KENGKAWAN

Friday, July 10, 2015

Ramadhan ke 23

Tinggal 6 hari je lagi sebelum Ramadhan berakhir. Sebelum Syawal menjelma. Sebelum usia aku genap 36 tahun. Perasaan bercampur baur. Antara sedih nak tinggalkan Ramadhan dan happy nak sambut raya. 

Bulan puasa kali ni pada aku sangat meriah. Penuh dengan happiness. Syukur & alhamdullilah atas segala-galanya.

Syukur atas rezeki yang melimpah ruah
Syukur atas kasih sayang yang tidak bertepi
Syukur atas kesihatan diri, family & orang2 tersayang

Rasa nak sujud lama2 atas kesenangan & kegembiraan yang dikurniakan. Semoga semua yang diberi berkekalan. 
Amin

Minggu ni last weekend sebelum raya. Nak balik spend dengan family kat Melaka. Nak kacau dodol dengan adik beradik. Nak berbuka sama2. Raya tahun ni tak dapat jumpa, semua raya dirumah mertua masing2. So, balik kampung weekend ni adalah wajib.

Tinggal satu benda ja yang belum dibuat untuk raya kali ni : Beli baju raya untuk ayah & my step mum. Tiap2 tahun memang dah jadi rutin. Tanak lepaskan peluang yang satu ni selagi masih ada :)

Layan gambar2 lauk pauk yang aku masak sepanjang ramadhan kali ni. Sangat rajin aku masak time puasa even tengah preggy. Harap baby girl dalam perut ni pun rajin & pandai masak bila dah besar nanti :)


Ni bukan lauk.. hihi.. Duit raya dah ready. Mamoru suka bagi sejumlah duit raya kat nenek dia untuk nenek bagi pada kekanak yang datang. Aku pun terikut juga style dia dan stanby kasi ayah duit untuk diberi pada bebudak yang datang rumah (selain dari duit raya untuk ayah sendiri)

Lauk malam tadi: pari tuka bakar dalam oven je & telur sambal

Resepi cipta sendiri.. kentang sagat campur daging hancur, cheese & pepper

Potato gratin

Sayur turi masak lemak campur udang, peria goreng, sambal ikan

Gulai daging salai campur rebung

Skip masak.. berbuka dengan strawberry, laici, blackberry, cherry & delima.. mengidam.

Asam pedas pari campur sawi jeruk, telur dadar, terubuk masin & sayur bayam 

Ni pun time tak masak.. beli durian, manggis, pisang. Buah mangga, kuinin, langsat & mata kucing brazil tu orang kasi.

Peria goreng rangup buat pakai tepung kfc ja.. hihi

Sambal ikan bawal

Time tak lalu makan nasi: Buat bubur kacang campur durian & goreng sukun ja

Sambal ayam

Peria goreng campur cendawan, ikan masin & sambal sotong

Keladi campur terung pipit masak asam

Siakap sambal dengan sayur kobis goreng.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...