KENGKAWAN

Thursday, January 30, 2014

Hepi holidays folks

Aku dah start cuti hari ni. Gedik kan.. haha.

Tengah berkira-kira bila nak balik kampung ni. Most probably aku drive balik dengan the kiddos ja. Mamoru kena keje taim cuti ni. Network migration katanya.

Cuti-cuti jugak, training tetappp kena buat. Confirm orang kampung pelik tengok aku sengsorang berlari merentas desa.. hahaha.

Tapi tak tau lah mcam mana nak bagi masa sebab wiken ni cousin aku kawen. Majlis buat kat rumah nenek. Kena la turun padang tolong apa patut.

Tengok lah nanti.

Ghost in action!

Mission day 8

Seriyes bosan lari sorang-sorang. Rasa nak give up pun ada.. haha. Tapi nasib baik la semangat kuat lagi. So teruskan juga.

Pagi ni buat Negative Split. First 3.7km buat EZ run then next 3.7km lagi aku try increase pace dalam 60 saat lebih laju dari EZ run. 


44 days left before race day. Honestly, I'm still not ready. Really need to find a cap. My hair macam singa lapar lepas habis lari..tsk. Err, gambar selepas tak sanggup nak upload.. haha



First NS. 3.7km EZ run. Pace maintain at 7 minutes plus per km.


Second half NS: Pace increase at 6 minutes plus per km.


Total hari ni 7.5km ja. Haih Teruk. I need motivation!!

Wednesday, January 29, 2014

Mission day 7

45 days left before the race day!!

Todays mission is REST HARD. Especially after last night LSD run. 


************************


At some points,  I doubt myself. Can I do this? Can I really run 42km in 50 days training only? Can my body take it?

Honestly, I don't know. But I can't stop. I have to give it a try. Besides, this is what I want.

Thank u friends, soulmate, loved ones. Your supports strengthen me. It keeps me running.


Mission day 6

Performance best. Maintain pace 7mins ke 8min per km.

14 km lari non-stop. Berhenti pun sebab nak lintas traffic light.. haha. Impress dengan kemampuan kaki sendiri.

Masa sampai kat km 12++ aku suruh Afzan stop dan rehat kat kedai mamak. Aku nak habiskan 15km. Konon berlagak berani nak habiskan sengsorang. Masuk 14km aku dah cuak.. haha.. takut kena kidnap.. hahahaha. So berpuas hati dengan 14km ja malam ni.. huhu.

Thanks to Afzan sebab temankan lari malam ni. Tapi pasnih tataw la dia nak ikut aku lari lagi atau tak. hazabb katanya. Lebih lagi bila aku cakap next LSD nak buat 20km pulak.

Btw, Afzan dapat completekan 15km malam ni. Rupanya, masa aku lari tinggalkan dia, dia ikut aku dari belakang. Aku tak perasan, boleh?

With Afzan

Burn 669 kcal

Timing still tak best. Bajet nak buat 15km in 1h50mins.. tapi dapat 14km in 2hrs. Kena training lagi :(

Tuesday, January 28, 2014

Cepatlah cuti CNY

Malam ni Afzan willing nak temankan aku buat LSD (long short distance run). Dia pun lari jugak. Tapi 10km ja kut. Takpa, janji ada kawan.

Target hari ni nak lari 15km dalam masa 1jam 50minit.

Monday, January 27, 2014

Mission day 5

Mission hari ni adalah : rest. 

Bunyi macam kelakar dan main-main ja.

Tapi seriously, kena REST HARD hari ni.

This is extremely important actually. So that my body can properly recover.

So takde training untuk hari ni ;)

Layan gambar comel double A dalam uniform BBIM pagi ni.


Mission day 4 : Burden Run 10km

Ada burden run kat Universiti Malaya. First 5km lari free body macam biasa. Next 5km kena lari sambil pikul guni pasir. 

7kg guni pasir untuk peserta wanita. 10kg untuk peserta lelaki.

Dah plan sesiap dengan team marathon untuk lari dengan bersungguh-sungguh untuk 5km pertama. Halfway lagi ikut suka lah nak jalan ke apa.. hahaha.

My best pace untuk running kali ni 5.50mins per km. Gila laju.. hahaha. Maybe sebab first 5km banyak lari downhill. Or mungkin sebab kali ni Ghost (kasut baru) beraksi.. hahahahahahaha.


Race start pukul 7.30 pagi.

Barisan guni pasir untuk dipikul

Kat KM 7.3

Kasi tambah power sikit.. haha

Model Perskindol

Chua kena jirus air. Hepi belated birthday!!

Chua yang basak kuyup dengan secawan air. 

Iols yang turut basah kena jirus oleh Chua. Sakit hati kite. 

Geng marathon yang gegila semuanya

Last 3km memang berPosing ajelah kejenya

Kompleks Sukan UM

Dah lari lebih 10km masa sampai sini

Memasing beriya kat finishing line. Nak bergambar je lebih.

Collect goodybag. Finisher medal & finisher t-shirt

Pose selfie wajib

Team Adidas + Brooks + Sketchers

Muka hepi dah tamat tempoh hazabb pikul guni pasir. Ikutkan takde lah hazab mana. Haversack yang selalu pikul bawak masuk hutan lagiiii berat.

Pose cheerleaders. 

Kembali ke zaman sekolah. Minum kat lori Milo

Carbo loading session

Dengan guni pasir

First medal untuk 2014. More to come!

The route

Sunday, January 26, 2014

New running shoes : Ghost series

Rasa macam baru aritu plan nak beli running shoes. Kebetulan ada sales. Apalagi, cecepat pegi sambar satu.. haha.

Got this one from Brooks warehouse sales. Normal price RM459. After less its RM200 only! Nice ey? Jimat banyakkk.

I've done some quick research about a few running shoes for long distance marathon. Found out that Brooks Ghost 5 is among the best.

p/s: Actually, my first choice would be Brooks Ravenna. Tapi takde saiz :(

Brooks Ghost 5. Gorgeous! 

Hopefully boleh lari laju melayang-layang macam hantu.. nama pun Ghost kan. Jangan mengilai sudah.. hahaha.

Saturday, January 25, 2014

Melawat sekolah

Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 17 Shah Alam.

I was here 26 year ago. Dari darjah 1 sampai darjah 3 (1986 - 1988)

Sekolah ni masih macam dulu (walaupun dah ada beberapa bangunan baru).

Kantin, kelas aku dulu, padang sukan, padang perhimpunan dan paling penting pintu masuk sekolah ni masih tak berubah!

Kat pintu masuk sekolah ni, aku bergaduh dengan Intan. Tarik rambut bagai.. haha. Sebab dia buli adik lelaki no.2. Siap kena jumpa guru besar ok. Gangster aku dulu.

Pintu masuk sekolah ni juga memori aku dengan arwah ibu. Dia hantar aku pegi sekolah naik basikal. Sebab aku balik rumah masa loceng waktu rehat berbunyi. Terkejut ibu tengok aku balik sekolah pukul 10 pagi.. hahaha. Kata arwah ibu, once loceng bunyi boleh balik dah. Tapi maybe dia lupa, loceng juga berbunyi masa rehat. Ni cerita masa first day masuk darjah 1.

Padang perhimpunan. Dulu cikgu suka suruh berbaris berdua-dua antara student lelaki dan perempuan. Pastu jalan kena pegang tangan. Tekanan ok. Aku tak suka budak lelaki yang pegang tangan aku.. sampai sekarang boleh ingat.. tskk. 

Dalam kelas. Aku pernah marah sampai campak buku latihan sebab bebudak suka tiru jawapan aku.. haha. Kecik tapi ganas aku ni.

Dalam kelas juga ada sorang budak lelaki bangsa Singh suka sentuh pipi aku. Ntah apa yang dia minat kat aku. Fobia aku ingatkan budak ni. Aku pernah menangis dan mengadu kat cikgu sebab ada satu hari, budak ni kiss pipi aku. Uwaaaa.. 

Kantin. Kat sekolah ni dulu ada sistem loceng yang pelik. Loceng akan berbunyi dua kali pada waktu tertentu. Bunyi loceng yang pertama, semua student kena berdiri tegak. Tak kiralah kalau taim tu kau tengah duduk makan kat kantin ke haper, kena berdiri jugak. Loceng kedua bunyi ja semua kena cecepat bergerak masuk kelas. Gitu.

Aku aktif jugak la masa sekolah kat sini dulu. Asal ada pertandingan menyanyi, syarahan etc semua aku nak masuk.. haha.. gila glamer.

Thanks SRKS17. Always in memories.

Mission day 3

Ada improvement.  I like. Best pace so far 7.11mins per km.

If I could maintain 7 mins per km for marathon pace, that would be great.

We'll see how it goes. Still kena training lagi.

Tadi ada sorang runner approach masa aku tengah lari. Masa first time dia tegur, aku antara dengar dengan tak sebab aku pakai earphones kan. Lagi pulak taim tu aku tengah lari uphill. Nak bernafas pun terputus-putus, inikan pulak nak berborak kan.

Kali kedua dia tegur, masa aku dah nak abis lari. Borak pasal marathon ja. Borak sambil berlari.. haha. Nice guy. Full marathon punya orang. Tengok badan pun dah tau.. haha. Dia ajak aku join team dia buat LSD (long slow distrance) next week. Great. Ada geng.

Esok ada Burden Run kat universiti Malaya. Lari bawak guni pasir. Distance 10km.

:)

Cooling down session

Chin ups

Hold.. hold..haha

Running & hiking buddies

Team Gogo

Total distance pagi ni 11.26km. 

Mission day 2

Failed

Tak focus kat swim pun. Serjukk. Lebih pada berborak sambil berendam dengan my sis ja.

1 km in 30 mins? This is embarrassing..haha.

I'm not a good swimmer. But I can do better than this. Tunggu next XT session.

In second thought, teringin nak tukar from swim to climb next week tapi Madmonkeyz tutup cuti CNY pulak. Haih. Bertabah lah aD!

With my lil sis, Ain

Malu nak tunjuk tapi share jugak lah kat sini.. Haha

Friday, January 24, 2014

Happy weekend!

Can u believe it? Its Friday and I didn't even notice it. 

This week has been very very wonderful. I felt loved!

Thank you.

Anyway, lets not put my guard down. I'm on a mission right now.

Today's schedule is cross-train (XT) activities. I'm giving my muscles and joints a break. My choices of XT would be swimming or climbing.

I choose to swim today! 50mins non stop.

Hepi weekends peeps!

Thursday, January 23, 2014

Mission day 1

Lesson learnt.

Bazir masa hampir 20 minit untuk balik rumah dan tukar baju. Haih.

Sepatutnya dari ofis lagi dah ready dengan running attire.  So bila sampai ja Permaisuri boleh terus start lari.

Rugi. Rugi. Kalau tak sure sempai habiskan 10km petang ni.

Burn 279kcal only


6.50pm dah gelap. Tasik Permaisuri pun makin sunyi. My friend suggest train time malam. Tapi aku tak rasa selamat untuk perempuan lari sengsorang waktu malam. Dah la badan aku ni kecik ringan. Senang orang nak angkat. Ngeri pula bila bayangkan orang tarik masuk van bawak lari.. uwaaaa. 


Kalau tak bazir 20minit kat rumah sure dapat complete 10km kan. Dapat buat 5.83km dalam masa 46 minit. My best pace today 7.31 mins per km. Gooood *pat own shoulder*.. hahaha

Takper la. Untuk day 1 ni boleh bagi excuse kat diri sendiri. Pasni kena stick to jadual.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...