KENGKAWAN

Friday, March 06, 2015

Ready for Gunung Tahan Ultra

Dah siap packing. Berat beg 4.65kg. Berat ration air je dah 1.85kg. Hampir separuh dari jumlah berat keseluruhan beg.

Boleh je nak kurangkan air sebab sepanjang trek menuju ke puncak gunung Tahan ada banyak punca air. Tapi aku malasssss nak berhenti dan refill. Biar sampai puncak baru top-up air.

Untuk trip ni, aku pikul ration & shelter sendiri. Dani & sorang lagi peserta Chinese dari Melaka pun bawak equipment sendiri. Yang lain2 prefer sharing untuk jimatkan space & ringankan beg. Jumlah peserta 9 orang termasuk guide.

So this is it. Another keje gila untuk tahun ni : Gunung Tahan Ultra 2D1N via Merapoh - Kuala Tahan. 

Hari ni kami bertolak ke Merapoh (naik van). Sabtu pukul 5.30 pagi baru start hiking. Dijangka keluar dari hutan hari Ahad pukul 7.00 malam.

Semoga kami semua selamat dan trip ni success!

Note: Thank you Mamoru for ur never ending support and love. I'm so grateful having u & kiddos in my life. Wait for me! I love u, so much! xo!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...