progeny as a luxury possession? Children are usually seen as "precious" any way, and, like it or not, human life does have a price. That manifests itself in the hidden costs of living a decent life, like paying more to live in a safe area, eating nutritious meals and getting quality education. Without a doubt, family planning is vital. But it will surely be a sad day when parenthood goes up for auction

Sumber: http://www.nst.com.my/opinion/editorial/setting-the-price-for-children-1.339572#

Friday, August 16, 2013

Luahan perasaan

Brainy Bunch.

I was made to understand that Brainy Bunch (BBIM) will be operating during school holidays (for full day program). But for daycare only. No classes. Tapi terkejut bila BBIM tutup 2 weeks for cuti raya. And I only get to know this a couple of weeks before that. No email / sms / notification on this. Itupun aku overheard conversation between one of the parents with BBIM staff masa nak fetch double A.

Sebelum tu:-

Tentang visit to Kidszania sebulan sebelum ni. Untuk student 3 years old (Amarr) participation must be accompanied by parents. Staff BBIM kata sekolah tutup masa lawatan ke Kidzania (Since aku malas nak
berasak dalam Kidzania, aku terpaksa ambil cuti untuk jaga Amarr kat rumah. Tapi masa hari nak pegi tu, aku dapat tau sekolah operate macam biasa untuk 3 years old. Padahal seminggu sebelum tu depa kata sekolah tutup. No notification ok. Seriously aku tak hepi. Aku dah amik cuti kot.

Ada lagi. Pasal sekolah tutup masa nuzul Quran aritu. Tak inform awal-awal pun. Aku dapat tahu bila staff BBIM inform seminggu sebelum hari Nuzul Quran. Ahdoiiii.. tak faham aku. KL manader cuti nuzul Quran beb. BBIM tempat anak-anak aku sekolah ni pun letaknya kat tetengah KL. Kenapa nak cuti weh? Lambat inform lak tu. Gerem ok. Nasib baik bulan puasa. Aku sabarkan je.

Ekceli,  BBIM punya cuti raya start 7hb. Tapi staff kat situ minta jasa baik parents kalau boleh derang nak start cuti awal. Meaning by 5hb ogos sekolah dah boleh tutup. Aku takde hal bab bab nak cuti raya awal ni. Aku paham perasaan orang nak balik beraya. Tapi bila aku dapat tau sekolah tutup cuti raya 2 minggu (ikut cuti sekolah). Aku tak boleh sabar lagi. Rata-rata sekolah lain aku tanya semua dah buka lepas seminggu cuti raya. Apekah? Kelam kabut aku nak cari babysitter ok.

Haih.

Antara sebab aku hantar anak-anak aku kat sekolah memahal camni adelah untuk make sure keje aku smooth. Takde lah asyik nak ambik cuti disebabkan takde babysitter. Tapi kalau camni selalu.. matey la weh. Aku bukan keje CEO yang boleh amik cuti sesuka hati. Kalau CEO pun, boleh terlingkup kompeni asyik cuti je.

Cuba bagi confirmation bebetul. Bagi jadual sekolah kat aku. Kalau ada amendment pasal cuti, email awal-awal. Ini asyik tergempar je cutinya. Dah dekat nak cuti baru kasi tau. Apa kes.

Satu lagi yang buat aku tak puas hati. Pasal registration untuk tahun depan. Kalau ikut pemahaman aku, student sedia ada akan otomatik
registrered untuk tahun seterusnya. Tapi staff BBIM kat sini kata, student sedia ada kena bayar deposit RM300 sorang by end of July untuk secure seats tahun depan. Sebab katanya, derang dahulukan student baru yang nak register. So, kalau student sedia ada ni tak bayar booking deposit of RM300 seorang (dalam kes aku RM600 la kan untuk 2 orang) dannnnn kalau tetiba intake untuk tahun depan dah full.. so no seats
for anak korang. Wah wah wahhh.. sistem apekah ini? Bukan sepatutnya yang dahulu didahulukan ke?

Note: Registration fees untuk 2 orang anak aku every year RM2500 ++. EVERY YEAR tau. Monthly fees RM 1100++ lagik. (full day).

BBIM oh BBIM.

Takper, aku kasi can sampai end of the year. Sebab so far, anak-anak aku suka pegi sekolah ni. Tapi tolong lah. Jangan dicabar tahap kesabaran ni.

Wednesday, August 14, 2013

Solatullah Salamullah

Ariff suka nyanyi lagu ni. Asal teringat je dia nyanyi. Sampai selalu terngiang-ngiang kat telinga aku even jauh dari Ariff (taim pegi keje la kan ). Kengkadang tu aku duk nyanyi sama.. dalam hati :)


Salatullah salamullah
ala Ta Ha Rasulillah
Salatullah salamullah
ala Ya Sin Habibillah

Tawassulna bi-bismillah
Wa bi’l Hādi Rasūlillah
Wa kulli mujāhidin lillah
Bi-Ahl il-Badri Ya Allah

Ilāhi sallim-il ummah
Min al-āfāti wa’n-niqma
Wa min hammin wamin ghammin
Bi-Ahl il-Badri Ya Allah

Wa salli `alā nabiyyil barr
Bi-lā `addin wa la hasrin
Wa āli sādatin ghurrin
Bi-Ahl il-Badri Ya Allah


English version:

Salatullah salamullah
ala Ta Ha Rasulillah
Salatullah salamullah
ala Ya Sin Habibillah

We seek a way with bismillah
And with the guide, Rasulillah
And all who strive in the way of Allah
The people of Badr ya Allah

Oh my Lord! Keep your people free
From hardship and adversity
From fear and sorrow and anxiety
Through your love of the people of Badr ya Allah

And oh! What mercy we have acquired
How many misfortunes we’re made to avoid
How great the blessings that have entered our lives
Through your love of the people of Badr ya Allah

Upon the sinless prophet blessings send
Beyond all count, beyond all end
On the blessed ones who from him descend
Through your love of the people of Badr ya Allah.



Monday, August 12, 2013

Keje di raya ke-5

Ceria ceria dan cuba seikhlas yang mampu untuk menghadap keje hari ni.

Mood: Bersyukur atas nikmat cuti dan keselamatan diri, family, rakan, rumah dan harta benda yang terjaga di dalam lindungan-Nya. Jom ucapkan syukur alhamdullilah :)

Tuesday, August 06, 2013

Raya kami

Mood nak beraya still tak sampai. Padahal esok last puasa. Aduyai. Ni yang payah bila ke-hepi-an nak sambut raya tu dikalahkan oleh ke-hepi-an mendapat rumah baru. Semua mender nak dibuat dalam satu masa. Persiapan sambut raya, persiapan rumah baru. Haih. Sudahnya mood bercampur-campur.

Aku still kat KL lagi. Mamoru pulak kat Melaka. Hari ni dia ada appoinment dengan kontraktor rumah. Check defect. Developer bagi masa 14 hari untuk check defect. Memang kelam kabut la raya aku.

Anw, sebelum entry aku semuar berkisar tentang rumah baru, aku nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk korang semua. Maaf Zahir & Batin dari aku & family.

Pada yang balik kampung, hehati dalam perjalanan.

Assistant isi duit dalam sampul raya

Dah boleh diharap dah. Bagus... baguss.

Ariff masukkan note RM1.
Amarr masukkan note RM5

Aku tunjuk kat Ariff sekali je camne nak buat. Selebihnya, Ariff settlekan. Aku bajet dia tinggalkan sekerat jalan. Tak sangka sampai settle masukkan semua duit dalam sampul batu dia keluar pegi tengok cartoon.

Amarr pun sama. Terkial-kial masukkan duit dalam sampul. Aku bajet bila abang dia dah siap dan tinggalkan dia sengsorang, dia akan give up. Tapi tetapp gigih ok.  Tak berganjak dia buat keje. Cuma lepas dia siap, aku terpaksa curi-curi keluarkan semula duit yang Amarr masukkan dalam sampul. Yelah, setiap satu sampul dia masukkan sampai RM200 lebih.. huhuhu. Botak kepala kalau canni. Mmakkk belum kaya lagi nakkkk.

Note singgit tu nak bagi nenek Mamoru. Untuk nenek bagi pada cicit dia yang datang. Aku punya bajet RM5 jer tahun ni..huhuhu. Kena save beb. Pasni banyak yang nak kena labur kat  rumah baru..

Mood hepi dalam derita bila dah ada rumah baru ni. Banyakkkkk nak pakai duit. Botak-botak. Botak kepala.

Monday, August 05, 2013

Petani cilik

Layankan aje budak gayat jumpa tanah. Sesekali dapat peluang camni, memang dia tak lepaskan punye lah. Dapat pulak atuk yang rajin bertani. Lagi laaa mengelinjor dia nak "menolong".

Sunday, August 04, 2013

Dah dapat kunci umah

Semalam pegi pejabat developer, collect kunci rumah. Bagus gak dia explain tentang apa yang aku kena buat bila masuk umah. E.g., daftar nama kat TNB, Air dan check defect.

Masa tengah melawat rumah, ada supplier tinted yang approach kitaorg kat depan rumah. Dia bagi offer best price untuk tinted semua tingkap dan sliding door. Murah jugak lah. Rumah baru ni tingkap sama tinggi dengan sliding door. Panjang semua tingkap adelah sampai ke lantai ok. Sliding door ada dua lak tu. So kalau nak tinted satu rumah, konpem mahal.

Kata suppilier tu, dia nak jadikan rumah aku sebagai contoh untuk iklan business dia. Kena pulak rumah aku ni corner lot tepi jalan utama. Memang sesuai sangat lah kan. Dia cakap tayah bayar dulu. Biar dia pasang sesiap dan tengok hasil seminggu lepas pasang, kalau puas hati baru buat payment. Gila tempting kan. Nak nak dekat nak raya ni duit keluar macam air.. So bajet untuk tinted ni memang ke lauttt.. hihi.

Mamoru suruh tunggu lepas raya baru boleh pasang. Lagipun nak fix defect dulu. Bab kaler tinted, aku pilih gold... hihihi. Biau berkilau.. haha.

Teringin nak buat kenduri doa selamat sempena masuk rumah baru. Buat kenduri dalam keadaan umah kosong adelah sangat senang nak mengemas.. hahaha. Nak tunggu rumah complete barang semua lambat kot.

Oh, nak cerita tentang perasaan dapat rumah baru. Of coz la hepi kan. Hepi sampai mengalir air mata beb. Bagi orang yang merasa camner hidup susah saat camni adalah sangat bermakna tau.

Arwah ibu aku pernah berapa kali suarakan hasrat nak beli umah pada ayah tapi tak dapat sebab weols tak mampu. Bila arwah meninggal ayah terkilan sangat. Maybe sebab tu ayah bawak weols tinggal jauh kat kawasan sungai kat kampung dan bina rumah dari tangan dia sendiri. Dengan takde letrik bagai. Haih.

Masa kekecik, aku selalu impikan beli rumah sendiri. Tapi belajar kelautt. Tuisyen tak mampu. Sekolah memonteng. Duduk kampung seriyes tak motivate kan aku untuk belajar. Sebab 99% student jaman aku kurang dapat pendedahan tentang dunia luar.  Yang satu peratus lagi adelah aku la tu (perasan haha). Yang gigih nak keluar dari kampung ni. Nak ubah masa depan diri dan famili. Kata ayah, kalau aku fail, aku hanya akan buat adik-adik aku ikut jejak ke-fail-an aku.

Jaman aku dulu, student bandar dah lama pandai pakai komputer, aku nih dah masuk universiti baru nak belajar camner guna keybod komputer. Microsoft words pun baru pertama kali nampak. Gila kampung.
Pasal tu la bila dapat rumah sendiri ni, perasaan agak bercampur baur. Eh apa kaitan cerita komputer bagai dengan rumah? Abaikan.

Anw ini la hasilnya ya adik-adik yang duk suft intenet blog hopping sampai tak buat homework. Sentiasa fikir untuk masa depan.

Friday, August 02, 2013

Rezeki Ramadhan :)

First nak cerita lain. Tentang orang yang pakai headfon or earphone (esp kat dalam train, dalam bas or tempat yang senyap sunyi macam tempat membaca, etc).

Kalau difahamkan kegunaan mender alah tu adelah untuk mendengar muzik atau video secara individu. Makne nya, untuk kau dengar sengsorang lah kan. So, kejadah la pasang lagu kekuat sampai orang keliling boleh dengar sekali lagu apa yang ko dengar tu? Better kau bawak speaker radio or speaker pc sangkut kat leher kot yer nak pasang kekuat kan. Annoying ok. Sangattt. Sampai tahap aku nak je tarik wayar headfon kau cakap "pls slow kan volume lagu kau tu. Sangat mengganggu orang nak membaca or nak nap sekejap dalam train... *geremm nih*

Second pasal sorang pempuan cina tua kat ofis ni. Nyaris nak menaikkan tapak timberland aku kat muka dia. Nasib baik aku puasa beb. Dan nasib baik aku cepat cool bila fikir hari ni last keje pastu cuti raya. Sabau aD. Sabauuuuuu.

Ok. Rilek. Now the good news pulak. Good news kena tulis lepas marah-marah sebab pastu mood ceria balik. Kekdahnya.

Semalam, developer call. Dia tanya kenapa aku tak datang collect kunci rumah baru. Terkesima aku sekejap. Aku tak dapat surat suruh amik kunci pon. Dia cakap derang ada hantar surat post berdaftar ke rumah aku. Alaa.. rumah aku mana ada orang taim siang. Confirm abang posmen tak dapat deliver. Tapi tak kisahlah. Yang penting, rumah baru dah ready. Dah boleh move in. Hepi hepi.. I'm a proud owner of a beautiful Semi-D! Rumah first kan, so senyum sampai telinga.. haha.

Alhamdullilah.  Tuhan permudahkan semuanya. Tak sampai 2 tahun construction rumah ni. Aku beli umah ni masa hari raya hujung tahun 2011. Now, aku dapat masuk rumah ni seminggu sbelum raya. Sweet kan.

Cuma tak sempat buat persiapan raya kat rumah tu je lah.. hihi. Raya dah dekat kot :)

Ok. Mood dah ok. Esok nak gi amik kunci. Tengok umah baru.. weeeeeee :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...