KENGKAWAN

Thursday, April 30, 2015

Hero no.1

Terapi ibu merandung..

Day 3 - discharged

Yay! Pagi ni boleh discharge.

Happy sangat kiddos bila daddy balik malam tadi. Dapat tidur sama2 dengan daddy :)

Mummy pun happyyyyy! Dapat pass shift kat daddy.. ahaha. Penat wehh. Ibu merandung nak berehat puas2.

Okedaa.. nak packing. Duduk sini 3 hari, barang sampai 3 beg. Tu tak termasuk toys yang asyik beranak hari2. Haihhhh.

Wednesday, April 29, 2015

Kiddos at PHKL

Layan gambar ja untuk hari ni. Kiddos having fun at PHKL

Day 2

Ingatkan hari ni dah boleh balik. Tapi Dr Eugene suruh buat physiotherapy.

Tangan Ariff bengkak sikit. Kesan keluarkan wayar. Maybe amik masa dua tiga hari nak surut.

Hopefully esok boleh discharge. Nak start packing & prepare barang camping hujung minggu ni.

Can't wait!

Tuesday, April 28, 2015

Bila rindu

Bila rindu, dekatkan diri denganNya. InsyaAllah, hati akan tenang biarpun rindu tak hilang.

Headache all day. Spent masa dengan tidur ja hari ni dengan Ariff.

Thanks to adik no.7 coz hantar Amarr tadi. Baru rasa life complete.

Amarr suka peluk mummy dari belakang. Tho mummy wish for a different set of arms right now. But alhamdullilah. God knows whats the best for mummy.

Thanks Amarr. Mummy rasa sangat disayangi.

Done with the operation

He was mad at me coz I let the doctor took him and put him to sleep in the OT.

When they woke him up, he couldn't stop shouting and refused everybody next to him.

Aku paling teruk.. he don't want me at all. Kicked and pushed me away.

"Ariff tanak mummy!"

"Go!"

Rasa nak nangis. He don't want me.

Rasa macam aku lah mak yang paling worst dalam dunia ni. Useless. Hopeless. Tak boleh nak tenangkan anak sendiri.

Emosi tak stabil. Maybe sebab pregnancy hormon.

Kesian baby dalam perut ni. Makan ntah kemana..emo je hari2 :(

Monday, April 27, 2015

Ariff admitted hari ni

Dah kenapa kan boleh salah tengok tarikh. Ingatkan esok masuk ward, rupanya hari ni. Nasib baik la doktor call remind. Kalau tak sure kena tukar tarikh operation Ariff

Kelam kabut packing barang Ariff. Tunggu dia balik sekolah pastu bawak pi Hospital Pantai Bangsar.

Dengan hujan lebat, jalan jem, bladder yang sakit.. haihh sangat menguji.

Kat hospital pulak kena tunggu sikit punya lama nak dapatkan bilik. Aku request single room. Dah dapat bilik, tapi patient yang duduk dalam tu elok2 dia nak keluar pindah bilik lain, tetiba tak jadi keluar - after 3 hours waiting dia cakap tanak keluar! Sakit hati kita. Nasib baik la aku tak sihat, kalau tak memang merasa amukan dewata langit ketujuh masuk dalam badan ni. Uwaaaa..

Nasib baik terubat sikit hati ni bila dapat bilik single.

Kesian Ariff. Kesian kat aku gak, penat menunggu sampai skip dinner. Makan keropok je. Stress. Lebih kesian kat Amarr. Sebab dia terpaksa ikut adik no.7 balik rumah. Berderai air mata macam apa je tadi bila adik no.7 bawa Amarr balik. Sedih sangat2 :(

Now tengah paksa Ariff makan sebab pukul 12 tengah malam ni dia kena puasa. Esok pukul 5 pagi kena stanby untuk operation. Tapi dah tetengah malam camni, dah lepaa waktu dinner, jangan kata Ariff, mummy pun tak lalu nak makan dah.. 

Harap Ariff kuat sampai esok. Semoga semuanya dipermudahkan untuk Ariff.

Note: Mummy rindu Amarr.. ya Allah, rindunya.. 




Cuti seminggu

Next appointment dengan gynea sepatutnya 13 May ni (lagi 2 minggu). Dah plan nak buat 4D ultrasound segala bagai. Tapi terpaksa awalkan ke esok hari coz I got urine infection - really painful & uncomfortable! Tak berani nak makan antibiotic dari klinik biasa sebab takut effect pada baby. Better tanya specialist. So, bertabah laah aD!

Pagi tadi hazabb sangat perjalanan naik tren ke ofis. Bladder rasa nak macam nak pecah. Sakit weh. Rasa macam nak merayu ja orang bagi seat kat aku. Tolonggg laaa bagi ibu merandung ni duduk. Tapi gila apa kan, perut leper nak mintak orang kasi seat. Memang orang buat tak reti je la kat ko.15 minit dlm tren rasa macam 15 jam! Uwaa..

Sampai ofis terus jumpa boss.Err.. ekceli gi toilet dulu, tak tahan beb. Lama aku bertapa dalam toilet - tunggu sakit kurang baru gagah kan kaki masuk opis.

Tak sempat letak beg kat meja, aku terus jumpa boss. Request cuti direct seminggu untuk minggu ni. I need rest seminggu! Lagipun, esok Ariff kena masuk ward. Dia kena puasa & stanby untuk next operation (cabut wayar yang sambungkan tulang tangan yang patah). So, might as well aku cuti terus. Tak payah nak stress pasal keje, stress menahan sakit, stess nak kena duduk spital, etc.

Alhamdullilah boss approved.. xo!

Okebaiii.. yours truly nak beradu. Selamat bekerja ye mengkomer semua..ahaha.

Sunday, April 26, 2015

Bestnya duduk kampung

Semoga cepat dapat transfer ke Melaka
Semoga cepat dapat transfer ke Melaka
Semoga cepat dapat transfer ke Melaka
Semoga cepat dapat transfer ke Melaka

*sebut 44 kali boleh cepat dapat tak agak2?.. haha

Cousin aku hantaq gambar kebun ayah. Musim jagung dah habis. Now musim menuai sayur-sayuran.

Geramm je tengok bendi & terung yang fresh2. Rasa nak masak taim tu jugak. Tu belum tengok sayur2 lain..

Haih. Tak sabar nak pindah Melaka. Makbulkan lah doa orang mengandung ni..

Conversation with Ariff - abang no.1

Ariff : I want to borrow mummy phone 
Me: Wait ya, mummy want to browse this website (showed him website maternity dress kat henfon)
Ariff: Mummy want to buy dress?
Me: Yes
Ariff: I want to look at it too (menyelit baring sebelah aku atas sofa)
Me: Ok
Ariff: That's a lot of dresses! Which one mummy want to buy?
Me: Not sure yet. Is this pretty?
Ariff: That one looks like a witch costume
Aku: Witch costume??!! (Ohhh boy. Orang lelaki dari kecik memang takde fashion sense eh?!)

Well. Maybe coz dia tengok baju tu ada macam terkoyak sana sini kot... ahaha.

Me: What about this one?
Ariff: Almost pretty
Me: That one?
Ariff: Nearly..
Me: Seems like nothing pretty for me here (suara merajuk)
Ariff: This one pretty!! Buy this one mummy!!

Hahaha... finally, nak pujuk la tu.

Me: Do u know that mummy have a baby inside my tummy?
Ariff: No. Mummy tummy is so small. Baby is big. Daddy's tummy is big!
Me: So, are u saaying daddy have baby in his tummy?
Ariff: No, daddy's tummy is purely muscle.
Me: ??? (Kembang la daddy ko nakk oi)

Wishlist

Car = Liability

House = Asset

Nak beli kereta baru. Ekceli tak ada keperluan. Tapi dh nafsu cakap nak, so tak kira macam mana, memang nak la kan. Jom survey!

Nak beli rumah kedua. Tapi nak beli kat Melaka juga. Nak balik sana please. Semoga ada kekosongan kat branch Melaka. Harap ada rezeki si kecik dalam perut ni. Sama2 kita doa mummy dapat pindah sana ya. Jom survey! Kali ni kita cari area town :)

Saturday, April 25, 2015

Twitterthon Fun Run 5km

Larian paling pendek yang aku join.

Larian yang paling sesuai untuk kaki blogger or twitter etc. Digalakkan untuk lari sambil selfie haha.

Aku yang dari awal malas nak keluarkan henfon sebab lari sorang, takda geng) jadi teruja pula nak amik gambar!

Best lari ni. 5km tapi ada 2 water station. View cantik Pit stop untuk selfie semua cun! Baru aku perasan, cantik sebenarnya Putrajaya ni.. hihi

Esok sepatutnya aku ada larian kat Bidor 21km half marathon. Tapi terclash dengan jadual larian Mamoru. Dia pun ada event esok tapi kat Hulu Langat. So.. aku DNS untuk Bidor.. sob sob..

Lari 42km full marathon masa pregnant

Last week punya cerita.

Decide untuk lari 42km 3R full marathon kat Putrajaya walaupun dah tahu diri pregnant 2 bulan.

Rasa confident aku boleh habiskan larian ni macam biasa. Cuma kena berhati2 sebab nak jaga baby dalam perut ni.

Berjaya tamatkan larian dalam masa 6 jam 30 minit. Worst timing. Tapi bangga sangat sebab dapat lari dengan baby. Malah, dapat pintas beratus-ratus peserta lagi yang join larian ni.

Cuma yang tak bestnya lari masa preggy, bladder cepat penuh. Memang asyik cari toilet je lah. Sadly, sepanjang 42km lari, just ada satu station portable toilet je yang disediakan penganjur (21st Century Event Management) kat km 8. Pastu sampai ke finishing, langsung takde toilet. Maybe penganjur ni fikir, perempuan sama macam lelaki, agak2 rasa nak kencing, boleh pancut je kat belakang pokok, tembok or dalam semak. Vongoks.

Pregnant kali ni memang tak rasa terasa sangat. Maybe sebab aku sangat aktif. Dan aku akan terus aktif sampai aku rasa dah tak larat untuk berlari lagi.

Thought my life dah super busy dengan apa yg ada. Now with the new addition to new family, aku terpaksa pakai spenda kat luar - Super Ultra Mummy in the making - make way please!

Camping preparation

Next week going to be tough. Ariff kena masuk ward on 28th untuk buka simen kat lengan & keluarkan wayar yang hold tulang dia. Maybe dua tiga hari gak la kena warded.

Kesian anak2 mummy. Asyik keluar masuk ward ja.

Takpa, minggu ni cuti panjang kann.. kita pegi vacation ok! Not really vacation la sebab kita tak tidoq kat 5 star hotel. Time2 cuti ni hotel semua fully booked. Kena pulak mak ko buat plan ad hoc. Memamg nan hado lah tempat tidoq selesa.

Cuti kali ni kita buat camping style nahh. Tido dalam khemah, main masak2 & kita buat few outdoor games/xtvts (yang ni mummy tak plan lagi nak buat apa)

Ni first time mummy nak bawak Ariff & Amarr pi camping secara solo without daddy (coz daddy ada trip gunung Korbu-Gayong).

Daddy dah bagi permission untuk kita pergi bertiga (ops, berempat - include si kecik dalam perut ni) pergi camping kat Sg Pauh, Cameron Highland. Mummy tak sabar dah ni!

Lets prepare checklist untuk our first trip together!

Tempat tidur
Checklist
Groundsheet 
Flysheet 
Paracord
Tent (2 men + solo Spitfire)
Khemah kelambu (guna daytime)
Sleeping bag
Toto
Selimut
Bantal angin/Quechua
Lanterns 
Headlamps / Batteries 
Powerbanks
Belerang
Parang
Wisel

Cooking stuff
Kuali
Periuk (camping set for 4 pax)
Kovea spider stove 
Cool box Coleman 
Camping Gas (6)
Plates/bowls/spoons
Cups
Knife
Arang for bbq
Termos

Foods
Beras
Gula/garam/white pepper/kicap
Bawang/cilipadi/belacan/ikan masin
Mee kuning
Telur (3 dozen)
Cili paste/sup paste/ masak lemak paste
Bbq: sosej/lamb/corn/marshmallows
Roti
Snacks
Mineral water
Fruits: Epal/mango/strawberry/grapes
Vege: Grab apa ada kat Cameron
Kids punya susu

Clothing 
Long pants + tshirt
Jackets with hoods
Rain cover
Shoes+flip flop
Towel
Socks
Glove
Snow cap

Medical
Handyplast
Ubat luka
Vicks
Inhaler
Ubat batuk/selema/demam/alergik

Friday, April 24, 2015

Stress

Kadang2 bila dah stress benda kecik pun boleh jadi besar.

Dapat invoice dari Brainy Bunch. Ada extra fees yang kena bayar.

Normally monthly fees untuk Ariff & Amarr RM1,250. Tapi untuk bulan May ni BBIM suruh bayar RM2,250. Extra RM1,000 - payment untuk material fees & little scientists fees program untuk term kedua tahun ni.

Makin melampau pulak bayaran yang depa minta ni. Rasa macam baru bulan January aritu aku bayar RM3,700 ++ untuk registration tahun ni (termasuk lah segala mak nenek fees tu semua). Haih. Nak kata anak aku pandai membaca, mengira ke apa belajar kat sini, takde lah jugak. Aku terpaksa amik tutor, hantar anak aku pegi extra tuition semata nak prepare dia masuk darjah 1 tahun depan. Haihhhh.

Aku request payment detail. Nanti aku share kat sini apa benda yang depa charge.

Banyak dah aku kecik ati dengan BBIM ni. Kalau aku list down kat sini, memang jadi viral (kes Ariff patah tangan kat sekolah). Kalau aku nak saman pun boleh dapat easy money menang kes.

Tapi aku bukan hati jahat. Aku just nak orang jaga anak2 aku baik2 ja. Susah sangat ke?

Thursday, April 23, 2015

Salam Terakhir



Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
BersamaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan kepadamu

Saturday, April 18, 2015

Ghost 7

I just love Ghost series! Perfect companion for my long distance run.

Presenting, Ghost 7 !!

This is for tomorrow 42km full marathon 3R event in Putrajaya.

And I'm officially retiring my old shoes, Ghost 5. Rest in peace, buddy! Thanks for the awesome 1 year wonderful moment together!

Thursday, April 16, 2015

Pelangi petang

Start 1 May ni, kami dah tak boleh masuk kawasan tanah ni.

Dah tak ada apa yang tinggal.. just ada pokok buah-buahan yang ayah tanam dan kawasan laman yang dah start dipenuhi rumput dan lalang.

Semoga pemilik tanah ni bahagia didunia.. kat 'sana' nanti, jangan cari kami.

Ayah & adik2 lelaki dah pecahkan sebahagian besar rumah lama ni untuk ambil semula kayu-kayu yang boleh digunakan semula.

Tinggal lah syurga zaman kanak2 kami.. luputlah segala kenangan kat sini cuma tidak dihati.

🎵🎵
Engkau tiba, bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ni..
🎵🎵

Tuesday, April 14, 2015

Hendak mati dihujung kuku, hendak berkubur ditapak tangan


Its time.. to let go..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...