KENGKAWAN

Tuesday, December 09, 2014

Testing & setting rations

Malam tadi test masak dalam camping cookware. Bukan nak test sangat pun. Lebih pada nak sukat berapa banyak aku nak consume rations per meal. Yelah, tak penah2 masak untuk single meal kan.

Sekarang dah tau, aku just perlu masak 100 gram beras per serving. Kalau nak jimat cooking gas, aku kena masak 200 gram beras sekaligus (half untuk dinner dan half lagi tapau untuk lunch esoknya). 

Total beras yang perlu dibawa adalah 920 gram. Maybe aku genapkan jadi sekilo je. In case of emergency nak melantak nasik lebih dari biasa.. ahahahaha.

One good thing, aku tak perlu bawak gula coz aku tak minum kopi atau teh. Kalau perlu, maybe bawak 3in1 e.g., milo etc. Senang. Ringan sikit muatan beg.

Kalau boleh aku tanak berat haversack lebih dari 10kg. Maksimum pun 12kg. Tanak bawak lebih. Takut nanti melambatkan perjalanan. Aku tak suka jadi orang last hiking dalam hutan. Kalau boleh nak jalan belakang guide ja.. haha. Biar cepat sampai, cepat setting campsite, cepat mandi, cepat makan & cepat zZZZzzzzzz...


***********

Mamoru won't be joining me in this trip. Dia take turn jaga kiddos. Terpaksa pergi asing2 macam trip Korbu Gayong tahun 2011 dulu.

Tahun depan aku pulak kena tinggal bila Mamoru pergi trip Mulu kat Sarawak.

Compromise kan.

Camni la bila ada anak kecik. Nak bawak sekali tak boleh sebab trip hardcore. Tunggu kiddos besar sikit baru ok.


Aku bawak aku punya favourite stove (Kovea Spider) & satu cookware ja. Multi task. Malas nak bawak mestin. Berat n consume space. Cooking gas aku bawak 2 botol. Huh.. dah berapa kilo dah tu??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...