KENGKAWAN

Saturday, January 04, 2014

Bawa ayah buat full medical check-up

Cuti semalam.

Bawak ayah buat full medical check-up kat hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka. Full medical check-up kat sini RM830. Mesti buat once a year.

Seharian melepak kat hospital. Lemau badan.

Jumpa pakar mata, pakar ENT, pakar jantung.

Result ok. Ayah sihat. Tak banyak masalah. Cuma bab jantung nak kena jaga lebih. Sebab bacaan ECG tak berapa ok. Doc advise ayah berhenti merokok. Sebab rokok penyumbang utama bacaan ECG ayah negatif. Kalau bacaan dah cecah -2.0 meaning ayah kena operate. Hope ayah dengar cakap doc.

Aku suka cara pakar jantung kat sini explain kat ayah tentang result check-up. Sangat detail dan teratur.

Tapi pakar ENT dia memang aku kurang berkenan. Sakit pula hati ni bila dia asyik cakap dia tak boleh check tiroid kat leher ayah sebab medical check-up yang ayah aku buat tak cover part ni. Come on la, aku nak solution,  so inform je lah pakar mana yang boleh bagi solution instead of mention pasal pakej. 

Gerem ahkak.

Keluar dari bilik pakar ENT terus aku register ayah untuk jumpa pakar tiroid. Pakar tiroid ni memang best, sama macam pakar jantung tadi. Dia suruh ayah buat ultrasound. Check sama ada kandungan tiroid tu just bendalir atau ketumbuhan. Oh yang ni charge lain.

Alhamdullillah, mender tu just lendir. Tapi still kena operate dan buang. Maybe dalam bulan depan ayah undergo operation buang tiroid.

Overall, aku puas hati dengan tahap kesihatan ayah. Now boleh tarik nafas lega.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...