KENGKAWAN

Wednesday, January 15, 2014

Asing tempat tidur anak?

Dulu bukan main lagi fikir nak asingkan tempat tidur aku dengan Ariff & Amarr.

Konon nak double A start belajar berdikari dan tidur dalam bilik sendiri. Yelah, tengok orang buat bilik untuk asingkan anak, aku pun nak ikut.

Tapi bila Mamoru kena transfer ke Melaka 3 tahun lepas, aku dah malas nak fikir pasal bilik double A. Tak sanggup aku nak tidur sengsorang. Biarlah tidur berhimpit dengan double A guard kiri kanan.

Memula dulu risau gak. Orang kata nanti anak asyik nak berkepit ja. Tak pandai berdikari.

Tapi bila aku baca artikel mana ntah (lupa) pasal isu tidur dengan anak-anak. Dalam artikel tu cerita pasal Brad Pitt & Angelina custom made giant bed semata nak bermesra dan tidur dengan semua anak-anak derang, aku rasa impress pulak. Aku je lelebih nak tidur asing bagai.. haha.

Ada few thing dalam artikel tu buat aku tersedar. Kata penulis tu, kita ni beriya nak asingkan bilik tidur kita dengan anak-anak dari derang kecik. Tak bagi derang tidur dengan kita. Nanti bila derang dah besar, turn derang pulak tak bagi kita masuk bilik derang. Nak tidur sama memang takde can ler. So, bila ada peluang tidur sesama ni kena guna sepenuhnya. Esp anak lelaki. Derang cepat rasa malu. Bila derang kecik ni la taim kita nak peluk cium. Bila derang masuk sekolah nanti percaya lah, nak kiss pun payah.

Dan tak semestinya tidur sekatil dengan anak-anak akan buat derang manja terlebih atau tak pandai berdikari. That's a different thing.

Perkara paling best bila tidur sesama, aku suka:

1. dengar derang bercerita tentang apa yang derang buat sebelum tu.
2. Suka derang berebut nak tidur sebelah aku. Gonna miss this a lot bila derang dah besar nanti.
3. Good night kiss dan dengar derang jawab salam dengan suara mengantuk
4. Bercakap dengan derang taim derang mamai dan derang still response dengan angguk atau geleng jawab soalan aku. Comel ok.
5. Dengar derang menggigau. Priceless.
6. Tengok derang terjaga tengah malam dan bangun menyelit tidur sebelah aku kalau bergoleh jauh kehujung katil.
7. Tengok muka derang tidur. Tenangnya.

Kalau tidur asing sure akan miss benda camni kan? Its once in a lifetime experience.

So, I made up my mind. They're going to sleep with me until they themselves ready to move into their own room.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...