KENGKAWAN

Tuesday, October 29, 2013

Bila kena ngurat dengan budak bawah umur

Budak-budak sekarang memang advance. Ngurat pakai henfon ja.

Dengar suara, macam kenal. Ingatkan member yang call. Bila dah borak, aku start rasa pelik. Sebab yang bercakap tu duk tanya aku orang mana? Umur berapa? melayu ke? Tang melayu tu banyak kali lak dia tanya.. apa rupa aku ni macam cina kah? Sah-sah la kulit aku itam kan.

Cek nombor phone dia. Siap ada gambar yang keluar kat skrin, memang tak kenal pun.

Aku tanya dia nak apa. Saja nak kenal katanya. Dia dapat no aku dari facebook.

Hahaha demm. Ni la jadi kalau tak filter friend requests.

Bila aku refused nak jawab soalan dia, dia duk explain pasal diri dia pulak. Haih. Tanak kalah ni.

Dia kata umur dia 20. Asal dari Baling, Kedah.

Alahai dik.. ahkak tak minat la dengan anak ikan..hahahahaha.

Malas nak panjang cerita, aku tipu dia cakap umur aku 40 tahun.. wakakaka. Well in fact, lagi 6 tahun je umur aku nak genap 40 kan.. kira tak tipu sangat la kan.

Memula dia tak percaya. Dia cakap gambar aku tak nampak macam 40 tahun pun.

Aku tanya gambar yang mana dia tengok? Gambar aku dengan baby (kat header blog ni. Gambar ni aku guna untuk cover photo fb jugak). Ada ke dia cakap baby dalam gambar tu adik aku.. tak pun anak sedara aku.. wahhhhhh... kembang hidung aku sekejap. 

Untuk lebih meyakinkan penipuan ni, aku cakap la umur dia dah sebaya macam anak aku.

Terus gagap member.. hahahahaha.

Tapi aku impress gak la sebab dia tak terus off phone. Lepas minta maaf bagai baru dia letak phone.

Lepas tu aku cek balik nama dia kat skrin henfon. Good thing about smart phone, kita boleh detect dia punya Facebook account. Sebab tu gambar profile dia boleh keluar kat skrin aku.

Boleh tahan budaknya. Hensem.. (matey la 16 sebatan!). Anak ikan sangattttt tau. Not my taste oke. Terbayang keluar dating dengan adik sendiri.. oheemmgeeee!

Nak paste gambar dia kat sini, tapi tak sampai hati.. hihi. Biarlah.

Anyway, u made my day la dik. Like banyak-banyak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...