Thursday, December 31, 2015

Aleesya 55 hari

Dah pandai 'memanggil' suruh kita tengok muka dia. Pastu, suka layan sembang dan suka diagah. Comei!

Senang ja jaga dia. Letak ja boleh tidur sendiri. Tak perlu tidur dalam buai. Tak perlu pacifier. Abang dia buat bising macam mana pun dia boleh lena ja :)

Aku duduk umah sorang2 pun takda buat keje sangat. Mamoru yang banyak settlekan semua time malam. Ariff & Amarr pulak lebih suka main toy sama2. Aleesya lah geng kamceng aku sekarang. Belek dia 24 jam jelah keje aku.. hihi.

Dah hampir dua bulan usia Aleesya. Alhamdullilah masih fully breastfeed. Moga murah rezeki Aleesya dan moga dipermudahkan usaha aku untuk 100% breastfeed Aleesya.

We can do it sayang! Together! xo!

So long 2015!

InsyaAllah 2016 akan jadi lebih baik untuk semua especially  aku & Mamoru ♡

Moga ada rezeki nak pindah Melaka tahun ni. Aminn! Doakan sama ye geng :)

Brainy Bunch graduation day

Throwback 21 November aritu.

Ingatkan nak post entry bila dapat gambar official  Ariff pakai jubah convo. Tapi tak sempat nak collect kat BBIM. Busy manjang. Later lah buat entry lain or update kat sini ja nanti.

Suka tengok Ariff pakai jubah konvo walau tadika je pun. Mamoru siap amik pakej konvo photography tau. Bayar ratus2 semata nak dapatkan official gambar konvo Ariff. Saja nak compare gambar konvo masa kecik dengan konvo masa kat universiti nanti (insyaAllah, semoga dimakbulkan)

Thanks Brainy Bunch Islamic Montessori di atas 3 tahun yang sangat menarik.

Terima kasih sebab secara tak langsung membantu aku jaga dan didik Ariff. Terutama cikgu Tini, Atikah, Mala, Baizura, Pn Faridah & semua tenaga pengajar BBIM. Minta halal atas mana2 yang terkurang atau terlebih. Especially time aku terlambat fetch Ariff masa balik keje. Maklum lah sorang2 keje KL jaga anak2 & jauh dari suami. Terima kasih sangat2 sebab memahami :)

Tahun depan tinggal Amarr sorang ja kat BBIM. 2016 ni tahun ke-4 dan tahun terakhir Amarr dengan BBIM. Harap Amarr tak rasa sunyi & boleh biasakan diri. Yelah selalu tu ada abang Ariff kan..


Wednesday, December 30, 2015

Orientasi darjah satu

Teman Ariff pergi orientasi untuk student darjah satu. Teman kat assembly area ja.

Pastu masa cikgu bawa student naik ke kelas kat tingkat tiga, kami stay kat bawah ja. Duduk kat dewan dengar penerangan dari pengetua & pengerusi PIBG.

Masa tengah dengar penerangan tu ada gak la announcement dari cikgu2 suruh few parents naik ke kelas pujuk anak masing2 yang menangis. Tunggu gak kalau2 cikgu announce nama Ariff, tapi takda. Means dia ok la kat atas tu.

Almost pukul 11 baru settle payment, amik buku teks segala.

11.30 pagi, baru Ariff turun. Senyum ja dia. Sampai depan aku, dia buka beg keluarkan kertas latihan matematik yang dia buat masa dalam kelas. Dia dapat markah penuh! Soalan basic ja. Ariff can do more than that.. hihi.

Ariff cakap tadi dia pergi toilet. Aku tanya cikgu teman dia pergi toilet ke? Dia cakap dia pergi sendiri. Turun tangga dari tingkat tiga (toilet kat ground flooe) pastu naik balik ke kelas.

Me & Mamoru impressed sangat. That's our boy. Brave. Hari first dah pandai bawa diri.

Ok lah. Mummy is so busy like a bee. Nak membalut semua buku latihan & buku teks yang sungguh la banyak. Pastu nak study semua buku2 ni. Senang nak tolong Ariff buat homework nanti :)

On the way naik ke kelas

Ada 281 student darjah satu untuk sesi 2016. Kelas sementara Ariff kat 1F sebelum amik ujian untuk tentukan kelas.

Subjek math. Full mark. Subjek lain tak dapat paper pulak. Gambatte Ariff!

Tuesday, December 29, 2015

Happy Monday!

Update: Oh, Tuesday rupanya! Haha.. Camni la kalau duk cuti panjang. 

*****************

What a wonderful morning :)


Homemade roti ice cream goreng (tapi tanak goreng sebab tak suka roti serap minyak - haha). Buat terus makan camtu je.

Cheezy chicken slice with bread and cilipadi

Fresh pomegranate juice without sugar


Beli buku sekolah Ariff

Semalam pergi sekolah Ariff. Beli buku & lencana.

Ikutkan boleh ja beli masa hari orientasi esok. Tapi esok confirm ramai parents. Tanak lah bersesak sesak kat kedai koperasi sekolah tu.

Tadi sekolah lengang ja. Sempat tunjukkan Ariff kat mana kelas dia, kantin, toilet. Harap first day kat sekolah nanti Ariff tak kekok.

Friday, December 25, 2015

Persiapan sekolah Ariff

Still banyak lagi yang belum beli.

Ariff nak beli beg Ben10. Aku pulak nak belikan dia beg Deuter.. huhu. Tapi, possibility untuk Ariff pilih Ben10 adalah besar.

Mamoru cakap harga beg Ben10 almost RM100. Boleh tahan mahal eh beg camni. Part tahan lasak pulak doubtful. Kalau Deuter confirm tahan lasak walau harga lebih mahal sikit. Tapi kalau setahun kena ganti beg sampai dua tiga kali, serupa beli Deuter je kan.

Setakat hari ni, baru beli uniform sekolah kebangsaan dengan uniform sekolah agama. Aku beli sesiap 5 helai baju & seluar (kes malas nak basuh & gosok hari2).

Kasut belum beli lagi. Itu pun plan nak beli 5 pasang jugak. Pastu pening kepala nak cuci kasut banyak2 nanti.

Bila dengar aku bebel sorang part nak cuci kasut Ariff, Mamoru terus warning aku jangan cuci kasut Ariff. Dia nak Ariff berdikari. Kata Mamoru, dulu kita pun basuh kasut sendiri dari kecik. So, jangan terlalu manjakan anak. Tskk. Noted.

Note: Sorry ya sayang mummy, Ariff. It's time Ariff belajar berdikari :)

Hero2 demam. Tak lalu makan. Nak buah ja

Thursday, December 24, 2015

Tuesday, December 22, 2015

Membebel

Perkara yang sangat annoying masa tengah berpantang yang orang tak faham dan kadang2 buat2 tak faham:

1. Orang datang melawat tak kena masa. Mementang kat umah takda masa melawat macam kat hospital. Datang melawat pun ikut suka la kekdahnya. Malam pun aci redah ja datang.

2. Satu hari sampai tiga empat rombongan datang. Duduk bertandang pulak sampai berjam2. Kalau umah ada maid takpelah. Boleh suruh buat air, masak makanan segala. Kalau yang ada just tuan badan yang baru lepas bersalin camne? Nak masak tak larat. Tak jamu tetamu rasa tak serba salah pula. Nak harapkan cik abang, dia pun tak menang tangan. Tetamu yang datang punn jangankan bawak hadiah, lagi ditanya kopi takde ke? Panggg ada, ndak?

3. Bila mulut takda insuran. Kondem cara kita berpantang. Paling worst, cakap anak kita melalak sebab tak cukup susu. Siap suruh kita beli susu formula. Padahal anak kita melalak sebab kita duk layan dia yang tak reti2 nak balik. Sampai nak susukan anak pun tak sempat.

4. Bila tetamu lelaki buat tak reti kita bagi hint nak susukan baby. Tak gentleman langsung. Lagi duk tengok ada lah. Yang perempuan pun sama. Duk perati jugak. Lagi haru duk menempel dekat nak dapat view jelas baby menyusu. Memanglah memasing ada breast. Tapi agak2 lah. Sesama perempuan pun ada perasaan malu juga.

5. Tetamu yang suka duk dukung baby sesuka hati. Jenis yang ni tolong lah memahami sikit. Kengkadang depa tak tau baby tu baru lepas melalak ke. Or mak dia struggle nak tidurkan dia. Yang depa ni sukati pegi angkat. Pastu bila baby melalak, dia pass kat mak baby tu. Kesian kat mak baby. Baru nak rehatkan badan dah kena dodoikan anak semula. Penat weh.

6. Tetamu yang suka kiss baby pun over juga. Nak cium bau syurga katanya. Kalau tangan & mulut pakai sanitizer takpelah. Kena pulak tetamu yang duk batuk selsema kiss baby. Tsskkk.

Ada lagi tapi tak ingat. Selalu tu yang buat camni orang2 yang pernah ada anak kecik juga. Depa ni memang saja bebuat tak faham ke camne?

Monday, December 21, 2015

Aleesya 45 days

Berat Aleesya now 4.2 kg. Double dari berat dia masa lahir. Tinggi 55cm. Naik 5cm!

Dulu tak pernah terfikir nak tambah sorang lagi baby. Tak pernah terniat nak ada baby girl. Rasa cukup lah Ariff & Amarr sahaja.

Bila Aleesya ada, rasa complete semua. Tak perlu apa2 lagi.

Hari ni usia Aleesya 45 hari :)

45 hari yang penuh dengan kegembiraan!


si Cantik mummy! Takda rambut pun cantik! Jelir lidah pun cantik!
 

Friday, December 18, 2015

Aleesya dah botak

Kalau ikut plan, hari ke 7 lagi dah botakkan Cantik Mummy ni. Tapi sebab nak sekalikan kenduri akikah dengan cousin2 Aleesya, maka pospon sampai bulan April depan. Nak buat meriah2 katanya.

Gigil2 cukur rambut Aleesya sorang2. Mulut duk zikir sepanjang masa. Dalam hati jangan lah luka kulit kepala Cantik Mummy ni. Nasib baik Aleesya behave. Diam ja dia. Halfway cukur, Aleesya tertidur. Lagi lah senang keje mummy.

Now dah botak licin. Mummy berjaya cukur rambut Aleesya tanpa luka tau. Boleh jadi barber mummy ni.

Pasni mummy tanak gunting rambut Aleesya lagi. Nak biarkan panjang. Dah lama mummy tunggu saat nak dandan rambut anak perempuan sendiri.. hihi.

Lain sangat muka Aleesya takda rambut 

Smile :)

si Cantik Mummy

Wednesday, December 16, 2015

Study

Nak main henfon mummy kena buat latihan few pages dulu. Kalau tak, mummy tak bagi henfon.

Lagi 2 minggu Ariff nak masuk darjah satu. Yay!

Tik tok tik tok

Note:

1. Adik lelaki no.3 dah dapat baby girl baru! SIL Sue bersalin hari Isnin aritu kat HUKM. Cucu terakhir atuk Dollah dalam tahun ni (tahun depan ada lagi.. hihi)

2. Ahad ni adik lelaki no.2 first time join lari 10km. Dengan tak training segala.. haha. Tapi takpa, adik perempuan no.6 & Mamoru pun join sama. Boleh towing dia kalau terkandas halfway. 

3. Ahad ni jugak Mummy habis pantang 44 hari (pantang laa sangat.. huhu). So, Mummy & Aleesya boleh tunggu kat finishing line, jadi pom pom girl.

Daddy print untuk Ariff buat latihan Bahasa Melayu sebab Ariff tak fluent subjek ni. Mummy jadi tutor. Duduk hotel pun kena study jugak tau.

Tuesday, December 15, 2015

Hadiah dari Mamoru

Hadiah sempena apa tataw.. hihi. Anniversary lagi 2 bulan. Lambat lagi.

This is my 3rd Suunto watch. First time Mamoru belikan aku jam jenama ni masa tahun 2009 kot. Or tahun sebelum tu.

Aku tak tahu sangat tentang fungsi jam ni. Cuma yang aku tahu, jam ni popular dikalangan bebudak gunung. Dan sekarang popular dikalangan bebudak marathon pulak.

Aku bukan gadjet freak. Aku just guna jam ni untuk track xtvt running & hiking ja. Fungsi2 lain confirm aku tak sentuh, unless aku join triathlon la kan.. haha.

Note: Tenkiuu Mamoru! Love it! Luve u.. xo!

Nampak agak bulky kan. Tapi ringan. Design jam ni belum pernah ada yang comel2 untuk orang perempuan pakai. Bias sangat kan.. hihi

Semangat nak berlari balik. Psstt.. ekceli dah ada berderet event yang aku dah register.. tunggu nak lari je.. haha

Ronda2 kotaraya

Mamoru ajak pegi jalan2 dan dinner kat Mid Valley malam tadi. Aku pilih makan kat luar. Mid Valley still penuh umat manusia.

Aku pilih makan kat Kampung Baru. Kat restoran yang ada deko dengan bot besar. Ada ikan2 sembilang yang besar kat situ.

Tak ingat apa nama restoran ni. Dulu masa belum kahwin, Mamoru selalu bawak makan kat sini :)

Aleesya sangat behave setiap kali keluar berjalan. Senyap ja dia. Tidur hampir sepanjang masa. Selesa sangat nak makan.

Lepas habis makan pegi beli buah. Pastu ingat nak gi jenjalan lagi. Tapi hujan lebat selebatnya pulak. Balik hotel je lah jawabnya.

Anyway, we have fun!

Note: Semalam lahir lagi seorang cucu perempuan Atuk Dollah yang terakhir untuk tahun ni. Rupa dia ada iras2 Aleesya. Tak sabar nak gi melawat :)

Percaya tak, gambar ni Ariff yang snap. Aku tak dan nak pegang phone sebab kiddos asyik la main game guna phone.

Licin rib steak ni aku makan. Rasa sama macam dulu2 jugak :)

Monday, December 14, 2015

Ratu air mata

Cantik mummy ni suka nangis tau. Ratu air mata sangat.

Ni mesti ikut perangai mummy masa pregnantkan dia. Cembeng 24 jam.. haha

Plan hari ni nak turun bawah & jalan2 kat mall. Tapi tak jadi sebab hari ni kan Selangor cuti. Sure penuh Mid Valley  dengan orang Selangor. Tanak la bersesak2.

Esok je lah kita conquer Mid Valley ok anak2?

Morning KL

Berjimba dengan satu family seminggu kat sini. Cititel Mid Valley.

Err.. kitaorang je lah kot. Daddy kena keje.. hihi. Tenkiu daddy bawak kitaorang jenjalan Bid Bad Wolf. Malam ni kita jalan2 lagi eh.


Tak pernah tau pun hotel ada provide baby cot. Dah masuk 3 anak baru tau. Itupun kebetulan staff hotel tanya aku nak baby cot tak (sebab dia tengok aku dukung Aleesya). Laju je aku cakap nak.. 

Sunday, December 13, 2015

Mini me

Azam tahun depan nak jadi orang yang disenangi dan disayangi oleh family, kekawan dan colleagues :)

Wishlist tahun depan nak tambah aset. Nak beli rumah baru. Rumah semi-d yang sedia ada dah bagi ayah & ibu duduk. Dah jadi macam rumah induk untuk adik beradik & ipar duai berkumpul setiap kali balik kampung. 

Dulu masa kekecik simpan azam nak beli rumah untuk ayah & arwah ibu. Tapi arwah dah tak ada. Tak apa lah, ibu tiri pun ibu juga kan. 

Alhamdullilah Tuhan dah makbulkan. Itu je yang termampu buat untuk kumpul pahala. Berbakti pada orang tua selagi mereka masih ada. 

Kata orang, murah rezeki kalau berbakti pada orang tua ni. Moga2 macam tu lah. Semoga dipermudahkan urusan kami dan dimurahkan lagi rezeki kami. Amin.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

With mini-me. Tak jemu2 belek dia ni

Pasrah je awak layan mummy kan.. hihi. Aloha.

Friday, December 11, 2015

Last day kat Melaka

Hari ni last day stay kat Melaka. Esok dah bertolak balik KL.

Ikutkan hati, nak stay kt Melaka sampai bulan February. Sampai habis maternity leave. Tapi Isnin depan, Mamoru outstation kat KL seminggu. Berkampung kat Cititel Hotel Mid Valley la kami sepanjang minggu depan.

Lepas tu, back to reality. Back to Bandar Sri Permisuri. Back to long-distance relationship. Being a supermak sorang2 kat KL. Kali ni handle 3 orang anak singlehandedly.

Pasrah.

Hadapi dengan tenang.

Ada masa 2 minggu lagi sebelum Ariff start orientasi masuk darjah satu.

Lepas tu kena tambah extra task:

Hantar dan ambil Ariff dari sekolah Agama (sesi pagi) dan sekolah Rendah (sesi petang)
Hantar dan ambil Amarr dari Brainy Bunch
Jaga Aleesya kat rumah

Bila dah start keje awal February nanti tambah lagi task untuk hantar dan amik Aleesya dari taska.

Dengan beban keje kat ofis dengan tugas2 supermak kat rumah, harap aku mampu uruskan semuanya.

Stress bila fikirkan semua ni.

Solution yang aku ada:
1. Teruskan bersabar dan tunggu peluang untuk transfer ke Melaka
2. Cari keje lain kat Melaka (di zaman ekonomi meleset ni? Tsskk)
3. Berhenti keje dan jadi suri rumahsepenuh masa.

Haih.

Permudahkan lah ya Allah urusan kami dan luaskanlah rezeki kami untuk anak2 kami dan mereka yang berada dibawah tanggungjawab kami.

Aminn.

Aleesya at 36 days. Masa baru lahir aritu eyelash ciput ja. Now makin panjang & makin lentik. Muka lately penuh rash merah2. Melaka is so hot gittew. 

Dah nak masuk darjah satu anak mummy ni. Baju, kasut, beg, buku semua tak beli lagi. Weekend ni kena start shopping barang2 Ariff.

Tuesday, December 08, 2015

Makan untuk susu

Aritu makan untuk pregnant. La ni makan untuk susu pulak.

Aku ni jenis tak suka makan ubat untuk tambah susu badan. Lagipun aku tak caya lah ada produk yang boleh tambah susu badan.

Kalau makan sebiji pil boleh produce susu badan, means sesiapa pun boleh breastfeed baby. Even lelaki. Coz diaorang pun ada breast gak. Kan? Kan?

Hahahahahaha.

Today snack for nursing mummy : Karet, stoberi & anggur. 

Teman daddy outstation

Mamoru outstation 2 hari ja kat KL ni. Tapi kami duduk sini dari hari Sabtu aritu. Kami stay kat Cititel Mid Valley.

Sakan mummy gi jenjalan dengan Aleesya. Walhal belum habis pantang lagi tu.

Kami pegi shopping, jalan2 cari makan, teman kiddos main bowling, etc. Panjang langkah betul!

Happy!

Anyway, petang ni nak balik Melaka dah. Babai KL :)

Note: Ahad lepas usia Aleesya genap sebulan! Dan dah sebulan juga aku berjaya fully breastfeed si cantik ni. Alhamdulillah!


Mummy tengah breastfeed Aleesya, hero2 ajak bergambar

Anak2 saya

Aleesya pun pandai selfie

Makan kat Murni, Permaisuri

Denan adik no.2

Take turn naik Dinosaur kat Alamanda.

Ariff n Amarr

Ariff in action. 

Main kat lane kanak2. So bola takkan masuk longkang

Adam in action