KENGKAWAN

Monday, April 27, 2015

Ariff admitted hari ni

Dah kenapa kan boleh salah tengok tarikh. Ingatkan esok masuk ward, rupanya hari ni. Nasib baik la doktor call remind. Kalau tak sure kena tukar tarikh operation Ariff

Kelam kabut packing barang Ariff. Tunggu dia balik sekolah pastu bawak pi Hospital Pantai Bangsar.

Dengan hujan lebat, jalan jem, bladder yang sakit.. haihh sangat menguji.

Kat hospital pulak kena tunggu sikit punya lama nak dapatkan bilik. Aku request single room. Dah dapat bilik, tapi patient yang duduk dalam tu elok2 dia nak keluar pindah bilik lain, tetiba tak jadi keluar - after 3 hours waiting dia cakap tanak keluar! Sakit hati kita. Nasib baik la aku tak sihat, kalau tak memang merasa amukan dewata langit ketujuh masuk dalam badan ni. Uwaaaa..

Nasib baik terubat sikit hati ni bila dapat bilik single.

Kesian Ariff. Kesian kat aku gak, penat menunggu sampai skip dinner. Makan keropok je. Stress. Lebih kesian kat Amarr. Sebab dia terpaksa ikut adik no.7 balik rumah. Berderai air mata macam apa je tadi bila adik no.7 bawa Amarr balik. Sedih sangat2 :(

Now tengah paksa Ariff makan sebab pukul 12 tengah malam ni dia kena puasa. Esok pukul 5 pagi kena stanby untuk operation. Tapi dah tetengah malam camni, dah lepaa waktu dinner, jangan kata Ariff, mummy pun tak lalu nak makan dah.. 

Harap Ariff kuat sampai esok. Semoga semuanya dipermudahkan untuk Ariff.

Note: Mummy rindu Amarr.. ya Allah, rindunya.. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...