KENGKAWAN

Thursday, October 16, 2014

Bad side of KL

Bila tiba2 sorang budak perempuan comot seusia Amarr berlari peluk kaki aku kat puduraya.

Tertoleh juga cari parents dia. Kot la tak perasan anak dia datang kat aku. Tapi macam semua orang kat situ buat tak peduli. Macam si kecil ni invisible.

Aku lepaskan pegangan tangan dia dari kaki aku. Dia pegang pula jari aku. Try lepaskan lagi, dua2 tangan aku pula dia pegang. Kuat. Tanak lepas.

Serba salah dibuatnya. Takkan aku nak tarik kuat2. Kang jatuh pulak dia. Aku siap cakap baik2 kat dia, "Let go, sayang.. please" (terbiasa cakap dengan kiddos camnih. Tataw lah dia faham atau tak).

Dalam kalut dan pelik, tiba2 si kecil ni minta duit dua ringgit.

I was like.. what?!

Rasa nak je aku terajang tukang ajar dan tukang paksa budak sekecik tu mengemis. Meh aku patahkan tulang empat kerat kau, baru kau tau macam mana rasa bila dah betul2 tak mampu nak bekerja cari duit.

Pegi mati la orang macam ni.

Perlahan aku lepaskan tangan aku dari budak kecil tu. Bagi dia duit. Haih. Ntah dia tau ke tak apa makna duit.

Kalau la aku boleh bawak dia balik rumah. Jaga & besarkan dengan sempurna.

Tapi things are not that easy. You can never underestimate the bad side of KL. I've seen some part of it. Wouldn't be surprised if it's a lot worst than that.

Semoga Tuhan melindungi dia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...