KENGKAWAN

Saturday, July 04, 2015

Me at 5 months 1 week

Appointment dengan Dr Rusilawati kat Al-Islam pagi ni. Ariff & Amarr dulu dia lah yang sambut :)

Suka datang sini. Feels like home gitu. Tak crowded macam kat Hospital Pantai Bangsar. InsyaAllah, baby yang ketiga ni, aku nak deliver kat sini. Dengan Doktor yang sama juga.

Masa check baby tadi Doktor kata, perut aku cantik.. hihi. Maybe sebab perut aku tak ada parut atau stretchmarks walaupun dah pernah lahirkan dua orang anak. Hopefully, pregnant kali ni pun takda stretchmarks juga. Dan really hope this time normal juga, InsyaAllah.. doa banyak2 ya aD.

Note: Tips untuk perut takda stretchmarks? Aku sapu minyak zaitun (virgin) kat perut taim nak tidur. Siang aku guna lotion baby ja.. wangi.. hihi. Yang penting, kalau perut gatal camna pun, jangan garu guna kuku ok.

Tentang baby A:

Alhamdulilah sihat & aktif. Berat baby 440 gm. Almost setengah kilogram compared dengan last two weeks punya berat (273 gm).

Berat aku? Drop 0.8 kg.. jadi 40 kg ja.. tskk. Bulan puasa kut. Makan pun kurang. Takpa, janji makan healthy. More fruits & more greens please aD.

Tadi dapat tengok muka baby. Baby sangat generous hari ni.. Bagi tengok full face.. aww... love u sayang!

Next appointment 27hb :)

1 comment:

Cik Qemm said...

ala lambat kak ad bagi tips..

haritu dokto ckp perut cantik..
but now qemmal bile dah 8 months dah ade stretch marks :(
sapu palmer's soothing oil tp tak istiqamah. padan muka diri sendir. uwaaa.


now sedih tgk stretch marks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...