KENGKAWAN

Saturday, November 29, 2014

What is the craziest thing u have done this year

2014 dah hampir sampai ke penghujung.

Rasa macam baru ja awal tahun aritu aku decide nak serious berlari.

Sepanjang tiga tahun join fun run, tak penah aku lari lebih dari 10km. Itu pun boleh kira berapa kali aku lari dan worst, not exactly lari laa sebab almost all the way 10km tu penuh gambar selfie.. haha.

Tapi awal February aritu, tiba2 ja terdetik nak lari long distance. Like reallyyyyyy long distance. Bukan main2 punya. Bukan 10km or 21km, tapi 42km terus!! Gila kan.

Lebih gila, bila aku ambil masa sebulan lebih ja training untuk first full marathon. Masa tu aku tak fikir banyak. Yang aku tahu, aku boleh buat mender ni. It's all in me already.

Cuma bab timing ja aku kena jaga. Kalau boleh, aku nak complete the race dalam masa kurang 6 jam. Target timing pun tak agak2 kan.. haha. Rata2 member lelaki yang pernah lari 42km pun amik masa almost 6 jam nak habiskan race.

Bila aku suarakan pada Mamoru nak lari full marathon (42km), dia ok ja. Good thing about Mamoru, dia tak pernah halang hobi gila aku. Sama macam minat naik gunung. Dia tak pernah stop aku.

Kawan2 pulak, ada yang skeptical. Ramai yang kata ni keje gila. Ada juga yang bagi support. Macam Afzan, Aisya yang teman aku training for almost a month sebelum my 1st FM race.

Aku punya first 42km was Malaysia Women Marathon bulan March aritu. I was supposed to run alone. Tapi last minit Khai register jadi pacer aku. So, kami kena complete race sama2.

Khai memang sangat laju! Macam leopard dengan kura2 kalau banding dengan aku. Dia sangat strict. Buat aku rasa separuh mati berlari dengan dia. But i have to thank him anyway coz dia ajar aku few tips yang aku rasa sangat berguna dan aku amalkan sampai hari ni.

Tho we didn't complete the race (Sempat lari 34km ja sebab race kena cancelled due to jerebu), we finished strong. Ok, not me. Khai la yang strong. Aku punya kaki gigil beb. Ambil masa lebih 3 hari nak recover.

Aku punya second full marathon was kat Melaka in June. That was the first, aku lari tanpa pacer, tanpa kawan2 & tanpa Mamoru. Datang solo balik pun solo. I like this feeling. Tak terikat nak lari ikut pace orang.

Kat sini aku faham bila orang cakap, "running is 'me' time". Its about 'me' and nobody else. I really enjoy it. Esp when I can take my own sweet time driving to race venue. Head and mind focus on my race. Bila habis lari, take my own time to relax a bit. Pegi makan kejap then balik.

Tapi once in a while, it'll be nice if the person you love suprise you at the finishing line kan. Tanda support. But Mamoru quite busy. He's working schedule is crazy. Its ok. Its the thought that matter. Lagipun I knew he's my no. 1 supporter.

My 3rd full marathon was River Jungle kat Hulu Langat in Sept aritu. Agak tough sebab yang ni kena lari naik 2 bukit hazabbb. Kat sini aku realised something about my performance. I can easily buat sub5 for FM. Its good to know.

4th FM masa BSN bulan Oct. Aku start a bit slow for first 20km. Almost buat sub5, tapi lebih 6 minit. My best PB. Dapat 16th place. Tapi tak puas hati dengan timing. Haih.

5th FM was something else. Yang ni totally trail route. Lari traverse and reverse naik gunung. Another crazy thing yang aku buat tahun ni.. haha. First time layan trail 100%. First time lari sampai 11 jam!!! Dapat 5th placing. But stilllll tak puas hati. I can do better :)

**************************

Kalau masa awal tahun aritu, running full marathon sounds sangat menakutkan.. by now aku boleh cakap it was nothing.

Kalau dulu lepas lari 42km aku terpaksa ambik cuti or MC the next day. Now kaki dah tak rasa apa. Dah kebal ahaha.

Its all in your mind. If you can control ur mind, you can do all the impossible.

So, that's my story. What's urs? What's the craziest thing you've done this year?

Finisher skirt from Malaysian Women Marathon

Finisher tee Melaka River Marathon

Finisher tee for River Jungle marathon  

Finisher tee for Putrajaya night marathon

Finisher tee for International Nuang Jungle Marahon

2 comments:

abdooss said...

Pergh... gua punya FM pun 5:45 !
(tu pun sebab kena saiko dengan otai - patutnya lagi cepat kot?! hahaha :D )

Adlyana Abdullah said...

Boleh improve lagi tu.. jom training lebih sikit :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...