KENGKAWAN

Sunday, August 02, 2015

Sunyi sepi

Weird bila boleh dengar bunyik air menitik kat sink dapur.. bunyi jam berdetik.. ini kan KL. Sentiasa bising & sibuk. Kalau kat kampung, tak hairan sangat.

Dan baby A, suka sangat berjaga malam kan. Aktif sungguh time macam ni. Haihh.. macam dah bagi training kat mummy untuk berjaga malam2 bila dia dah keluar nanti.

Putera kedua mummy, Amarr kena asthma attack tadi. Mummy dah perasan dari siang bunyi wheezing kat dada dia. Tapi mummy cuai. Busy dengan baking segala. Dah tetengah malam tadi bunyi wheezing makin kuat.. meragau mummy & daddy cari klinik 24 jam. Time2 camni boleh pula klinik yang dekat2 tutup. Still mood raya agaknya. Jauhhhh nun kat Klang Lama baru jumpa klinik :(

Now kena berjaga monitor Amarr. Amik nebuliser kat klinik tadi pun macam takda kesan apa2.. bunyi wheezing hilang sekejap ja.. tak sampai sejam dah berombak balik nafas Amarr.. uwaa... Sedih tengok Amarr macam ni. Maafkan mummy.. mummy cuai tak jaga Amarr betul2 :(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...