KENGKAWAN

Tuesday, November 04, 2014

4 days left

Nuang Marathon 42km.

Nervous? Tak rasa lagi. Hopefully tayah timbul rasa ni. Aku dah adopt strategi tanak jadi orang last ja.. haha. So, tak stress sangat.

Will be wearing all red during the race. Senang orang nak nampak aku dalam hutan nanti. Masuk hutan kena pakai cerah2

Organizer Nuang Marathon ni sangat strict. Baca confirmation email tentang race kit collections, agak gerun jugak lah.. itu tak boleh ini tak boleh.. haih.

Henfon wajib dibawak (kena geledah mana waterprof casing). Keta pun kena parking jauhhhhhh. Uwaaa... seksanya. Pukul 5 pagi kena ada sana. Silap2 ni, berkhemah aku kat Pangsun nanti.

Harap semua berjalan lancar. Tanak jadi macam Gunung Gajah Terom last week, sampai ada participant hilang tak jumpa sampai hari ni. Semoga budak yang hilang tu ditemui dengan selamat.

Dalam apa2 event lasak macam ni, kena sentiasa beringat, risiko memang ada. Semua bergantung pada kita. Kalau rasa mampu, teruskan. Kalau tak, withdraw .

Dengar cerita, masa Viper Challenge last week pun ada few participants patah kaki dan ada gak yang patah tangan masa buat obstacles. Join event sebab nak enjoy.. nak healthy life bagai tapi tup tup tersadai kat hospital. Ngeri dow

Tapi bilaa fikir balik, kat mamana pun ada risiko. Kalau dah takdir nak patah tangan hari tu, tak join Viper pun tettaapppp patah tangan jugak kann.. Situasi mungkin boleh tukar. Tapi jadi, tetap jadi.

Persiapan terakhir untuk Nuang?

Nk rest ja boleh? Nak rehatkan kaki. Aku tanak stresskan muscles.

Pastu nak carbo loading. Melantak macam orang tak ingat dunia.

Anyway, Ahad ni sure challenging. Nak kena prepare badan dan mental untuk lari naik dan turun gunung.

Pangsun, Selangor -> Nuang Peak -> Janda Baik, Pahang -> Nuang Peak -> Pangsun, Selangor.

Dengar cerita, average timing untuk complete route ni antara 12 ke 18 jam. Bergantung pada fitness level. Cut off time yang organizer bagi just 14 jam. 

Hm.. pening nak fikir strategi dan cara nak preserve energy supaya aku tak pewai masa climb Nuang dari Janda Baik. That's the most critical dan mental part. Kalau awal2 dah terbarai, kat area ni sure consume banyakkkk masa!

Pic credit to http://vesparunner.blogspot.com/2013/05/trail-route-pangsoon-nuang-janda-baik.html?m=1


Kalau ikut gambar ni, macam takde beza je tahap ke-hazabbb-an route dari belah Pahang or Selangor. Pasrah je lahhh.

Memandangkan route untuk trail Nuang Marathon 42km ni agak menggila, aku declare starting esok sampai race day, adalah REST day! 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...