KENGKAWAN

Thursday, September 19, 2013

Macam mana nak study camni

Travel takde lah jauh sangat. Bangi je pun. Tapi dia punya penat.. aduyai.

Tadi boleh pulak dapat homework. Rasa macam budak sekolah pun ada. Rabak mata malam ni nak study sampai dua chapter semata nak settekan homework.

Nak buat homework kena tunggu double A tidur. Kalau tak, terkejut beruk lecturer tengok paper aku penuh dengan tulisan ABC & lukisan orang lidi.

Haih.

Dengan semangat nak settekan homework,  aku bawak double A masuk tidur. Siap baca bedtime story lagi ni. Masuk buku ke 3 still tak tido-tido lagi. Ariff siap prepare buku ke 4 in case aku habis baca buku ke 3 nih. Instead of nak buat derang tido, mata aku pulak jadi kuyu.

Macam mana aku nak study ni. Exam 9 November. Dua paper lak tu.. uwaaaaaaaaaa...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...