KENGKAWAN

Wednesday, March 04, 2015

Test emergency tent

Since hari ni cuti, ada banyak masa nak test outdoor gear untuk trip Tahan Ultra 2D1N.

Kovea spider stove
Petzl headlamp
Camelback water bladder
Salomon Sense3 shoes

Semua in good condition.

Pastu test DIY khemah dari emergency blanket. Aritu test atas simen ja. Abang Rashid suruh test on ground. Kebetulan angin kuat kat sini hari ni. Sesuai sangat la tu untuk tengok ketahanan khemah instant ni terhadap angin kuat.

Ada la dekat 3 jam aku biarkan khemah ni ditiup angin. Aku tak pasak stake kuat2 kat tanah. So far khemah nampak kuat. Sturdy. Angin kuat pun tak tercabut or terkoyak dari stake.

Kelemahan khemah ni bila kena tiup angin, dia berbunyi kuat. Macam bunyi plastik bila dikeronyok. Pada aku, bunyi dia tak mengganggu pun. Dah biasa tidur dalam keadaan yang lagi hazab dari ni.

Kalau hujan terlalu lebat, aku tak sure. Hujan biasa still standing lagi. Aku punya contigency plan, kalau hujan terlalu lebat sampai khemah nih tercabut, aku just guna untuk balut badan je lah. Yang penting, sebelum tidur, peralatan lain dah secure dalam plastik dan selamat dari kena air.

Rasanya tak sempat nak tidur dengan lena malam tu. Sebab sampai campsite Teku maybe dalam pukul 7.00pm atau 8.00pm. Nak prepare dinner, nak set up  shelter dah pukul berapa kan.. Pastu pukul 4.00am kena bangun. 5.00 pagi dah sambung hiking. Berapa jam je tidur?

Abang Rashid ada offer share fly & ration dengan dia (ground bawak sendiri). Tapi, aku confident dengan aku punya DIY tent. Dan aku prefer bawak ration sendiri. InsyaAllah, I can do this. All I need is doa dan support dari korang especially, Mamoru & my family  :)

DIY emergency blanket tent atas flat ground. Good thing kat kemsait Teku, tanah ada lah rata. Kawasan terlindung. Angin pun kurang.


Agak kuat bila kena tidup angin. Kena guna stake untuk make sure semua sisi kukuh. Tapi angin ribut tak la kot.


Ni bahagian sudut yang dilebihkan tape untuk pasak stake. Tak boleh pasak atas tent directly. Takut senang koyak.


Bahagian dalam. Ok lah. Not so spacious but just nice for me


See.. agak selesa. Tak perlu bawak fly & ground


Siap boleh duduk (badan kecik boleh la. Kalau badan besar kena merangkak untuk masuk.

Aku set up dan packing semula khemah instand ni dalam keadaan angin sederhana kuat.

Result: Lulus untuk bawak pi trip Tahan Ultra weekend ni.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...