KENGKAWAN

Wednesday, August 21, 2013

PTPTN dan CCRIS

Masak lahh.

Kalau nama dah masuk CCRIS confim apa pun tak boleh. Nak buat loan rumah, keta semua tak boleh. Matey la korang. Pasnih kasi muflis je lah kat semua peminjam PTPTN ya.

Dah berhutang kenalah bayar. Rasanya semua orang faham konsep tu. Aku pun takde isu nak bayar hutang. Malah willing nak buat full settlement lagik ok.

Cuma ada satu benda yang buat aku berbulu je dengan PTPTN ni.

No, bukan pasal interest 4% tu.

Dan bukan pasal kena blacklisted tak boleh pegi obersea bagai.

Tapi pasal kemudahan pembayaran yang dibeza-bezakan oleh pihak PTPTN terhadap peminjam:-

1. Hanya peminjam tahun 2001 ke atas sahaja yang boleh guna KWSP sendiri untuk bayar hutang PTPTN.

2. Mak bapak peminjam boleh bayarkan hutang PTPTN.  Tapi hanya untuk peminjam tahun 2000 ke atas je.

Seriously,  aku tak faham kenapa hanya peminjam yang buat pinjaman start dari tahun 2000 or 2001 ke atas ja diberi kemudahan untuk bayar PTPTN guna KWSP. Peminjam tahun-tahun sebelumnya apa citer pulak? Pesal tak boleh settle guna KWSP? Apesal.. sal.. sal.. sal..????

Bab ni memang buat aku marah beb (sebab aku sign loan PTPTN tahun 1999.

Suruh orang bayar semula pinjaman kemain lagi. Tapi bila taim aku nak buat full settlement guna KWSP tak boleh katanya. Hanya peminjam tahun 2001 ke atas je boleh. Kejadah apakah? Maka terpaksa lah aku bayar bulan-bulan sampai ke sudah. Interest bertambah. Generate lah untung dari interest tu bebanyak ya. Gamps.

Ntah apa beza peminjam selepas dan sebelum tahun 2000 pun aku tak tahu. Kalau takde bias antara peminjam ni confirm ramai dah setelkan utang memasing.

Ini tidak adil.. tidak adil.. tidak adil.. !

Pastu last year keluar pulak dalam belanjawan tentang diskaun kalau buat full settlement PTPTN dalam tempoh setahun.

Haih. Kalau mak bapak kaya boleh lah kenen mintak bayarkan. Golongan marhein macam aku ni kalau ada cash puluh-puluh ribu dalam tangan pun belum tentu boleh bayar lump sum. Banyak mender nak guna duit zaman nijam.

Apa je choice yang ada kalau nak dapatkan diskaun tu? Buat loan semata nak settekan hutang. Itu bukan selesaikan masalah, tambah beban ade laa.

Orang nak settle guna KWSP tak kasi. Bukan duit KWSP orang lain. Duit sendiri kot. Aku gerenti lah duit KWSP akaun II student yang ambik PTPTN  zaman aku bertingkek-tingkek banyaknya. Lebih dari cukup untuk buat full payment.

Poyo je semua ni. Cakap je lah memang sengaja nak biar student tercungap-cungap lambat bayar utang supaya boleh generate interest banyak. Kann...

UPDATE: Kabinet tangguh proposal PTPTN untuk blacklist peminjam (CCRIS).

Ah poyo.

2 comments:

attyfir said...

betul tu..duit kwsp tu , umur 60 thn lak skrg boleh keluar.

byk2 simpan..byr guna byr hutang..

Eliss Mie said...

mungkin pasal duit kwsp yang dirollingkan ke ptptn tu ker? mungkin ianya bermula tahun 2000 keatas.hehehe. nasib badan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...