KENGKAWAN

Thursday, January 29, 2015

Kainku koyak

Minggu yang super busy. Tak menang tangan. Dari ofis membawak ke rumah.

At one time, aku almost nak jual semua bib running yang aku dah register. First sebab aku takde training  langsung sejak sebulan yang lepas. Second sebab nak prep Ariff tetiap malam untuk exam kelayakan masuk sekolah pada bulan May ni. 

Aku plan nak masukkan Ariff ke sekolah rendah agama integrasi.This type of school kena amik ujian kelayakan. Student yang lulus ja diterima. Quite worried juga lah. Tapi aku usaha mana yang boleh, kalau ada rezeki Ariff kat situ insyaAllah dapat lah masuk. Kalau takda, takpe. Yang penting, as a mother, aku dah berusaha (nanti lah aku cerita detail pasal ni kat entry lain).

Jujur cakap, aku tak tahu macam mana nak mengajar Ariff tanpa gangguan Amarr. Ariff dengan Amarr kalau bersatu, semua keje tak jadi. Diaorang akan lebih banyak main dan gelak je. Kang kalau aku stress terus zaasssss memasing kena rotan. Jadi keje pulak Mamoru kena jamin aku kat lokap sebab rotan anak.. tskkk.

Luckily, aku manage dapat cari sorang personal tutor untuk Ariff. Bulan 2 ni baru start. Aku request 5 sessi setiap minggu. Sejam setiap sessi. Kelas start lepas pukul 7 malam (later cerita further pasal ni).

Serious legaa banyak bila ada personal tutor. So keje aku just buat revision ja. Dan aku still boleh terus berlari. Cuma takde lah nak training tetiap malam kann. Not till Ariff sit for his exam lah.

Opss.. lari topik pasal kain koyak. Banyak sangat fikir.. haha. Alah koyak sikit je pun. Jalan ganas sangat. 

Tak nampak sangat pun kan. Selesa sikit lepas koyak ni. Dapat langkah besar2.. panjang2..

Muka mintak penampar.. haha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...