KENGKAWAN

Thursday, December 19, 2013

Cry language

Ada sorang kawan (partner badminton aku). Selalu kena buli dengan boss dia kat ofis. Sampai merah-merah muka tahan malu kena marah dengan boss. Setiap hari pulak tu sampai aku hairan macam mana dia boleh bertahan.

Kata dia, ada beberapa perkara yang buat dia ceria dan bersemangat pegi keje dan berdepan dengan karenah boss yang ntahapehape. Salah satu darinya, pasal sorang mamat kat ofis ni. Member aku  cakap, setiap kali dia nampak je mamat ni lalu depan dia, terus mood dia berubah jadi ceria.

Ekceli member aku tak kenal pun siapa mamat ni. Keje department mana pun dia tak tau. Bertegur sapa lagilaaah tak pernah. Yang dia tau mamat tu dah ada steady girlfriend. But still, to her that doesnt matter. Sebab intention dia bukan nak bercouple dengan mamat tu (note: member aku ni single). Dia jadikan mamat tu sebagai motivator untuk dia pergi ofis. Tengok muka mamat tu really made her day katanya. Even sekali imbas sahajor. So setiap kali dia terserempak dengan mamat tu, muka dia jadi glowing, hepi, syok sendiri, etc.

Pelik kan. Tapi if that make her happy then ikut suka dialah.

That's was her case. Aku percaya orang lain pun ada  cara untuk motivate diri sendiri (thats includes me).

Minggu ni mood swing. Semalam paling maximum. I cried again, babe. Haih. Ko ni aD, sikit-sikit nak cebek.

On the way balik rumah malam tadi, jumpa Nai. Lama tak jumpa dia. Rasa awkward sikit tapi still ok. Nasib baik dia datang dengan kawan. Kalau tak, dah lama aku peluk dia kat situ. Dulu aku selalu jadikan dia tempat menangis.. haha.

Seriyes.

Asal ada prob, aku call dia. dan dia pun tak pernah fail show up.The best thing dengan dia, aku tak perlu nak cakap apa prob aku. Dan dia tak pernah push aku untuk cerita.

Asal masuk je kereta dia, Sure Nai dah tahu apa akan jadi, All dia kena buat just tanya aku satu soalan "Whats wrong aD?". Then the cry will automatically start.

In second thought, nasib baik dia tak pernah buat lawak cakap "Go ahead, aD".. haha. Kalau tak sure aku hempuk dengan kotak tisu yang dia dah stanby sesiap setiap kali keluar dengan aku.

Nai memang sangat penyabar. Dia diam je dengar aku menangis.  Keje dia just dia pass tisu.. haha. Kengkadang sampai sejam dua aku cry non-stop. Sampai hampir habis sekotak rokok dia tunggu aku habis menangis.. haha.

Bila dah lega lepaskan stress dengan menangis, aku stop. Pastu dah boleh gelak semula. Topik nangis terus hilang macam takde apa-apa. Thats why aku suka berkawan dengan dia. Aku tak perlu nak cerita kenapa.

Pada aku, menangis satu luahan perasaan. So, cukuplah kan. Kira dah macam cerita masalah juga tu. Cerita guna 'cry language'.. haha

Tapi tu dulu lah.. 10 tahun dulu masa aku rapat dengan Nai. 10 tahun dah kan? We should celebrate. Promise Nai to have cry session opss bukan bukan pillow talk session dengan dia. Soon!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...