KENGKAWAN

Wednesday, May 28, 2014

Down hari ni

Rasa nak mengeluh sepanjang malam. Macam ni lah bila sesuatu tak dapat diluahkan dengan kata-kata.

Nak balik dari ofis tadi rasa takut gila. Takut break down bila dah sengsorang kat rumah.

Call Mamoru. Dia baru habis keje. Tengah bersiap nak pergi main badminton. Lupa pula hari ni hari Rabu. Rabu hari badminton dia.

Try drag masa dia berbual kat phone. Mesti dia pelik. Lebih tambah pelik bila aku request dia balik KL malam ni.

Seriously, I really need him. Need to be in his arms. Need to be with him tonight.

Tapi bila cakap dia dah janji dengan kawan, aku diam je lah. Tak sanggup nak push dia walau aku tahu dia more than willing to grant my request. Cuma aku tanak biasakan dia mungkir janji.

Cepatlah weekend datang..

Haih.

************************************

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...