KENGKAWAN

Saturday, April 25, 2015

Lari 42km full marathon masa pregnant

Last week punya cerita.

Decide untuk lari 42km 3R full marathon kat Putrajaya walaupun dah tahu diri pregnant 2 bulan.

Rasa confident aku boleh habiskan larian ni macam biasa. Cuma kena berhati2 sebab nak jaga baby dalam perut ni.

Berjaya tamatkan larian dalam masa 6 jam 30 minit. Worst timing. Tapi bangga sangat sebab dapat lari dengan baby. Malah, dapat pintas beratus-ratus peserta lagi yang join larian ni.

Cuma yang tak bestnya lari masa preggy, bladder cepat penuh. Memang asyik cari toilet je lah. Sadly, sepanjang 42km lari, just ada satu station portable toilet je yang disediakan penganjur (21st Century Event Management) kat km 8. Pastu sampai ke finishing, langsung takde toilet. Maybe penganjur ni fikir, perempuan sama macam lelaki, agak2 rasa nak kencing, boleh pancut je kat belakang pokok, tembok or dalam semak. Vongoks.

Pregnant kali ni memang tak rasa terasa sangat. Maybe sebab aku sangat aktif. Dan aku akan terus aktif sampai aku rasa dah tak larat untuk berlari lagi.

Thought my life dah super busy dengan apa yg ada. Now with the new addition to new family, aku terpaksa pakai spenda kat luar - Super Ultra Mummy in the making - make way please!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...