KENGKAWAN

Wednesday, June 25, 2014

Girls trip to Perhentian: Day 2

Pagi ni Arina balik ke KL. So tinggal aku dengan Kay je lah yang habiskan cuti kat sini.

Breakfast start pukul 9.00 pagi. Makanan kat sini punya lah banyak. Tak larat nak habiskan. Aku siap tapau je. Bawak bekal pi snorkeling. 

Bot untuk snorkeling bertolak pukul 10.30 pagi. Ada 5 point menarik yang bot akan berhenti:
1. Turtle point
2. Shark point
3. Fish point
4. Lighthouse
5. Romantic Beach

Sejujurnya la kan, aku tak suka pegi tempat2 mandi camni. Seumur hidup aku tak pernah try snorkeling. Aku tak suka aktiviti yang membabitkan air. Pegi la pulau secantik mana pun, jangankan snorkeling, mandi laut pun aku tak minat.

Plan asal, aku nak stay atas bot ja. Dan memang aku sorang je yang stay atas bot masa sampai kat Turtle point.. huhu

Tengah syok melepak atas bot, sotang instructor ni dengan berlagaknya approach aku. Siap ulang statement "aD penakut". Pehhhh.. terbakar pulak aku mendengarnya. Aku sahut cabaran dia. 

Dengan kondifen aku sarung goggle nak masuk dalam air. Tapi, tak sampai berapa saat pakai google aku terus bukak. Tak boleh bernafas pakai mende alah tu. Taim tu la Kay bisik, bernafas guna mulut.. mulutttt. Muncung2 mulut Kay inform aku. Driver bot siap toleh tempat lain, cover gelak dengan aksi gayat yang aku pamirkan tadi.. huwaaa.. fine ok! FINE. Mementang lah aku first timer guna goggle.

Overall, takdelah susah mana pun snorkeling ni.. haha. Ntah apa yang aku takutkan, aku pun tataw. Maybe tengok movie banyak sangat kot.. haha.

Snorkeling session habis pukul 3 petang. Kulit sunburn toksah cakap la kan. Tapi memang puas hati lah. Sampai tanak balik pun ada.

Balik snorkeling, pegi lunch. Pastu terus pegi hiking keliling pulau ikut laluan denai tepi hutan. Macam semalam juga, hiking berdua ja tanpa bantuan guide. Trail ni pun, aku korek2 dari abang bot yang bawak gi snorkeling pagi tu. Tanya dia starting point kat mana, timing segala.

Turn up, nak hiking seluruh pulau amik masa dua jam setengah je. Trail yang kami guna start dari Senja Resort. Lalu ikut jalan tepi hutan. Turun naik bukit, jumpa memacam jenis pantai yang cantik. Kawasan trail memang langsung tak terjaga, penuh dengan daun, ranting, pokok tumbang, etc

Kata abang bot tu, trail yang hutan yang ada just sampai kat Kampung Nelayan. Lepas tu, kena ikut denai lama dari Nelayan ke Long Beach.


Breakfast yang super! Nasi goreng, keropok ikan, sandwich & teh o panas. Kenyang membawak ke petang.

Ready for snorkeling. 

Ada 5 snorkeling area kat keliling pulau ni:
Turtle point (seriyes ada banyak turtle besauuu)
Shark point (ada shark, version kecik la tapi)
Fish point (biasa, layan ikan ja)
Lighthouse
Romantic Beach

Sekejap ja dah pro.. tapi tak berani pi jauh dari bot la.. ngeri woo bila fikir ko tengah berenang kat tengah laut!

Habis snorkeling, balik semula ke chalet. Lunch. Menu memang sesuai untuk perut yang tengah kebuluran: Nasi, ayam masak lemak cili api, ikan goreng bercili, sayur campur, tembikai  & air buah.

Lepas makan, pegi hiking pulak. Memang tak reti diam kan.. hahaha. 

Antara resort lama yang dah ditinggalkan. Terbiar kosong & rosak. Seriau lalu kat sini. Dah la terpencil. Tepi hutan lak tu.

Laluan trail yang agak semak dan penuh pokuk tumbang.

Kat private beach depan Campsite Paradise

Kasut hiking tak bawak. Pakai kasut jogging je lah. Tak plan pun nak hiking kat sini.. tapi ter-hiking pulak.. hahaha

Antara trail yang ada. Penuh ditutup daun. Tak terjaga.

Kami hike sampai sini ja.. Kira-kira suku dari pulau ni. Tak mampu nak teruskan. Matahari dah semakin terbenam. Dah senja. Seriau pulak nak lalu kat tepi hutan berdua je taim ni..

Sun set

BBQ Dinnahhh


Menu malam ni memang heavennn! Udang galah, ketam, udang besar.. ratah lauk ja. Makan nasik kang confirm tak habis. Tengah syok melantak, waiter hantar air special kat meja kami. Ada orang belanja.. huhuhu. Tapi tataw siapa.

Aktiviti malam ni, lepakking kat veranda sampai tertidur okeh. Bangun pun masa terdengar bunyi guruh. Ribut menggila kat pulau malam tu. Gerun. First time berdepan dengan situasi camni. Kami masuk bilik, kunci pintu, sambung tido.. haha. Penat sangat. Malas nak fikir apa dah.



Our hiking route on 2nd day. Start dari Coral Beach ke Petani Beach. To and fro 6km. Kalau pusing sampai Long Beach, roughly amik masa 2 jam setengah.
Garisan putus2 tu trail masa 1st day hike ke kincir angin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...