KENGKAWAN

Thursday, January 09, 2014

#Throwback 2013 : Trip mengejut ke Gunung Rajah, Bentong

Lama entry ni tersimpan dalam draf. Last year punya cerita. 

Dapat invitation 3 hari sebelum trip. Tak fikir panjang terus accept. 

Sabtu 30/11/13
7.00am Bertolak dari Permaisuri ke Gombak
8.00am Bertolak ke Bentong
9.00am Tiba di Lata Chamang, Bentong
10.30am Start hiking jalan balak (start hujan)
11.50am Tiba di starting point (kawasan lapang)
12.15pm Teruskan perjalanan
1.45pm Tiba di Sg Chagar
3.15pm Tiba di Lata Naning (lunch)
4.30pm Teruskan perjalanan
5.30pm Tiba di Kem Hijau (bermalam di sini)

Ahad 1/12/13
5.30am Teruskan pendakian ke puncak
6.50am Tiba di kawasan dnding batu besar
7.30am Tiba di puncak gunung Rajah

Log turun tak buat sebab kamera simpan dalam beg ja. Hujan non-stop. Sampai berkabus lense dibuatnya.

Trip yang best walaupun hampir setiap masa trekking dalam hujan. Basah dan serjukk.

Layan gambar je lah. Picture speaks thousand words.



Ngam-ngam ja naik 5 orang dalam hilux Kone

Line up Rajah dari kiri: Somphob, Big, Me, Kone & Dee

Starting point kena panjat bukit pacak. Hazabb. 

Amik napas lepas 5 minit panjat bukit. Boleh putus urat kentut panjat bukit pacak ni

Layan trek balak untuk sejam pertama.

Stesen hidro sungai Perting

Hujan tetiba. Berteduh dalam pembetung air. 

Kone

Decide untuk harung je hujan. Tak lebat sangat pun. Tapi lencun jugak lah. Dari start trekking sampai hari balik hujan manjang. Tak kasi can langsung

Take 5. Kone dah sesiap keluarkan joran. Kaki pancing memang macam ni agaknya. Pantang jumpa sungai. 

Luas kawasan lapang ni. Tak sure derang korek tanah kat sini untuk apa. Tapi dah ada pokok yang ditanam semula kat sini

Koleksi umpan. Pelik bagi first timer macam aku tengok umpan buatan. Selalu tengok cacing ja. Bukan level aku ni.. huhu.

Start masuk trek hutan. Lalu kawasan denai. Santai.

Orkid. Kawasan ni banyak spesis bunga dan periuk kera. Tapi tak sempat nak ambil gambar. Plus hujan. Kamera aku bukan jenis waterproof. Sedeh.

View balak melintang atas trek memang banyak. Aksi menunduk dan memanjat lagi la banyak

Trek dah start mencanak. Tapi still boleh layan lagi. Dee dah mental taim ni. Member pedajal cakap hike Rajah 3 jam sampai kemsait. Nasib baik semangat kental dia ni.

Sg Chagar kata Phob. View memang cantik

Dee jatuh tergelincir. Hujan buat batu jadi lebih licin

Cantik kan Sg Tagar. Masa pergi aku memang tak pandang sungai sangat. Sejuk babe. Hujan lagi. 

Still tak pro ambil gambar camni. Kena usaha lagi. 

Tataw cendawan jenis apa. Berduri.

Lunch kat Lata Naning. Makan megi special resepi by Chef Big. Seddapp lak tu. Haih. Dalam hutan kunyah kobis mentah pun sedap.

Dee yang baru mengenali erti penyesalan.. haha. 

Finally, pukul 5.20ptg sampai kawasan kemsait Lata Hijau. Ramai yang dah stranded kat sini sehari sebelum tu. Tak lepas naik puncak sebab hujan. Aku sampai kemsait ja tak tengok kiri karan dah. Campak beg terus pegi mandi. Hiking dalam hujan buat badan rasa super berlengas. 

Chef Big memulakan tugas. Resepi utama malam ni. Asam Pedas ikan siakap ala Thai. Aku yang hidup kat negeri origin asam pedas Melaka pun tak penah makan asam pedas Thai ni tau. Seddapppp hokay. Penuh sayur dalam lauk asam pedas ni. Ada terung pipit, kacang panjang, kacang botol, etc. Membangkitkan selera betul. Bertambah aku makan tau. 

Ikan sepat masin bungkus daun kunyit dan dibakar. Pehhhhh.. tak boleh tahan.

Sambal belacan perah limau nipis. Boleh makan cicah gitu ja dengan ulam. Bertambah tau. Macam makan mangga dengan kuah kicap sedapnya.

Rupa ikan sepat masin yang dah dibakar. 

Kobis goreng. Banyak betul lauk malam tu

Asam Pedas siakap ala Thai yang siap dimasak. Merembess.

Telur dadar

Sambal belacan dan ulaman 

Jemput makan semua. Meriah lauk. Kone cakap, ini makanan contingency. Kalau lauk kontijensi dah hebat camni. Lauk yang well prepared camne lah gamaknya eh? Apa pun, ahkak senang hati. Jadi Permaisuri malam tu Tak perlu duduk dapoq. Tak perlu angkut ration. Tak perlu masak atau basuk pinggan mangkuk. Hanya perlu duduk diam cechantek dan tunggu makan sahajor. Heaven. First time masuk hutan dapat layanan camnih :)

Percubaan yang gagal. Konon nak ambil gambar titisan air kat sarang lelabah. Tak menjadi. Tapi nak gak uplod kat sini. Lantak la kan

Pukul 5.30 pagi sambung hiking ke puncak Rajah. Hujan dah stop sekejap (sekejap je lah pun). Perjalanan banyak turun naik permatang. Ada satu part bahaya bila kena lalu kat batu licin ni. Kalau musim kering mungkin kurang bahaya kot.

Finally, pukul 7.30 pagi sampai puncak Rajah. View nan-hado. Kabus penuh. Plus angin. Beku. 

Kena repeat lagi tempat ni. View tak nampak langsung. Hujan dari pagi sampai petang memang toksah harap dapat tengok view. Tapi takpe, kepuasan tu yang penting.

Sunrise yang segan nak tunjuk muka. 

On the way turun. Baru lah boleh amik gambar. Kalau snap taim subuh tadi memang nampak binti-bintik kabus je lah.

Balik-balik gambar Phob ja dalam kamera nih. Dah dia je yang duduk depan aku.. haha. Gambar aku kena amik dari kamera dia.

Kawasan batu besar yang licin. Lama aku perati batu ni sampai kena sound "Hah, tu dah fikir nak climb la tu".. Macam tau-tau je kan.

View atas permatang. 

Trek yang dah lunyai tapi still cun

Bonsai

Sampai kemsait hujan start turun semula. Packing dan hike turun. Kamera all the time dalam beg. Pasnih nak beli yang waterproof pulak. Geremm nih.


On the way turun memang aku balas dendam. Nampak ja sungai, campak beg terus terjun. Dah alang-alang basah, biar terus lencun. Malas fikir apa dah. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...