KENGKAWAN

Friday, July 31, 2015

Majlis sambutan Hari Raya kat BBIM

Tenkiuuu aunty Tini & Aunty Atikah untuk gambar2 ni.

Depa hantar guna whatapps ja. Kualiti gambar agak hazab. Tapi takpa, janji mummy kenal mana satu anak mummy.

Ariff & Amarr wearing gold today.

At 6 years old, Ariff nampak matured :)

Ariff berdiri kat belakang. Amarr duduk kat depan. Wearing gold baju melayu & kopiah

Amarr buat style apa ntah.. 

Nganga pun nganga laa.. janji dia ndak bergambar

Suka jelir lidah tau Amarr ni..

Ariff yg nampak matured... tahun depan dah masuk darjah 1 :)

Thursday, July 30, 2015

Open house tempat keje

Semalam punya cerita. Dengan colleagues. Meriah!!

Mula2 tu cam malas nak turun. Tapi tengok semua beria pakai cantik2 arini.. bersemangat pula nak turun celebrate sama2.

Puas hati makyong.. makan, makan dan makan lagi.

Thanks kengkawan. Tolong amikkan makanan. Happy!

9 Syawal

Throwback kat Melaka aritu. Kenduri bapa saudara kahwin. Nenek Enang requested aku makeupkan bakal mak saudara :)

Kenduri time raya of coz la hebat bab makanan dia. Especially kat Melaka..

Ada asam pedas, sayur tempoyak, gulai pisang muda, kari daging, ulam2, sambal belacan, ikan masin, soto, bubur boyat, rojak, airkrim malasyia, etc.. puas hati mak yong memenuhkan perut sepanjang hari.. hihi

Layan gambaq je lah nohh..

Tukang makan & tukang ambikkan makanan

Kiddos & their daddy

Petik buah kedondong 

Makan ja keje aku

The pengantins


Wednesday, July 29, 2015

Baby A at 24 weeks 3 days

Pegi full checkup kat Al Islam dengan Mamoru Isnin aritu. Sekerat hari duduk kat sana.

Dari pagi buat urine test, blood test, minum air gula (perisa oren asam boi.. sedappp). Dua jam lepas tu buat urine & blood test lagi.. uwaa.

Lepas jumpa Dr Rusila buat normal scan. Then jumpa pulak Dr Norlida pulak buat full baby scan.

Pukul 2 petang baru setel semua. Balik rumah memasing terlantar kepenatan. Iols tidur sampai maghrib.

Hasil check up, Dr cakap aku ada anemia. Blood pressure rendah sangat. Amniotic fluid terlebih banyak :(

Tho aku rasa sangattt sihat.. dalaman tak menggambarkan luaran.. *sedih*..

Baby so far alhamdullilah. Sihat. Semuanya perfect. Just hoping excessive amniotic fluid ni tak ganggu baby. Semoga baby terus membesar dengan sihat dan sempurna.. amin.

Berat baby now 750gm. Panjang dah 20cm. Berat mummy 42kg (at 6 months pregnancy. Naik jugak akhirnya)

Baby sangat generous. Macam tau2 ja kami nak tengok muka dia.. asyik bagi tengok muka ja.. pastu posing2.. ikut perangai mummy suka pose.

Now mummy kena strict kat diri sendiri. Tho Dr tak suruh, mummy sendiri nak stop makan menda2 bergula. Eat healthy. Eat clean. Natural. No more processed food. No more air lonchan. No more. No  more.

Demi baby. Demi puteri mummy.

Note: Breastmilk leak at 6 months pregnancy. Need to check this with gynae. Dah boleh pump ke? Or its only colustrum? I need my medela freestyle, now.


Hisap jari

Babai.. babai..

Tuesday, July 21, 2015

Lauk berbuka taim puasa

Throwback.

Saja nak upload gambar2 lauk pauk yang iols masak untuk berbuka taim hujung2 puasa. Sambungan lauk pauk aritu. Bukti nih.. sebab rajin bebenar iols time puasa kali ni. Gigih hari2 masak walaupun penat + pregnant lagik..

Moga2 baby girl dalam perut ni rajin dan pandai masak bila dah besar nanti.. kan baby A kan? xo!!

Asam pedas sayur keladi & ikan masin ja..

Gigih tumbuh cili kering sampai pijar2 tangan. Blender ada tapi tanak guna. Nak rasa asli sangat kan.. merasa lah.

Lauk berbuka masa kat Melaka. Bawal goreng 3 rasa, sambau udang petai, siput sedut masak lemak cili api, kupang rebus, buah2 & ikan goreng

Lauk bejah.. nenek buat khas untuk mak yong.. hihi

Sahur dengan sebiji binjai cicah garam.. mengidam... seddapp!

Lauk berbuka umah Melaka, sup ekoq lembu, Mee bandung, ayam masak merah, roti john, ayam goreng, ayaq tembikai laici.. semua homemade tau..

Nih masa tak sempat masak.. berbuka dengan cucur udang & buah2 ja...

Biskut raya pertama tahun ni. Tak dann buat banyak2. Tahun depan nak buat bebanyak jenis kuih sendiri  :)

Mamoru cakap sedappppp.. kalah famous amos katanya. Sebalang besar dia hadap sorang sampai abis.

Ikan cincaru campur rebung masak lemak, lauk bejah nenek, buah2, ulam2 & desert bacang campur santan... yummm!!

Sahur cekodok rangup dengan sambal ikan.

Mamoru belikan.. preparation untuk next marathon katanya.. Bila? Tataw. Lepas baby lahir nanti.. hihi

A week before Syawal

Throwback.

Mendodol beramai2 with sibling and ipar duai kat umah Melaka.. ni part second best masa nak raya selain masak lemang.. hihi.

Nak teruskan tradisi ni sampai aku tua kerepot nanti.. ♡♡♡

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...