Friday, May 30, 2014

Stop lari?

Hari ni hari ke 5 aku stop lari.

This week pulak takde event. So memang relax sangat lah. Makin lama macam malas ja nak lari.. haha.

Baru fikir nak stop for good, kak Arie pulak update status dia baru habis buat full marathon somewhere area gunung Everest. Serious jeles (proud of her too). Dia amik masa 9 jam lebih untuk habiskan marathon. Gila perempuan ni.. haha.

Tetiba nak jadi macam dia. Nak explore outdoor overseas. Tak semestinya lari. Maybe hiking. Sebab tu yang paling aku suka. Running & climbing just nak kill time ja.

Tapi komitmen banyak. Especially towards family. Aktiviti camni perlu masa yang lama. Tak sanggup nak berjauh dengan kiddos. Camne?

But takkan nak tunggu Double A besar baru nak pegi. Taim tu aku ntah larat lagi ntah tak.. hahaha.

Nak bawak kiddos hiking sama? Mamoru takkan setuju. Aku sendiri pun tak berani. Sebab Amarr ada history alergic yang nyaris buat aku kehilangan dia. Tak sanggup beb. Sebab mender ni la aku & Mamoru tak berani nak bawak kiddos masuk hutan. Bawak naik Broga pun tak berani. Serious.

Tunggu Double A besar sikit baru aku berani buat xtvt outdoor sesama.

Now dah almost pertengahan tahun. Selalunya time camni dah plan untuk next year punya outdoor xtvt.

Sham Castello ada ajak join trip Trusmadi & Tambuyukon tahun depan. Tempting, tapi aku dah conquer dedua gunung ni. Takpa, tunggu dulu. Kot la ada yang offer trip yang lagi best.. haha.

Tapi dalam kepala asyik fikir tentang Annapurna Circuit. Trip ni amik masa paling cepat pun 2 minggu. Dah ramai gak lah member outdoor lain yang dah completed circuit ni. I want to be next!

Annapurna Circuit.  Annapurna Circuit
Annapurna Circuit.  Annapurna Circuit
Annapurna Circuit.  Annapurna Circuit
Annapurna Circuit.  Annapurna Circuit
......
......

Sebut 44 kali agak2 tahun depan boleh pegi tak? Hahahahaha

Sweet little thing

Changed my whatsapps dp. I often change it actually.

Normally nobody would care. But yesterday, got quite a lot of response from all of my friends, except one.


Thought this one look funny and silly. But their responses are something else. Made my day.



This one from Mamoru. Tak romentik langsung.. hahaha.


Read this from ah Heng punya fb on post marriage. He said, after a while as all romantic moment met its end, there is now remains the unconditional love, should there be any.. hahaha.. so true!

Right. Who needs romantic when you already achieve the unconditional love stage (really?)

But still ah Heng, jangan la takut nak kahwen. We can make the romantic part happen.. haha.

Talking about romantic. Lets plan a vacation!


Wednesday, May 28, 2014

Down hari ni

Rasa nak mengeluh sepanjang malam. Macam ni lah bila sesuatu tak dapat diluahkan dengan kata-kata.

Nak balik dari ofis tadi rasa takut gila. Takut break down bila dah sengsorang kat rumah.

Call Mamoru. Dia baru habis keje. Tengah bersiap nak pergi main badminton. Lupa pula hari ni hari Rabu. Rabu hari badminton dia.

Try drag masa dia berbual kat phone. Mesti dia pelik. Lebih tambah pelik bila aku request dia balik KL malam ni.

Seriously, I really need him. Need to be in his arms. Need to be with him tonight.

Tapi bila cakap dia dah janji dengan kawan, aku diam je lah. Tak sanggup nak push dia walau aku tahu dia more than willing to grant my request. Cuma aku tanak biasakan dia mungkir janji.

Cepatlah weekend datang..

Haih.

************************************

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

No running

Dua hari berturut tak lari. Tiga termasuk hari ni. Esok pun maybe.

Sekejap-sekejap, badan rasa lemah. Bulu roma meremang, then datang rasa sejuk sampai ke tulang. Sangat sejuk. Kaki, tangan, bahu.. semua. Sampai menggigil satu badan.




Tuesday, May 27, 2014

Bila durian bertukar pine corn

Banyak kali dah.

Durian jadi coconut
Durian jadi rambutan
Now.. durian jadi pine corn pula.

Tak tahu lah apa masalahnya.

Maybe dia sengaja. Maybe tak. Entah la.

But I love him.. no matter what.

Counting days till next weekend.


Been keeping this pine-corns for 8 years already. 

Monday, May 26, 2014

Harass

Kalau perempuan harass perempuan nak buat macam mana? Hahaha

Bertabah je lah ahkak dengan perangai colleagues kat sini. Raba perut. Peluk pinggang. Pegang lengan. Pegang paha.

Tsk.

Nasib baik part sulit selamat dari dinoda.. hahaha.

Hari ni ahkak being girly. For the fisrt time in this year ahkak wore dress to work!

Tapi.. tapi.. tapi.. bab kasut memang tak boleh blah. Kata Kak Su, dress dah gojes. Kasut failed! Kalau dah aD tu memang aD laa kan.. hahaha

Ramai cakap buang tebiat.  Sentap ahkak ok. Tanak pakai baju kurung or dress sampai hujung tahun ni dah.


Kasut pengawas yang ahkak beli masa masuk bertanding badminton dulu. 

Sunday, May 25, 2014

Tanak jadi tarzan dah

Sepagian bawak kiddos berendam dalam swimming pool. Naik atas rumah pun nak main air dalam bilik air.

Takpa biarkan lagi.

Tapi bila dah bawak masuk semua toys siap mandi & syampoo kan segala mender alah tu.. aduiyaii. Habis isi botol syampoo, shower cream, ubat gigi segala mak nenek dalam tu.

Habis mandi, mommy terus bagi tazkirah zohor. Panjang punya ceramah. Kali ni mommy tukar style. Bercakap dengan kiddos macam bercakap dengan big kids. Mommy explain semua yang mommy tak puas hati, apa yang mommy nak diaorang buat, etc. Lantak lah depa ni faham ke tidak.

Last sekali bila mommy cakap, 'Do u understand or not? Are you even listening?

That's when Amarr angguk lelaju sambil letak sebelah tapak tangan belakang telinga - buat isyarat dia tengan dengar....

Terus mommy rasa nak tersembur air lioq tahan gelak.
Haih.

Firefighter Half Marathon 21km

Target nak complete the 21km run dalam 2jam sahaja. Tapi terlebih 7 minit. Unofficial time malam tadi, 2 jam 7 minit.

Mistakes after mistakes.

Dah tau perut tak boleh corporate kalau makan berat less than 4 hours sebelum lari, pegi belasah gak sepinggan nasi 3 jam sebelum tu, dah kenapa?

Konon lari 21km ja. Tayah jaga makan sangat. Berlagak. Makan sambal pulak tu. Bravo aD! Memang suicide la kan.

Pastu konon nak maintain first 8km dengan pace 6+ tapi tak reti nak sabarkan diri bila tengok competitor lain jauh tinggalkan aku. So, belasah lari dengan pace 5+. Serious big mistake

Masuk 2nd 8km, pace increase 5-15 seconds. That was ok. Tapi energy makin kurang. Tak yakin boleh speed untuk last 5km. 

Km18, perut bloated. Taim ni rasa nak muntah. Mental. Mental. 

Km19 at 1hour 45 minutes. Dalam mental layan route Cyberjaya, timing still ok lagi. Bajet boleh habiskan balance 2km less than 15 minutes. Tapi bila my target pacer jatuh tertiarap depan mata. Terus lost focus.

Km20 memang hazabb. Perut bloated. Tak selesa. Longgarkan spibelt. Longgarkan tali seluar. Still not helping. Pace makin slow :(

Sampai je finishing line, terus cari air. Time ni rasa nak pengsan pun ada. Tapi relax.. cover. Malu beb kalau pengsan depan orang ramai.

Decide pegi tunggu kat kereta sementara Mamoru sampai. Sampai je tepi kereta terus muntah. Keluar air kosong je. Tapi berlutut jugak lah aku kat situ dibuatnya. Pastu masuk dalam kereta terus baring. Call semua orang. Tapi semua jauhh lagi. Uwaa...

45 minit pastu baru ok sikit. Boleh berjalan jumpa Mamoru & the team yang baru sampai.

This is my 2nd time running half marathon. And it is the worst, really (read as: my body condition)


Running with my partner for first few km. Pastu lost dia.


With the girls

with Mamoru

the Team

Saturday, May 24, 2014

Me & Mamoru

Pictures taken during our Trans Murud via Bario - Ba'kalalan.
Both of us completed our G5 list. We have conquered 5 highest mountain in Sabah & Sarawak!
Mount Kinabalu - conquered few times already since 2006
Mount Mulu - conquered in 2008
Mount Trusmadi &  Mount Tambuyukon - conquered in 2010
Mount Murud - conquered in recently 2014!

At the peak of Mount Murud. 

Church Camp. Our background Mount Murud. Taking our sweet time together at 2200 metres above sea level. This is love is all about.


Cause all of me loves all of you.


Love your perfect imperfection


You're crazy and I'm out of my mind


Staying low

I have friends who does not have smartphones. They do have FB, Blog, other social network etc. They log-in the manual ways - using computer / laptop. But they 'live'. Survive.

Smartphone is convenience. But smartphones with social networks (FB, Whatapps, etc) are too overwhelming. I find myself wasting so much time on this thing.

I can't delete Whatapps. Its way better than sms. Plus its free.

I cant can't stop blogging. This has been apart of my life for more than 10 years already. Thats almost 1/3 of my history written in here.

That's will left me with FB. What is my main purpose creating that account? Oh yes, for marketing. For Makeupfreak business. Something that I did to distract me from my  outdoor xtvts few years back. Especially masa double A masih baby.

Now that kiddos dah besar, and I have found new distractions (climbing, running & hiking) FB is no longer needed, I think.

I have thousands of friends in FB. I have more than 900 friend requests which I never bother to approve, coz I dont know them.

Now that my FB account no longer serve it main purpose,  I often post something about personal life. Its fun at first. Not until people judging u. Or worst part some of them keep thinking that your status are about them. That is just sick.

I find it funny sometimes, when people upload same photos in 2 different social network (Instagram & FB). Somehow nak jaga hati, I have to click 'like' twice for that photos. Jangan kata orang lain, Aku pun apa kurangnya : I have 3 social network including Blog! 3 gambar yang sama di 3 tempat berlainan! Hahaha.

Alright.

Thinking of deleting FB or Instagram.
Or Maybe both.
Or perhaps just deactivate it (since its contain lots of photos).
Or maybe restraint myself from posting about personal thing in there.

The fourth one sounds better :)

Thursday, May 22, 2014

Nak aktif climbing semula

Yay! Somebody promise to buy me a pair of La-Sportiva shoes and Petzl harness for my birthday present (hadiah in advance).. hihi. Actually I'm the one requested for it. Kira nafkah la tu kan.. hahaha

Lama betul tak pegi climbing gym kat Madmonkeyz. Sejak my sis preggy 3 months ago sampai sekarang tak jejak kaki kat sana. Siyes lama ok. Plus asyik busy dengan berlari ja.

Harap dengan adanya climbing shoes ni, semangat nak  memanjat dinding tu kembali menyala. Takde belayer pun takpe. Redah je la group memana pun. Takde hal.

Next.. nak completekan course kat Madmonkeyz and register for next level!!

Wednesday, May 21, 2014

Ngantukk

Ariff refused minum air or susu.

Not good. Aku dah terbayang hospital ja nih.

Haih. Relax aD.

So far dia still aktif. Cuma kena monitor every hour.

Tadi aku boleh pulak tertidur. Terjaga pun bila terdengar nafas Ariff berbunyi. Dia susah nak bernafas. Badan panas gila.

Bagi dia inhaler (via aerochamber) + ubat demam.

Breathing dah ok sikit. Tapi badan still panas. Sekejap-sekejap kang dengar dia dia mengeluh dalam tidur. Bunyi macam tak larat sangat ja.

Haih

Guess my only nightmares has started.

Semoga cepat sembuh, Ariff. Couldn't bare seeing you like this :(

Tuesday, May 20, 2014

Fever Bugs

Amarr dah start batuk. Ariff kena asthma. Mommy pulak dah start sakit tekak.

Musim kot.

Hang in tough buddies! We're strong. We can go through this together!

(Don't worry ok, Daddy)


Arent they adorable? Amarr holding abang Ariff's hand


Get well chunnn, said Amarr


I ate red gummies. Look at the colour of my tongue.


Mommy at your service till you get better, munchkin!

Monday, May 19, 2014

My brood at school


With their Teacher Atikah. Ariff standing no 2 from right. So tall. Amarr sitting no 1 from left


Ariff Getting ready for his taekwando class


Sunday, May 18, 2014

NM Galaxy run 15km

Done and done.

Last minit punya registration to replace Burden Run (tarik diri sebab spent time with kiddos)

But I didn't run at my marathon pace.. haha. I could  but I dont. Just enjoy the run, bak kata my #runhikepartner Syah.

Honestly,  this is the best run ever. I didn't even feel exhausted. Even bila my Nike apps audio cakap aku dah lari 9km, aku boleh rasa macam tak percaya, boleh? Macam baru lari 4km ja.. hahaha. 

Seriously, energy pagi ni sangat best. Lari sambil gelak-gelak, borak-borak, walhal route ni banyakkk bukit kot. Rasanya, kalau aku bebetul pump, sure boleh buat PB. 

Finished my 10km in exactly 1 hour. And completed the 15km race at 1 hour 35 minutes (timing kelauttt). But the best part, managed to break my record for running my fastest 1km in only 3 minutes at KM4!!!! Whoaa.. 


#aDoutdoorfreak

With Arina

Both of us with Syah

Running buddies

3 of us with Khai

3 of us

me & Syah in action. See how energertic Iols. Boleh lompat-lompat walaupun dah lari 12km.. hahaha.


New record. Berjaya lari 1km dalam masa 3 minit! Suka!!

Saturday, May 17, 2014

Ayah pindah rumah

Throwback April 2014

Ayah dah start pindah ke rumah baru! Happy sangat dapat berbakti dengan ayah sendiri. The least thing I can do.

Masa kat kampung bulan lepas, ayah beria ajak pegi kenduri kat area kawasan perumahan tu. Supprise bila orang kampung tanya pasal rumah baru kat aku. Serious tak suka. Kalau boleh tanak derang tau. Nanti mendatangkan riak.

Rupanya, ayah sendiri yang bagitau derang, aku yang beli rumah tu. Haih.

Bila orang kampung tanya, itu rumah siapa? Aku jawab, itu rumah ayah. Settle. Malas nak panjangkan cerita.


My fav drink taim raya. Siapa orang Melaka mesti kenal air Long Chan ni.. klasik ok minum dlm botol ni. 


Mandor of that day!

Gunung Datuk daypack

Throwback entry.

Last month punya cerita. Precisely on 20 April 2014.

Line up:
aD
Syah
Am
Arina
Kay

Log:
4.45am Arrived starting point
5.20am Ascend
6.15am Pondok 1st
7.30am Arrived peak
9.30am Descend
11.00am Parking

Thanks to all line up! U guys rawk!!