KENGKAWAN

Saturday, June 28, 2014

Gunung Tahan via Merapoh: Day 1

Trip paling ramai yang aku pernah join. Sampai 36 peserta! 

Trip ni anjuran Sham Castello dari Nature's Explorer. Kalau sesiapa berminat nak berjinak-jinak dengan hobi masuk hutan, mendaki gunung atau paling tak pun, nak merasa bestnya explore air terjun kat Malaysia ni, contact la Sham Castello dari Nature's Explorer. Sham & wife dia Syida, sangat friendly dan humble. Dan setiap trip yang dia organize, confirm best. Ni personal guarantee! Haha.

Sham Castello
+60142603741 - whatsapp only
+60126206087 - call/sms 
Nature's Explorer

Our line up 1. Sham Castello 
2. Dayah 
3. Faila Illias 
4. Jijet
5. Wan Katak
6. Amirah 
7. Zaidi 
8. Zulhilmi 
9. Khairulmathani 
10. Adlyana 
11. Muhd Azham Kas 
12. Syah Zan R
13. Zulhafizy 
14. Mohd Farid
15. Zayd Ariff
16. Asrulnaim 
17. Elsa Ng 
18. Dennis Hii
19. Mohamad Farihi 
20. Mohd Hafizuddin 
21. Abdullah Sani Shaari
22. Kamarulazian
23. Ideris Ramli 
24. Tumang Batak 
25. Tauke Sayur
26. Nurul Shima 
27. Shafarin Truefightermadec
28. Syimir Izaan
29. Roslan Salleh 
30. Mohammad Hilmi
31. Muhammad Syazwan 
32. Azairie
33. Othman Naim
34. Mohamad Zahirudin 
35. Nur Mursyida Musa
36. Syamimi Rosli

Log:

Day 1
8.00 am Arrived Pejabat Hutan Sh Relau, Merapoh
10.00 am Took 4wd to starting point (Juram)
11.15 am Start hiking
11.30 am Crossed 1st sungai
11.36 am Crossed 2nd sungai
12.08 pm Cross 3rd sungai
12.30 pm Cross 4th sungai (Kuala. Luis) - Lunch
2.00 pm Lata Luis 
3.05 pm Arrived Kem Kor - Overnight


Lama dah aku mengidam nak conquer Tahan. Lebih 10 tahun aku lepaskan peluang yang ada untuk ke sini. Tak sangka, kali ni baru berjaya.

Aku bertolak dari KL dengan menaiki bas. Sham Castello charter satu bas untuk semua peserta Tahan. Mulanya plan nak drive sahaja. Tapi, bila fikirkan perjalanan yang jauh dan ambil masa yang lama, terus ubah keputusan.

Kami sampai Merapoh dalam pukul 3 pagi. Sementara tunggu hari siang, peserta lelaki habiskan masa layan siaran langsung world cup di kedai makan berdekatan. Aku pulak layan membuta  sorang2 dalam bas.

Lepas subuh bas bergerak menuju ke Pejabat Hutan Sg Relau. Di sini, semua peserta diminta untuk  declare semua barang yang dibawa masuk he Taman Negara. Staff Pejabat Hutan mahu semua barang yang dibawa masuk wajib dibawa keluar bersama pada hari terakhir ekspidisi nanti. 

Dua kali taklimat diberi pagi ni. Kali pertama, masa sessi perkenalan dengan guide di Pejabat Hutan. Kali kedua semasa di Kuala Juram sebelum memulakan xpdc. Kata Abang Mail (salah seorang guide kami), sekarang adalah musim lebah. Kami diminta tidak panik dan berhati2 dengan lebah yang suka mengerumun dan menghisap peluh di badan peserta. 

Memang benar, sampainya kami di Kuala Juram, beribu ekor lebah menunggu kami. Terlalu banyak sampai ada lebah yang terbang masuk ke bawah cermin mata, dalam baju. Ada juga yang masuk ke dalam tudung peserta perempuan dan merayap2 antara tudung dan rambut. Menakutkan. 

Ada beberapa orang disengat lebah pada hari pertama. Aku cuak juga. Takut kalau2 disengat. Seliang dua mungkin aku boleh terima. Lebih dari tu, hospital lah jawabnya. Seboleh mungkin, aku kena elak dari disengat serangga berbisa ni. Macam mana pun, aku dah bawa siap2 ubat alahan untuk persediaan. Tak mahu peristiwa kena sengat tebuan di gunung Nuang dulu, berulang semula.

Perjalanan kami dimulakan dengan melintas jambatan gantung merentasi sungai Juram. Trek agak landai. Cuaca kering dan panas. Pacat pun tak banyak. Awal2 lagi kasut kami dah basah sebab terpaksa mengharung beberapa batang sungai besar. Ada peserta yang memilih untuk membuka kasut dan berselipar semasa melintas sungai. Dulu masa mula2 berjinak2 dengan hiking, aku pun macam mereka. Cuma sekarang dah malas. Pada aku, apalah sangat kasut yang basah kalau nak dibanding dengan keselamatan kaki sendiri. Dalam air pun ada bahaya, contohnya, batu2 yang tajam dan licin, duri dan mungkin binatang berbisa yang lain. 

Tiba di Kuala Luis, kami berehat seketika sambil makan tengahari. Aku pilih untuk tak makan. Sebab masih terlalu awal dan perut masih belum lapar.

Sungai2 sepanjang trek sangat cantik. Ikutkan hati nak je join peserta lelaki mandi manda. Tapi, sabar aD. Perjalanan masih jauh. Kata Sham, target perjalanan hari ni utuk sampai ke Kem Kubang. Kami kena bergerak cepat sebelum malam. Baju yang basah hanya akan menambah beban. Mereka lelaki, boleh mandi buka baju. Aku? Tahan je lah niat tu.

Perjalanan selepas tu disambung hingga ke Lata Luis. Di sini sekali lagi kami berhenti dan solat. Kawasan kemsait ni rata dan luas. Ada air dua air terjun mini yang cantik terletak kira2 satu minit dan lima minit dari kemsait.

Sekali lagi kesabaran aku tercabar bila tengok peserta lelaki terjun mandi di kawasan air terjun. Haih. Seronoknyà orang lelaki ni. Tak macam kita orang perempuan. Banyak benda nak consider sebelum masuk dalam air.. haha.

Malas menunggu mereka mandi, aku minta untuk teruskan perjalanan. Sham bagi kebenaran. Cuma dia minta aku berhenti bila sampai di Kem Kor dan tunggu team yang berada di belakang.

Sejam selepas tu aku sampai di Kem Kor. Jam dah menunjukkan pukul 3 petang. Aku bajet, kalau aku teruskan perjalanan, mungkin boleh sampai ke Kem Kubang sebelum pukul 6 petang. Tapi Sham arahkan kami bermalam di sini sebab peserta yang terakhir dijangka lewat tiba. Dan kalau perjalanan diteruskan, berkemungkinan mereka terpaksa berjalan malam. Sham memang sangat pentingkan keselamatan peserta di bawah jagaannya.

Aku sedikit kecewa. Kalau lah aku tahu seawal ni kami akan bermalam di Kem Kor, dah lama dah aku terjun tiruk mandi di setiap sungai dan air terjun yang kami lalui tadi... hahaha. 

Sementara menunggu peserta terakhir sampai, kami mula pasang khemah masing2. Bersemangat aku keluarkan khemah solo yang aku baru beli dengan harga RM450. Eureka Spitfire 1. Dah lama aku mengidam nak beli khemah ni. Ringan, 1kg je. Senang nak pasang dan packing. Suka. Sayang sangat khemah ni sama macam aku sayangkan stove Kovea Spider dan haversack Deuter... haha. 

Ration makanan dikumpul. Volunteer untuk memasak pantas melakukan tugas masing2 tanpa merungut penat. Kagum aku dengan mereka ni. Aku jarang menolong memasak melainkan diperlukan. Aku lebih suka diberi tugas membasuh periuk atau bawa turun sampah :)

Sedap menu kami malam ni. Ayam goreng masak sambal dan sayur goreng campur. Tapi aku tak makan. Perut masih kenyang dengan lunch pack yang aku baru makan petang tu. 

Aku pilih untuk habiskan masa dengan keringkan stokin tepi unggun api berdepan dengan fly guide. Jujur aku tak tahu fly ni milik guide. Lucu pula bila teringatkan perbualan aku dengan guide malam tu.

Aku: "Korang asal dari mana?"
Abang Aki: "Kitaorang memang orang sini"
Aku: "Sini? Pahang"
Abang Aku: "Yelah, mana lagi"
Aku: "Pernah naik gunung Tahan?"
Abang Aki: "Selalu naik"
Aku: "Selalu? Berapa kali dah sampai puncak Tahan?"
Abang Aki: "Ko kenal tak kitaorang ni siapa?"
Aku: "Errr.. tak" (Memang hampir separuh peserta kat sini aku tak kenal pun)
Abang Aki: "Kitaorang guide team korang lah!"

Aduh, malunya. Tak tau mana nak letak muka ni.. haha.

Masa tengah berbual, Abang Mail baru je selesai memasak, dia ajak aku makan sekali. Mulanya aku tak nak, tapi bila dia tunjukkan sambal hitam, terus aku hulur pinggan tanpa rasa malu. 

Sambal hitam dah jadi makanan favourite aku sejak Kak Syida bawa sambal ni masa di trip Trans Murud bulan lepas. Tapi untuk trip gunung Tahan ni Kak Syida tak bawa. Terlupa pula aku berada di negeri origin sambal hitam. Patutlah menu ni jadi makanan wajib guide kat sini. Hilang kempunan aku nak makan sambal hitam di gunung Tahan.

Malam tu aku rasmikan tidur di dalam Spitfire Solo. Sangat luas dan selesa untuk single-men tent. Berbaloi dengan nilai modal yang aku keluarkan. Puas hati.

Bersambung.


My stuff & haversack Deuter 40+10L 


Resit bayar fees kamera

Briefing depan pejabat hutan Sg Relau Merapoh

Naik 4WD

me with half of the girls

Otw to starting point Kuala Juram

Jambu Bol yg banyak pokok dia kat sini

32km to puncak Tahan

Layan ikan kelah berenang2

Starting point

Hiking bermula

Lintas sungai.. 

Baru la dapat gamba penuh.. asyik selfie ja.

Sungai Kuala Luis

Sham in action

Lunchie kat Kuala Luis

Air terjun mini yang cantik

Sesi setup khemah kat Kem Kor. Eureka Spifire 1. 

Sesi masak by makcik dapur

The girls

Salai stokin

Fly guide

Sambal hitam Pahang original. Sumbangan dari guide kat sini




Friday, June 27, 2014

Cuti kansel

Most likely aku kena cancel cuti yang boss dah approved Isnin ni.

Tahan sakit hati sampai bergenang air mata.

Nak nangis tapi tahan. Sabar aD. Dah kenapa nak nangis bagai sebab perangai somebody yang sengaja buat tak faham.

To that somebody,

I don't expect you to understand how much this leave mean to me. To people who's having a long distance relationship. People who's waiting patiently to spend a moment like celebrating the 1st of Ramadhan with their loved ones.

And ohh.. my boss asked me "to thank you" for making me work on Monday. So, go ahead. Be happy.



Marhaban ya Ramadhan

Selamat datang bulan mulia.

Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua blogger & reader.

Tahun ni macam tahun2 sebelumnya, sahur dan berbuka sorang tanpa Mamoru. Dah biasa. Tak adalah nak meroyan macam dulu2 haha.

Tahun ni 1st puasa jatuh pada hari Ahad. Dapat lah sambut sama2. Malah aku dah apply cuti sampai Isnin. Nak celebrate lebih lama dengan dia.

Buat kawan2 runners, climbers &  hikers, selamat berpuasa!

Ariff's drawing

I've posted this in my instagram. But dont care, nak repost kat sini juga.

Ni antara lukisan terawal yang Ariff buat. But of coz, untuk menghasilkan lukisan macam ni, aku terpaksa bertabah dengan dinding dan badan dia yang diconteng sekali.. haha.

Nak marah, tak sampai hati, dan selalu tak jadi bila tengok karenah dia dan dengar lojik yang cuba disampaikannya.

Ariff suruh aku teka apa yang dia lukis. Lukisan yang pertama, senang! Sekali tengok je dah tahu. 

Lukisan kedua, berkerut dahi aku. Sampai aku sendiri terpaksa tanya gambar apa yang dia lukis.

"Its a platypus", kata Ariff bersahaja.

Tak terjangkau imaginasi aku wahai anak.

Sejujurnya, aku hanya tahu platypus ni jenama water beg/bladder. Tak pernah tahu kewujudan binatang yang bernama sama. 


Ariff version of duckling

Platypus.


Thursday, June 26, 2014

Quotes that make my day

"Remember u r my soul mate"

"Saya doakan cik dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan"

"Hadiah. Sory tak wrap. Jangan post kat fb/insta/blog. Semoga panjang umur dan murah rezeki kita."

"Bukan tough route takde dlm kamus u ke?"

"Dah agak u ni runner. Kaki ada muscles"

Wednesday, June 25, 2014

Girls trip to Perhentian: Day 3 (Finale)

Plan hari ni nak pegi jalan2 kat Kota Baru. 

Mood nak balik, buat apa pun tak bersemangat pagi ni. Lepas breakfast, lepak depan chalet ja. Beg dah siap packing. 

Pukul 12 tgh, gerak naik bit ke Jetty Kuala Besut. Pastu amik cab ke Kota Bharu.

Sempat la jumpa adik perempuan no.4 kat sini sebelum gerak naik flight balik KL.


Menu sarapan: Mee goreng pedas, roti sardin, keropok & teh 0

Kat jetty berdepan dengan Coral Beach. Tunggu bot nak balik

Amik cab ke Kota Bharu. View pokok Kurma tengah berbuah kat tengah Kota Baru, Kelantan

Grapes!!

Kay & telur penyu

Kesian pulak tengok kakak yang tidoq kat tengah longgokan barang jualan - Pasar Siti Kadijah

Sotong kering bakaq. Sedap.

With my nieces Jasmin & Sophia. Met them at Kota Bharu.

My sis & BiL

Definitely will come back to this island. Tapi tunggu semua list tempat aku nak pi habis dulu la.. 

p/s: mencari poppye

Girls trip to Perhentian: Day 2

Pagi ni Arina balik ke KL. So tinggal aku dengan Kay je lah yang habiskan cuti kat sini.

Breakfast start pukul 9.00 pagi. Makanan kat sini punya lah banyak. Tak larat nak habiskan. Aku siap tapau je. Bawak bekal pi snorkeling. 

Bot untuk snorkeling bertolak pukul 10.30 pagi. Ada 5 point menarik yang bot akan berhenti:
1. Turtle point
2. Shark point
3. Fish point
4. Lighthouse
5. Romantic Beach

Sejujurnya la kan, aku tak suka pegi tempat2 mandi camni. Seumur hidup aku tak pernah try snorkeling. Aku tak suka aktiviti yang membabitkan air. Pegi la pulau secantik mana pun, jangankan snorkeling, mandi laut pun aku tak minat.

Plan asal, aku nak stay atas bot ja. Dan memang aku sorang je yang stay atas bot masa sampai kat Turtle point.. huhu

Tengah syok melepak atas bot, sotang instructor ni dengan berlagaknya approach aku. Siap ulang statement "aD penakut". Pehhhh.. terbakar pulak aku mendengarnya. Aku sahut cabaran dia. 

Dengan kondifen aku sarung goggle nak masuk dalam air. Tapi, tak sampai berapa saat pakai google aku terus bukak. Tak boleh bernafas pakai mende alah tu. Taim tu la Kay bisik, bernafas guna mulut.. mulutttt. Muncung2 mulut Kay inform aku. Driver bot siap toleh tempat lain, cover gelak dengan aksi gayat yang aku pamirkan tadi.. huwaaa.. fine ok! FINE. Mementang lah aku first timer guna goggle.

Overall, takdelah susah mana pun snorkeling ni.. haha. Ntah apa yang aku takutkan, aku pun tataw. Maybe tengok movie banyak sangat kot.. haha.

Snorkeling session habis pukul 3 petang. Kulit sunburn toksah cakap la kan. Tapi memang puas hati lah. Sampai tanak balik pun ada.

Balik snorkeling, pegi lunch. Pastu terus pegi hiking keliling pulau ikut laluan denai tepi hutan. Macam semalam juga, hiking berdua ja tanpa bantuan guide. Trail ni pun, aku korek2 dari abang bot yang bawak gi snorkeling pagi tu. Tanya dia starting point kat mana, timing segala.

Turn up, nak hiking seluruh pulau amik masa dua jam setengah je. Trail yang kami guna start dari Senja Resort. Lalu ikut jalan tepi hutan. Turun naik bukit, jumpa memacam jenis pantai yang cantik. Kawasan trail memang langsung tak terjaga, penuh dengan daun, ranting, pokok tumbang, etc

Kata abang bot tu, trail yang hutan yang ada just sampai kat Kampung Nelayan. Lepas tu, kena ikut denai lama dari Nelayan ke Long Beach.


Breakfast yang super! Nasi goreng, keropok ikan, sandwich & teh o panas. Kenyang membawak ke petang.

Ready for snorkeling. 

Ada 5 snorkeling area kat keliling pulau ni:
Turtle point (seriyes ada banyak turtle besauuu)
Shark point (ada shark, version kecik la tapi)
Fish point (biasa, layan ikan ja)
Lighthouse
Romantic Beach

Sekejap ja dah pro.. tapi tak berani pi jauh dari bot la.. ngeri woo bila fikir ko tengah berenang kat tengah laut!

Habis snorkeling, balik semula ke chalet. Lunch. Menu memang sesuai untuk perut yang tengah kebuluran: Nasi, ayam masak lemak cili api, ikan goreng bercili, sayur campur, tembikai  & air buah.

Lepas makan, pegi hiking pulak. Memang tak reti diam kan.. hahaha. 

Antara resort lama yang dah ditinggalkan. Terbiar kosong & rosak. Seriau lalu kat sini. Dah la terpencil. Tepi hutan lak tu.

Laluan trail yang agak semak dan penuh pokuk tumbang.

Kat private beach depan Campsite Paradise

Kasut hiking tak bawak. Pakai kasut jogging je lah. Tak plan pun nak hiking kat sini.. tapi ter-hiking pulak.. hahaha

Antara trail yang ada. Penuh ditutup daun. Tak terjaga.

Kami hike sampai sini ja.. Kira-kira suku dari pulau ni. Tak mampu nak teruskan. Matahari dah semakin terbenam. Dah senja. Seriau pulak nak lalu kat tepi hutan berdua je taim ni..

Sun set

BBQ Dinnahhh


Menu malam ni memang heavennn! Udang galah, ketam, udang besar.. ratah lauk ja. Makan nasik kang confirm tak habis. Tengah syok melantak, waiter hantar air special kat meja kami. Ada orang belanja.. huhuhu. Tapi tataw siapa.

Aktiviti malam ni, lepakking kat veranda sampai tertidur okeh. Bangun pun masa terdengar bunyi guruh. Ribut menggila kat pulau malam tu. Gerun. First time berdepan dengan situasi camni. Kami masuk bilik, kunci pintu, sambung tido.. haha. Penat sangat. Malas nak fikir apa dah.



Our hiking route on 2nd day. Start dari Coral Beach ke Petani Beach. To and fro 6km. Kalau pusing sampai Long Beach, roughly amik masa 2 jam setengah.
Garisan putus2 tu trail masa 1st day hike ke kincir angin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...