KENGKAWAN

Saturday, November 29, 2014

What is the craziest thing u have done this year

2014 dah hampir sampai ke penghujung.

Rasa macam baru ja awal tahun aritu aku decide nak serious berlari.

Sepanjang tiga tahun join fun run, tak penah aku lari lebih dari 10km. Itu pun boleh kira berapa kali aku lari dan worst, not exactly lari laa sebab almost all the way 10km tu penuh gambar selfie.. haha.

Tapi awal February aritu, tiba2 ja terdetik nak lari long distance. Like reallyyyyyy long distance. Bukan main2 punya. Bukan 10km or 21km, tapi 42km terus!! Gila kan.

Lebih gila, bila aku ambil masa sebulan lebih ja training untuk first full marathon. Masa tu aku tak fikir banyak. Yang aku tahu, aku boleh buat mender ni. It's all in me already.

Cuma bab timing ja aku kena jaga. Kalau boleh, aku nak complete the race dalam masa kurang 6 jam. Target timing pun tak agak2 kan.. haha. Rata2 member lelaki yang pernah lari 42km pun amik masa almost 6 jam nak habiskan race.

Bila aku suarakan pada Mamoru nak lari full marathon (42km), dia ok ja. Good thing about Mamoru, dia tak pernah halang hobi gila aku. Sama macam minat naik gunung. Dia tak pernah stop aku.

Kawan2 pulak, ada yang skeptical. Ramai yang kata ni keje gila. Ada juga yang bagi support. Macam Afzan, Aisya yang teman aku training for almost a month sebelum my 1st FM race.

Aku punya first 42km was Malaysia Women Marathon bulan March aritu. I was supposed to run alone. Tapi last minit Khai register jadi pacer aku. So, kami kena complete race sama2.

Khai memang sangat laju! Macam leopard dengan kura2 kalau banding dengan aku. Dia sangat strict. Buat aku rasa separuh mati berlari dengan dia. But i have to thank him anyway coz dia ajar aku few tips yang aku rasa sangat berguna dan aku amalkan sampai hari ni.

Tho we didn't complete the race (Sempat lari 34km ja sebab race kena cancelled due to jerebu), we finished strong. Ok, not me. Khai la yang strong. Aku punya kaki gigil beb. Ambil masa lebih 3 hari nak recover.

Aku punya second full marathon was kat Melaka in June. That was the first, aku lari tanpa pacer, tanpa kawan2 & tanpa Mamoru. Datang solo balik pun solo. I like this feeling. Tak terikat nak lari ikut pace orang.

Kat sini aku faham bila orang cakap, "running is 'me' time". Its about 'me' and nobody else. I really enjoy it. Esp when I can take my own sweet time driving to race venue. Head and mind focus on my race. Bila habis lari, take my own time to relax a bit. Pegi makan kejap then balik.

Tapi once in a while, it'll be nice if the person you love suprise you at the finishing line kan. Tanda support. But Mamoru quite busy. He's working schedule is crazy. Its ok. Its the thought that matter. Lagipun I knew he's my no. 1 supporter.

My 3rd full marathon was River Jungle kat Hulu Langat in Sept aritu. Agak tough sebab yang ni kena lari naik 2 bukit hazabbb. Kat sini aku realised something about my performance. I can easily buat sub5 for FM. Its good to know.

4th FM masa BSN bulan Oct. Aku start a bit slow for first 20km. Almost buat sub5, tapi lebih 6 minit. My best PB. Dapat 16th place. Tapi tak puas hati dengan timing. Haih.

5th FM was something else. Yang ni totally trail route. Lari traverse and reverse naik gunung. Another crazy thing yang aku buat tahun ni.. haha. First time layan trail 100%. First time lari sampai 11 jam!!! Dapat 5th placing. But stilllll tak puas hati. I can do better :)

**************************

Kalau masa awal tahun aritu, running full marathon sounds sangat menakutkan.. by now aku boleh cakap it was nothing.

Kalau dulu lepas lari 42km aku terpaksa ambik cuti or MC the next day. Now kaki dah tak rasa apa. Dah kebal ahaha.

Its all in your mind. If you can control ur mind, you can do all the impossible.

So, that's my story. What's urs? What's the craziest thing you've done this year?

Finisher skirt from Malaysian Women Marathon

Finisher tee Melaka River Marathon

Finisher tee for River Jungle marathon  

Finisher tee for Putrajaya night marathon

Finisher tee for International Nuang Jungle Marahon

Wednesday, November 26, 2014

Amarr 4th Birthday

Pre-celebration for Amarr 4th Birthday! Amarr sang happy birthday song in english & malay. And then, abang Ariff buat lawak yg buat mommy terkesima tataw nak gelak atau tak.

Amarr : Mommy, tiup?
Me       : Amarr tiupppp lilin. Both of you blow the candle!!
Ariff   : I need water to put the fire out!
Me       : ????? .... fine.

Bought 2 slices cake je for both of them instead of one whole cake. Kiddos tak makan kek sangat.

Amarr sangat pandai "beli jiwa" malam tadi. Almost nangis bila aku dengar dia cakap, 

"Thank you, mommy. This is the best cake ever" (he said this in english).

Tapi yang kelakar tu, dia dengan Ariff tak sentuh langsung pun kek tu malam tadi. Aku ja makan sorang2. Satu slice lagi masuk fridge. 


Buat Amarr yang mommy sayang,
Mommy just hadiahkan ayat Kursi ja untuk Amarr malam tadi. Semoga sentiasa dilindungi dunia akhirat. Toys kena tunggu daddy balik ya sayang. Daddy nak bawa Amarr pergi ToysRus. So, boleh pilih sendiri.

Selamat Hari Lahir 

26.11.10 - 26.11.14






Monday, November 24, 2014

Tough girl do cry sometimes

Feels  like crying.

Tapi tak mampu nak keluarkan air mata.

The feeling sama macam masa Nuang Marathon - after 30km - onthe way naik Nuang semula. Bila masa tu rasa sangat tak larat. Rasa terlalu penat. Rasa hampir give up. Rasa nak orang yang kita sayang ada depan mata masa tu juga. Need his hug.. his comfort.. his shoulder to cry on.

Yep. That same feeling.

Baby breath

My type of flower.. baby breath.

Monday is not going to be easy today..


Crying in the inside..

I want to be whole. To feel whole.
















Sunday, November 23, 2014

Selfie sefamily

Ahad yang sangat santai.

Spend masa dengan kiddos & Mamoru. All day long.

Planning for a short gateway. Kiddos sure suka :)

Last minit punya run

Arina duk provok suruh join dia dengan Syah lari Gegar 10km kat Universiti Malaya. Suruh buat ghost run (lari tanpa bib). Memang tidak lah kan. I got reputation hokeh.. ahahaha. Pada aku, nak lari biar ada bib (at least)

Dannn betul2 depa dua orang carikan aku bib. Dapat beli bib kategori untuk lelaki. Dapat running tee jugak. Tapi saiz M. Tak kisah pun.

Plan asal, nak lari gedik2 ja. 10km kan. Lama tak lari short distance camni. Last masa Guoco run kot.

Tapi bila start lari, Syah force aku lari laju. Naik bukit cinta pun laju! Turun lagi la laju..

Masuk 2nd loop kat bukit cinta, hujan turun selebat lebatnya. Uwaaa.... terpaksa lagi laju sebab tak pakai casing waterproof untuk henfon. Takut masuk air. Letak dalam spibelt kat belakang pinggang ja.

Finished strong for this run. 50 mins. Sangat hyper. Body performance in perfect condition. No injury, no muscle stress. Impressive.

Masa kat finishing, one of the girl kat situ tahan aku nak ambil bib no. Dia confused tengok aku pakai bib lelaki.. hahaha. I just walk away with a smile. Malas nak explain.

Bila Syah sampai, dia tanya.. "u placing kan?"

Dia lupa la tu aku pakai bib orang. Pastu dia regret, Dia cakap, aku patut lari pakai bib Arina. So boleh dapat placing... hahaha.

I didn't regret at all. I was there for fun. And yes, sangat fun! :)



Friday, November 21, 2014

Nuang's collection

I've climbed Nuang 11th times already. Ok tu je nak cakap.

#throwback  Trip dengan Phob
Shirly & her kids


#throwback Trip dengan Mamoru - masa kena sengat lebah yang menyebabkan allegik + asthma attack tiba2. Berlari turun gunung cari klinik.
Tewas kena 2 dose steroid injection kat bontot. 

Satu badan bengkak

Last weekend punya cerita

Agak terharu bila my step sis sanggup pilih tarikh 'meeting' dengan family ikut "masa" aku. Sepatutnya, last week dia dah panggil semua orang untuk bincang tentang persiapan majlis. Instead, dia postpone semata nak tunggu aku ada sekali..*touched*

I will be her "orang kuat" and take charge on the pelamin, hiasan hantaran, wedding dress and makeup artist! Suka2! I loveeee making people pretty!

Adik2 yang lain pun dah ada tugas masing2.

Istimewa majlis kali ni, sebab dibuat di rumah baru. First time merasa kenduri di rumah sendiri :)

Boleh main tapi jangan main2.

Gara2 first day period.

Lari pun pace kura2. Ambil masa lebih 30 minit nk habiskan 4km. Hazabb sangat dah tu.

Kebetulan ada pasar malam kat Bandar Tun Razak. Memang kedarattt la training malam tadi.. ahahahaha.

Takpa.. kasi can kat diri sendiri. Next time jangan main2 ok. Kalau tak hancuss mission.

Thursday, November 20, 2014

Ordinary

Lama tak layan speed. Memula tadi rasa setengah nyawa. Bila dah dapat rythm, rasa best pulak. Nak sambung lagi tapi Arina dah tak larat.

Berpuas hati ja la dengan malam ni. Esok2 boleh sambung.

#onasecretmission

With Arina. Peneman setia bila terpaksa train time malam

Betis dah ada muscle. Sendiri tengok pun ngeri. Kesan dari berlari tanpa henti.. ngee. But me like!! Baru taff.. ahahaha.

Wednesday, November 19, 2014

Time is..

Time is love. You know I love you when I try to spend as much time with you.

Masa itu cinta. Bila kita buang masa, kita hilang cinta.

...quote by Hanis Zalikha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...