KENGKAWAN

Wednesday, October 16, 2013

Wishlist

Ramai member & sedara mara tanya apa aku nak buat kat kawasan lapang tepi rumah ni.

Yang siap suggest memacam pun ada. Suruh buat swimming pool la, playground la, besarkan rumah la.. etc.

Honestly, plan awal aku just nak biarkan kawasan ni kosong. Just tanam rumput karpet dan beberapa batang pokok kelapa pandan kat tepi pagar. Pastu letak sebiji gazebo. Thats it.

Senang anak aku or anak-anak buah yang masih kecik nak berlari & main kat tepi tu.

Swimming pool high maintenance.  Tunggu aku kaya la.. haha.

Tapi sekarang aku dah ada  ce-cita baru. Aku nak tambah satu wall climbing area kat bahagian belakang kawasan lapang ni. Bebetul belakang rumah banglo setingkat tu.. hihi. The rest of the plan remain the same - rumput, pokok kelapa pandan & gazebo.

Mamoru pun berminat dengan idea nak buat wall climbing kat rumah sendiri. Awalnya dia prefer buat satu space dalam rumah untuk buat wall ni. Bila aku suggest buat kat laman luar, terus dia setuju.

Not sure berapa kos untuk buat wall ni. For sure mahal. Thats why kena letak under wishlist :)

Anak-anak aku semua jenis suka memanjat. Kalau bawak derang pergi climbing area, memang memasing excited terlampau. Aku je yang risau takut derang injured. 

So the best way, is to train them. Esp about safety the right techniques for this kind of outdoor activity.

I want to write more but got to go. My class is about to start :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...