KENGKAWAN

Thursday, October 30, 2014

Worried

9 days left before Nuang Marathon.

Serious cakap, nervous beb.

Participant untuk kategori women open 42km tak ramai. So far ada 11 orang je. Tak sure kenapa tak ramai yang join. Maybe sebab route yang menggila kot. Cut off time pun 14 jam. Ikutkan timing tu lebih dari cukup. Cuma kalau boleh tanak la sampai terpaksa lari dalam hutam taim malam. Keje gila tu. Aku dah la agak rabun taim malam.. tsk.

Honestly,  it would be a nightmare and embarrassing moment kalau aku jadi peserta wanita terakhir yang keluar dari hutan dan sampai ke garisan penamat. Pada aku, tak dapat podium takpa.. janji kau bukan orang lastttt haha. Malu ok. Kalau ramai yang join takde la obvious sangat. 11 orang, senang nak recoqnize huhu!

Dalam 11 orang peserta, 4 orang aku kenal. Semua orang kuat gunung. Jenis kalau hiking sesama, memang berdesup hilang kat depan.

Kak Arie antara yang hebat. Dia lari marathon kat Everest  bulan June aritu. Impress ok! Masa hike sesama kat Murud pun kak Arie sentiasa kat depan. Hazabb nak follow step dia.

Wani pulak memang climbathoner. Ahad ni dia join climbathon Gunung Gajah Terom kat Ganu. Ganas awek ni.

Elsa, aku kena kat Tahan. Lajuu. Dia pun rajin join race camni. Dengar aritu dia dapat top 3 masa Gua Tempurung Challenge kat Kampar.

Sorang lagi geng Karat Adv. Ultra light + ultra fast hikers. Trans Titi V1 or V2 selamba je belasah dalam 3 hari. Hebat.

Yang lelain tak kenal.

Malam ni tak keluar lari. Hujan. Layan tangga lagi. Lari dari tepi swimming pool kat ground floor sampai tingkat 10. Buat 6 loop. Hazabbbbb. Peluh macam baru keluar dari swimmping pool.. lencun.

Tapi best!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...