KENGKAWAN

Monday, June 22, 2015

Ramadhan day 4

Spent weekend dengan in-laws kat Kuala Selangor

Misi balik kampung kali ni untuk makeover rumah nenek. Start dengan my sis in-law beli tikar getah baru untuk ganti tikar getah lama kat umah nenek, then timbul idea lain among us nak tukar sofa nenek, meja makan, lampu, dapur gas & mesin basuh.

Plan dgn Mamoru nak sponsor  dining table baru untuk nenek. So semalam pukul 10 pagi dah keluar rumah singgah kedai perabot. Keluar masuk empat lima kedai. Last2 yang dibeli bukan dining table tapi mesin basuh auto jenama Samsung.. hahaha. Beli cash & carry.

Malam tadi lepas berbuka, gotong royong pula tukar tikar getah. Suka tengok rumah nenek dah bertukar wajah. Tahun ni semua in-laws raya kat rumah nenek. Pasai tu memasing bersemangat nak deco rumah nenek bagai.

Esok (hari ni), sofa baru & dining table (sponsored by the other in-laws) sampai. Sure berubah totally rumah nenek kan. Tak sabar nak balik lagi sekali & tengok sofa baru :)

Semoga murah rezeki masing2 sebab berbakti dengan nenek.

Bunga kat kepala.. santek tak?

Ni tukang petik bunga & suruh letak kat kepala. Suka tengok mummy cantik2 eh, Ariff?

Masa on the way cari mesin basuh u tuk nenek

Susah betul nak bergambar proper dengan hero2 ni

Anak aku yang gayat main pasir. Kat key ell mana ada pasir2 ni...

Interprem ja

Bakar ikan kat laman rumah

The boys in action

Sayur turi masak lemak campur dengan ikan cencaru.. setel licin lepas berbuka

Bayam tumis air.. pun settle.

Sambal sardin je pun.. tapi laku tau taim berbuka.. tinggal bawang ja dalam kuali

Ikan bakar ala Portugis.. by the in laws
Bab bakar2 aku tak campur.. hihi

Pelam panjanh yang my in law bagi sebab makyong merengek nak makan pelam panjang. Tho tak sama macam yang aku nak, kira bersyukur je lah kan :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...