KENGKAWAN

Saturday, January 25, 2014

Melawat sekolah

Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 17 Shah Alam.

I was here 26 year ago. Dari darjah 1 sampai darjah 3 (1986 - 1988)

Sekolah ni masih macam dulu (walaupun dah ada beberapa bangunan baru).

Kantin, kelas aku dulu, padang sukan, padang perhimpunan dan paling penting pintu masuk sekolah ni masih tak berubah!

Kat pintu masuk sekolah ni, aku bergaduh dengan Intan. Tarik rambut bagai.. haha. Sebab dia buli adik lelaki no.2. Siap kena jumpa guru besar ok. Gangster aku dulu.

Pintu masuk sekolah ni juga memori aku dengan arwah ibu. Dia hantar aku pegi sekolah naik basikal. Sebab aku balik rumah masa loceng waktu rehat berbunyi. Terkejut ibu tengok aku balik sekolah pukul 10 pagi.. hahaha. Kata arwah ibu, once loceng bunyi boleh balik dah. Tapi maybe dia lupa, loceng juga berbunyi masa rehat. Ni cerita masa first day masuk darjah 1.

Padang perhimpunan. Dulu cikgu suka suruh berbaris berdua-dua antara student lelaki dan perempuan. Pastu jalan kena pegang tangan. Tekanan ok. Aku tak suka budak lelaki yang pegang tangan aku.. sampai sekarang boleh ingat.. tskk. 

Dalam kelas. Aku pernah marah sampai campak buku latihan sebab bebudak suka tiru jawapan aku.. haha. Kecik tapi ganas aku ni.

Dalam kelas juga ada sorang budak lelaki bangsa Singh suka sentuh pipi aku. Ntah apa yang dia minat kat aku. Fobia aku ingatkan budak ni. Aku pernah menangis dan mengadu kat cikgu sebab ada satu hari, budak ni kiss pipi aku. Uwaaaa.. 

Kantin. Kat sekolah ni dulu ada sistem loceng yang pelik. Loceng akan berbunyi dua kali pada waktu tertentu. Bunyi loceng yang pertama, semua student kena berdiri tegak. Tak kiralah kalau taim tu kau tengah duduk makan kat kantin ke haper, kena berdiri jugak. Loceng kedua bunyi ja semua kena cecepat bergerak masuk kelas. Gitu.

Aku aktif jugak la masa sekolah kat sini dulu. Asal ada pertandingan menyanyi, syarahan etc semua aku nak masuk.. haha.. gila glamer.

Thanks SRKS17. Always in memories.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...