KENGKAWAN

Wednesday, February 18, 2015

Tutor class

Semalam agak kelam kabut sikit jadual aku. Berkejar balik ofis awal semata sebab nak lari kat tasik Permaisuri. Dapat buat 1 loop je sebab stop berbual dengan Ijoy & Baman C.

Start semalam sampai lah few months akan datang, there will be no night run on Tuesday, Wednesday & Thursday. Sebab kena fetch Ariff dari tuition.

Haih kesian aku tengok Ariff. Umur baru 6 tahun (precisely 5 tahun 8 bulan), dah kena pegi tuition. Aku dulu, nak SPM baru gi tuition okay. Serious terasa bahang persaingan akademik budak2 zaman sekarang.

Semalam jugak, first day Ariff attend his tuition. Kelas start pukul 7.30 malam sampai 8.30 malam. Dia sorang je student (one to one session dengan tutor).

Sempat juga jumpa tutor Ariff, aunty Tini. Borak pasal subject yang dia ajar & part mana yang Ariff still belum master. Aunty Tini akan ajar Ariff subject Bahasa Melayu, English & Matematik. Aunty Mala pula akan ajar Jawi & Arab.

Aku pun take part juga dalam study Ariff dengan buat revision tentang apa yang dia dah belajar.

Harap apa yang aku usahakan ni berbaloi. Tapi kalau bukan rezeki Ariff kat situ, aku rasa, tak perlu nak frust kot. Sebab kelas tution ni bukan untuk jangka pendek e.g., nak lulus ujian kemasukan SRAI je. Setidaknya, semua ni berguna sebagai basic Ariff nak start sekolah tahun depan. Tak kira lah sekolah mana. Kan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...