KENGKAWAN

Wednesday, August 28, 2013

Jom naik gunung Angsi

Sebenar-benarnya tujuan nak ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan ni bukan la nak naik gunung semata.

Objektif utamanya nak makan kat Restoran Warisan yang terletak kat tengah bendang sawah. Fuhh terbayang-bayang dah lauk pauk kampung especially gulai daging salai yang pehhhh... tambah pulak dengan air Jando Pulang yang humangaiiiii...

Nak pegi sana semata nak makan, idak la kan. Koser der. Jalan jauh pegi makan, pastu balik rumah lapau balik disebabkan jauhnya perjalanan tu.. huhuhu.

So, pasal tu lah kena ada trip lain. 2 in 1 kan.

Belah pagi bertolak ke Kuala Pilah (ikut highway Lekas). Pastu sampai kat hutan lipur Ulu Bendul start hiking naik gunung Angsi.

Belah petang turun gunung terus singgah Restoran Warisan. Taim turun gunung tu sure lapau selapaunya.. boleh la makan sepuas hati. Gitu.

Nak ikut jom. Kita pegi 14hn September ni. Pepagi buta gerak dari KL :)

credit photo Air Jando Pulang dari tiffinbiru.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...