KENGKAWAN

Tuesday, September 10, 2013

Ariff masuk OT @ Pantai Bangsar

Haih.

Instinct  seorang mak ni memang selalunya tepat kan? Kalau mak kita rasa tak sedap hati tu, memang ada la benda yang nak jadi.

Macam semalam, masa aku bersihkan hingus kat hidung Ariff. Aku dapat agak ada benda dalam hidung Ariff. Kalau tinjau camtu memang tak nampak pun sebab penuh hingus kot. Kalau tanya Ariff, lagi lah tak membantu. Jawapan dia berubah-ubah ikut siaran kartun kat tv.

Even doktor kat klinik pun cakap takde apa2 mulanya. Bila aku berkeras suruh cek bebetul, baru dia buat. Dan memang betul ada benda asing dalam hidung Ariff. Terus mintak refer ke hospital.

Call Mamoru inform tentang Ariff.  Malam tadi juga dia bertolak ke KL dari Melaka.

Patutnya procedure kat pagi tadi senang je. Tapi sebab Ariff agak trauma dengan Doc 1st yang treat dia kat Pantai Bangsar pagi tadi, Mamoru minta tukar Doc  lain. Tapi still tak boleh proceed untuk keluarkan benda asing tu sebab Ariff still trauma.

Sebab tu lah Doc yang ke-2 terpaksa admit Ariff & suruh dia puasa 6 jam sebelum masuk OT. Pukul 4pm Doc anaesthetic attend ariff.  Pastu Doc ke-2 proceed dengan procedure. Tak lama pun. Sekejap je dah settle.

Ariff pulak, bila doc bangunkan dia terus menangis macam apa je. Haih.

"I dont want to see Doctor.  I'm scared. I'm scared! ! Please, please, pleaseeee..."

Oh drama sangat.

Nasib baik Mamoru yang teman Ariff dalam OT. Kalau aku, confirm dengan aku sekali melalak kat situ. Haru.

Benda asing dalam hidung Ariff tu rupanya serpihan pemadam pensil. Kalau ikut cakap Ariff,  kawan dia yang masukkan dalam hidung. Entahlah.

Aku ada inform teacher Ariff kat BBIM. Memang bertubi-tubi aku dapat call dari teacher dan pengetua sekolah Ariff. Express concerns.

Aku tak suka nak salahkan sesiapa. Esp teachers kat sekolah Ariff. Aku percaya they have done their best. Benda nak jadi. Kalau Tuhan cakap jadi, kat rumah sendiri pun boleh kena. Tapi agak-agak la jugak kan. Sabar aku bukan tinggi nau. Aku manusia biasa juga.

Bab bebudak notty pulak, seriously aku tak salahkan bebudak ni. Takkan pasal bebudak yang belum pandai bezakan buruk baik, kita sesama parents nak masam muka. Aku prefer tolak ansur. Pada aku, biarlah aku maafkan anak orang yang 'ter' buat anak aku hari ni. Esok lusa, katakanlah anak aku secara tak sengaja 'ter' buat anak orang, for sure aku harap parents yang lain bertolak ansur juga.

Apapun syukur alhamdullilah. Ariff dah ok dan aktiff. Esok boleh start sekolah semula.

Note: Disebabkan semua bilik ward termasuk single room penuh, weols check-in suite terus.   Not sure berapa bill ni karang. Luckily,  insurance yang bayar. Oh mind the suite yang agak disaster dilanda Ariff yang cranky sebab kena puasa dari pagi sampai pukul 5.30 petang. Budak 4 tahun suruh puasa kan.. haru.


3 comments:

Amoi Farah said...

Semoga cepat sembuh... Takut plak baca serpihan pemadam masuk dalam hidung...

Rose Ragai said...

wah.. bahaya gak eh.. semoga cepat sembuh.. lama tak alwat blog u ni... ariff pun dah besar.. :D

Ein said...

omg... serpihan pemadam? sorry tergelak pun ada masa baca.. hehe :D isk isk.. macam2 budak2 kan... anyway, i wish ariff cepat sembuh ye.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...