KENGKAWAN

Friday, February 20, 2015

Runtuhkan rumah kenangan

Dah 2 hari kat Melaka :)

Balik kampung dengan misi yang satu.. ahaha.

Ruma lama ayah dlm proses nak diruntuhkan. Semua adik beradik lelaki tolong ayah cabut bumbung, tingkap kaca dan mana2 part yang boleh dipakai semula.

Lain2 bahagian munngkin akan ditolak dengan jentera.. well, maybe. Dunno.

Tak sanggup nak tengok. Banyak kenangan susah kami adik beradik zaman kecik dulu sampai kami berjaya macam sekarang.

Teringat masa kami pindah masuk rumah tu. It was more like rumah setinggan separuh siap.

Bilik air berlantaikan tanah merah. Dapur tak ada. Tingkap belum siap. Just tutup dengan gebar bila malam (selimut).

Elektrik tak ada. Malam2 pakai pelita. Bangun pagi lubang hidung hitam sebab asap pelita.. haha. Then pakai lilin. Tapi tak tahan lama pulak. Lastly pakai lampu karbait. Bau busuk tapi lebih jimat. Boleh la buat teman study sampai lewat malam.

Kadang2 pakai bateri kereta atau generator untuk pasang elektrik. Itu pun dah kira mewah. Lepas tiga tahun duduk situ baru dapat bekalan letrik. Gila lama kan.

Dulu part basuh baju memang hazabb. Memasing kecik dan still sekolah. Nak basuh hari2 tak sempat. So, kumpul seminggu sekali baru basuh. Sepuluh adik beradik punya baju nak kena basuh beb! Basuh tangan okay. Hazabbb. Sampai kematu tangan nak memberus.. ahaha.

Haih. Itu baru satu. Banyak lagi kalau nak cerita.

Fact tentang rumah ayah:
♡Mula dibina dari tahun 1996. Rumah impian arwah ibu.
♡Hampir separuh kos bina asas rumah ni dari duit EPF arwah ibu.
♡Ambil masa lama nak siap sebab ayah buat seorang diri. Adik2 lelaki yang lain pun turut tolong ayah buat rumah.
♡Mula pindah ke rumah ni tahun 1998 walaupun banyak bahagian belum siap.
♡Dapat bekalan elektrik tahun 2001

♡Oh.. hampir lupa, tiang asas rumah tu l ayah guna tiang kayu elektrik terpakai. Dulu kan orang tukar tiang lektrik kayu ke tiang konkrit. Kayu tu la yang ayah guna. Sebab tak mampu dan nak save kos, kata ayah :)

Now semua dah tinggal kenangan. Lenyap.

Ayah cakap jangan sedih2. Biar orang buat kita.

...........

Now, masa untuk untuk berbakti pada ayah. Semoga ayah tak sedih lagi.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...