KENGKAWAN

Friday, June 19, 2015

At 19 weeks pregnancy

Next week, genap 5 bulan pregnant.

Perut makin kedepan. Baby bump dah jelas (kalau aku buka baju tengok sendiri). Tapi pada orang lain, tak perasan kut. So, still takde can dapat seat dalam LRT.. haha.

Last Thursday, hampir kena admitted tau. Tiba2 sakit perut bagai nak gila kat ofis sampai tak boleh berjalan. Klinik kat dalam ofis ni siap call ambulan bagai nak bawak pi hospital.

Kat hospital, doktor amik darah, buat ultrasound, amik sample urine.. dan result dia.. aku ada gallstones dalam hempedu. Uwaa.. patutlah selalu sangat sakit :(

Gallstones atau batu karang ni ada 2 jenis:

1. Gallstones dalam pundi kencing, jenis yang boleh keluar ikut saluran kencing.

2. Gallstones dalam hempedu. Yang ni, tak boleh biarkan keluar dari saluran sebab boleh sebabkan jaundice dan jangkitan lain. Cara nak buang ada dua ja, sama ada operate keluarkan gallstones atau operate buang terus hempedu (uwaa.. takda hempedu.. takott)

Anyway, memandangkan aku pregnant, tak banyak choice ubat yang boleh aku consume. Telan panadol & antibiotik je lah. Selebihnya, tawakkal dan tahan je kalau sakit. Bila baby dah lahir nanti, baru boleh operate.. tsk.

Anyway, bab sakit tu no. 2. Yang penting arini, nak cerita pasal baby :)

Semalam cuti pi hospital Pantai Bangsar. Jumpa Dr Idora. Buat full baby checkup - Check organ dalaman, tulang, brain etc.

Hepi dapat tengok baby. Muka dia bujur, mata besar, tangan, kaki panjang2.. comel!

Baby sangat aktif. Kejap2 bersujud, pastu menguap, mengeliat bagai.. tak duduk diam okay. Geramm :)

Paling buat aku terkejut bila doktor Idora tunjuk baby punya genital part.. *malu, rasa nak tutup muka*.. haha

It's a girl!

Honestly, aku tak tahu macam mana nak handle baby girl. Lebih2 lagi bila dua orang anak aku sebelum ni boys. Oh... tetiba nervous, boleh?!!!

Another 4 months to go.

Guess mummy kena lebih lemah lembut sopan santun pasnih.. tanak baby girl ni terikut2 perangai aku yang lasak macam tomboy.. hahahaha

Berat baby 273 gm.
Berat aku 40.8 kg

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...