KENGKAWAN

Wednesday, February 12, 2014

Claustrophobic

Definition:
Claustrophobia is the fear of having no escape and being closed in small spaces or rooms. It is typically classified as an anxiety disorder and often results in panic attack, and can be the result of many situations or including elevators crowded to capacity, windowless rooms, and even tight-necked clothing

******************************

Aku ada claustrophobic. Tapi takde lah serious sangat pun.

Aku perasan mender ni since aku form 3 dulu. Masa tu sekolah aku ada buat lawatan ke 3 negeri area utara (Perlis, Kedah & Penang).

Masa kat Perlis, member aku ajak masuk gua Kelam. Memula masuk tu ok lagi. Sebab entrance gua ni besar. Bila dah makin jauh ke dalam, laluan dalam gua makin kecil dan sempit. Aku jadi panik dan susah nak bernafas. Nasib baik member aku cecepat tarik aku keluar dari situ.

Lagi satu, mender akan jadi bila aku masuk dalam terowong yang bebudak kecil main kat playground. Masa tu nak pujuk Ariff yang merajuk dan duduk kat tetengah terowong playground. Halfway masuk aku start panik dan jadi susah nak bernafas. Gila kan. Lucky Ariff & Amarr tak warisi sindrom ni.. haha.

Tapi kalau terowong air kat waterpark kira boleh lagi la sebab kita bergerak dalam dalam keadaan laju kat dalam tu. So, tak sempat nak panik bagai.

Pasal mender ni jugak la aku takut bila memember ajak diving. Memang lautan tu luas dan tak sempit macam dalam terowong. Tapi aku tak suka tempat yang susah untuk bernafas. Diving kena bergantung pada tong udara. Kalau tetiba aku panik kat dalam laut tu? Parah ok.

Bebaru ni aku kena panik attack lagi sebab claustrophobic. Kali ni masa kat dalam khemah pulak.

Kan weekend aritu aku pergi trip Gunung Besar Hantu. Selalu kalau pergi memana trip aku tidur bawah fly ja. Kali ni gedik tidur dalam khemah (2 men tent). Sebab aku berdua ja perempuan dalam team ni. So kitaorang tidur dalam khemah.

Aku masuk tidur dekat nak pukul 12 malam gak lah. Pukul 3 pagi aku tetiba terbangun. Bangun terus duduk ok. Tak tau kenapa rasa susah nak bernafas. Rasa dalam khemah tu macam tak cukup oksigen.

Kelam kabut tangan aku cari zip dan unzipped khemah. Masa tu memang panik gila. Hampir nak menangis jugak la mencari zip taim tu. Nasib baik member sebelah tidur pengsan. Kalau tak sure dia terkejut tengok muka aku yang pucat ni.

Bila pintu khemah dah terbuka ja, terus aku keluarkan kepala dan tarik nafas dalam-dalam.  Agak-agak dah rasa ok sikit, aku masuk balik dalam khemah. Tapi rasa panik tu datang balik. Rasa macam dalam khemah tak cukup aliran udara.

Cecepat aku keluar dari sleeping bag, capai headlamp,  tarik bawa sleeping bag keluar dari khemah.

Lepas zip pintu khemah semula, aku masuk bawah fly area dapur masak. Aku bajet situ takda orang. Rupanya Dee tido kat situ sengsorang. Yang lelain semua tidur bawah fly besar.

Terkejut Dee tengok aku berselubung dalam sleeping bag sebelah dia.

Dee: Eh, you ok ka, aD?
Aku: Sorry Dee. I tumpang tido sini. I tak boleh tido dalam tent. Susah nak bernafas. I got claustrophobic. Panik attack
Dee: Ohh.. ok ok.

Bukan Dee sorang yang terkejut. Team yang lain pun sama.. hahaha.

Phob orang kedua yang perasan aku tidur kat fly dapur bila dia bangun nak pegi minum air. Terkejut dia tengok tetiba ada 2 orang tidur kat situ.

Esoknya aku dijadikan bahan untuk melawak. Sorang member cakap, nasib baik dia tak terbangun tetengah malam dan kira bilangan team yang tidur bawah
fly. Kalau tak sure heart attack dia malam tu. Yelah.. tetiba dah terlebih sorang. Hantu ka apa.. hahaha.

Tapi nasib baik ada cerita lebih havoc dari cerita aku malam tu. Pasal sleeping bag guide terbakar.. hahaha. Yang ni memang kelakar. Tetengah malam buta kat atas gunung ada orang menjerit "api! api!".. Nasib baik derang sempai padamkan.. haha

Aku tak perasan part api ni, penat kot. Dah la tidur aku terganggu  masa dalam khemah. Dapat tidur kat
luar, terus tak ingat apa dah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...