KENGKAWAN

Wednesday, March 04, 2015

Meeting dengan team Merapoh Adventure

Tengah malam semalam dapat text dari Nizam, organizer trip Tahan 2D1N via Merapoh Kuala. Dia nak buat meeting (malam tadi kat kedai Karat Adventure, area bangunan MPAJ).

Esoknya baru aku reply (semalam). Pastu pagi tu Nizam called lagi. Confirmkan attendance untuk malam tu.

Aku tanya dia berapa ramai peserta yang join. Dia cakap, lebih dari 50 orang peserta yang berminat nak join. Tapi lepas interview semua peserta, 12 orang je yang lepas. Dari 12 orang ni, 4 tarik diri sebab tak confident. So, tinggal 8 peserta ja yang confirm pergi. Dan aku satu2 nya peserta perempuan. Tak kisah pun. Dah biasa.

Aku rasa ramai ultra runner yang aku kenal boleh join trip ni. Especially team Abang Rashid (Karat) yang memang dah biasa buat trip ultra. Cuma masa suntuk sangat and kebanyakan otai ni dah terikat dengan komitmen lain.

Paling aku tak sangka Abang Rashid pun join trip ni sekali. Whoa.. first time join trip dengan dia. Trip ultra pulak tu. Dari apa yang aku dengar dari geng ultra yang lain, style abang Rashid jalan memang no mercy. Kalau dia target nak stop kat satu2 tempat, dia takkan stop selagi tak sampai tempat tu. Pepandai ko lah nak kejar dia. Dan for sure, ada certain time ko terpaksa jalan sorang2 dalam hutan. So, tak boleh leka. Kena alert dengan trek dan situasi sekeliling. Kalau salah trek, nahas.

Trip ni memang nampak gah. Nak conquer gunung Tahan via Merapoh ke Kuala Tahan dalam masa 2 hari 1 malam. Memang tak pernah orang buat lagi.

Biasanya, tempoh masa yang paling standard untuk complete kan route Merapoh ke Kuala Tahan adalah 7 hari 6 malam. Paling cepat orang pernah buat adalah 3 hari 2 malam.

So, this is history we are trying to create this week.

Tapiiii... jangan excited sangat or nak berlagak kat sini. This is just a trial. Kalau trip ni success, our timing akan jadi benchmark untuk peserta seterusnya. Tapi kalau gagal disebabkan peserta over confident, there's no point. No point at all.

Pada aku, setiap kali nak masuk hutan, niat tu penting. Kalau niat baik & bersih, insyaAllah dipermudahkan.

Aku just harap performance & mental semua peserta kuat (termasuk aku). Kalau ada peserta yang tak mampu teruskan atau ada injury, that would be very2 bad for the rest of the team sebab ko akan buat semua orang frust. Like really frust.

Another 2 days to go before this ultra-hike trip. Wish me luck.

Dari kiri, Nizam, Is, Abg Rashid, Pian & belakang tu kak Aishah. Tak ramai malam tadi, peserta lain tak dapat join meeting.

Nizam bagi briefing  

3 comments:

Anonymous said...

good luck Ad

Adlyana Abdullah said...

Thanks

Fisol said...

Siti tak join ke?
All the best Ad... u can do this!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...