KENGKAWAN

Saturday, September 13, 2014

Luka dihati ayah

Balik Melaka hari ni.

Kata ayah nak runtuhkan rumah lama kami. Ekceli, takde la lama mana rumah tu. Ayah buat start tahun 1997.

Rumah ni tak la cantik mana. Tiga bilik, satu bilik air. Ikutkan memang tak muat untuk kami 10 beradik. Tapi, masa tu, dah lebih dari selesa.

Specialnya rumah ni, ayah bina dengan tulang empat kerat dia sendiri. Dari lakaran atas kertas, struktur rumah, bumbung, segalanya ayah buat sendiri. Sampai beberapa kali tangan ayah luka berdarah, dihimpap batu, jatuh, sakit, demam hingga gugur air mata kerana rumah ni. Kagum aku dengan kekuatan dan semangat ayah. Dia bukan arkitek atau engineer. Tapi bila keadaan memerlukan, dia boleh jadi segalanya!

Lebih bermakna bila sebahagian dari rumah ni dibina dari duit EPF arwah ibu yang ayah dapat lepas arwah meninggal dunia.

Kami mula pindah ke rumah ni tahun 1998. Masa tu baru 90% siap. Takda bekalan elektrik. Sebab jauh terpencil. 3 tahun kami duduk situ tanpa bekalan elektrik. Sampai pernah aku suarakan sendiri request untuk masukkan bekalan elektrik dari Ketua Menteri Melaka masa majlis perjumpaan anak2 negeri kat UUM. Lantang aku bersuara dalam dewan masa tu. Few months after that rumah kami terang benderang! Best moment ever.

So, u see Mr Blog, this house mean the world to me. Rumah ni lambang kasih sayang ayah & arwah ibu. Rumah ni tempat kami membesar. Tempat kami berkongsi air mata. Susah payah sama2.

Perit hati ni bila rumah yang dibina dengan jerih perih terpaksa diruntuhkan tanpa rela. Kalau aku dah sedih macam ni, ayah apatah lagi.

Ayah & nenek macam dah pasrah dengan keadaan. Kata ayah, biar Tuhan ja yang balas perbuatan mereka. Nenek pula tempoh hari nangis2 cakap takkan halalkan apa yang mereka rampas dari ayah. Undang2 dunia mungkin mereka boleh lepas.. tunggulah kat sana nanti.

Aku tak tahu nak buat apa. Penyelesaian yang mudah, just beli je tanah tapak rumah tu dari mereka. Bukan mahal pun. Tak sampai RM20k nilai tanah tu. Tapi, kalau orang dah busuk hati, nego macam mana pun belum tentu dia nak dengar. Malas nak panjangkan cerita, ayah just minta pampasan. They agreed to pay, RM3k itupun ansuran 18 bulan.

Kejam. Bukan sebab jumlah pampasan yang sikit. Tapi kurang ajarnya cara mereka nak buat bayaran. Sangat menghina.

Nangis aku dibuatnya. Pada aku, it's not about the money. Its not about the land either. Siapa nak tanah terpencil yang terdedah dengan banjir. Bagi free pun aku tanak.

It's the house that matter. Kalau lah boleh rumah ni diangkat dan dialih sesuka hati, I would definitely do it.

Sigh.

Things happen for a reason. Though I don't know what's the reason for this one, but at least now I knew why aku tergerak nak beli rumah kat Melaka few years back. This is the reason. Untuk ubat luka dihati ayah.


Dulu kiss orangnya.. now kiss batu nisan sahaja.

Al-fatihah
Noor Malaya binti Kassim
kembali ke rahmatullah
2 Zulkaedah 1416h
22 Mac 1996
Jumaat - 9.00 pagi 


Dah penuh lalang rumah ni. Bahagian belakang rumah yang beum sempat ayah siapkan sebab terlalu sibuk besarkan kami.

Last kemas & packing.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...