KENGKAWAN

Sunday, June 07, 2015

Oreo truffles

Dapat resepi ni dari dari facebook. Dah banyak kali buat. Sedappppp sangat. Bahan nak buat truffles ni simple yang amat. Cara nak buat pun lelap mata ja.. haha

Bahan2 yang digunakan ada 3 je:

Oreo
Cream cheese
Coklat masakan

Cara buat tengok gambar nahh..

Ada 3 bahan je yang digunakan. Abaikan buttercup dalam gambar atas ni. Buttercup tu nak buat kek lain sebenarnya. Tercampoq pulak dalam gambar ni. 

Nota penting: Aku suka sangat guna coklat masakan Beryls. Penggunaan coklat masakan yang sedap camni sangat membantu menyedapkan lagi kek atau kuih muih korang tau.

Cara buat dia, hancurkan oreo (dengan cream oreo sekali). Hancur la guna apa pun. Janji jadi halus mulus. Dalam gambaq ni aku guna 1 paket + setengah paket oreo. Lepas tu gaul dengan 125g cream cheese (separuh dari cream cheese dalam box kat gambar atas nun.

Ni rupa oreo yang dah sebati dengan cream cheese. Dia jadi sedikit berminyak dan tak melekat pada mangkuk 

Bulatkan adunan tadi. Ikut suka lah nak buat besaq mana. 

Pastu celup dalam coklat masakan. Dan toskan guna garfu

Susun atas dulang camni

Coklat putih untuk hiasan. Alternatif lain, boleh guna coklat rice, badam hancur, m&m, etc. Sejukkan dlm fridge or biar sejuk sendiri sebelum angkat dan hidang.

Aku pilih papercup untuk final deco. Kalau nak straight buh dalam pinggan pun boleh..

Rasa dia? Bahagian luar coklat sangat crunchy. Bahagian dalam pulak sangat soft dan melt in mouth... rasa satu tak cukup weh.. haha

2 comments:

Eliss Mie said...

boleh buat kuih raya ni :) senang pun senang..hehehe

GREENJADE said...

wow sedap nye..simple but seems tasty.nyamm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...