KENGKAWAN

Friday, August 02, 2013

Rezeki Ramadhan :)

First nak cerita lain. Tentang orang yang pakai headfon or earphone (esp kat dalam train, dalam bas or tempat yang senyap sunyi macam tempat membaca, etc).

Kalau difahamkan kegunaan mender alah tu adelah untuk mendengar muzik atau video secara individu. Makne nya, untuk kau dengar sengsorang lah kan. So, kejadah la pasang lagu kekuat sampai orang keliling boleh dengar sekali lagu apa yang ko dengar tu? Better kau bawak speaker radio or speaker pc sangkut kat leher kot yer nak pasang kekuat kan. Annoying ok. Sangattt. Sampai tahap aku nak je tarik wayar headfon kau cakap "pls slow kan volume lagu kau tu. Sangat mengganggu orang nak membaca or nak nap sekejap dalam train... *geremm nih*

Second pasal sorang pempuan cina tua kat ofis ni. Nyaris nak menaikkan tapak timberland aku kat muka dia. Nasib baik aku puasa beb. Dan nasib baik aku cepat cool bila fikir hari ni last keje pastu cuti raya. Sabau aD. Sabauuuuuu.

Ok. Rilek. Now the good news pulak. Good news kena tulis lepas marah-marah sebab pastu mood ceria balik. Kekdahnya.

Semalam, developer call. Dia tanya kenapa aku tak datang collect kunci rumah baru. Terkesima aku sekejap. Aku tak dapat surat suruh amik kunci pon. Dia cakap derang ada hantar surat post berdaftar ke rumah aku. Alaa.. rumah aku mana ada orang taim siang. Confirm abang posmen tak dapat deliver. Tapi tak kisahlah. Yang penting, rumah baru dah ready. Dah boleh move in. Hepi hepi.. I'm a proud owner of a beautiful Semi-D! Rumah first kan, so senyum sampai telinga.. haha.

Alhamdullilah.  Tuhan permudahkan semuanya. Tak sampai 2 tahun construction rumah ni. Aku beli umah ni masa hari raya hujung tahun 2011. Now, aku dapat masuk rumah ni seminggu sbelum raya. Sweet kan.

Cuma tak sempat buat persiapan raya kat rumah tu je lah.. hihi. Raya dah dekat kot :)

Ok. Mood dah ok. Esok nak gi amik kunci. Tengok umah baru.. weeeeeee :)

1 comment:

aJa said...

Alhamdulillah....

Rezeki anak-anak....Selamat Hari Raya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...