KENGKAWAN

Wednesday, September 30, 2015

Mood swing towards end pregnancy

Lately mood macam aper je. Sikit2 nak cembeng. Pantang silap sikit, mula lah nak merajuk.. cebek2.. 

Serious aku tak faham dengan diri sendiri. Aku cuba gak control. Tanak terlalu emo. Tanak sakitkan hati orang or buat orang susah hati. Tapi ntah lah. 

Dah hujung2 pregnancy ni aku notis yang aku develop few bad mood swings:
1. Penjeles. Pantang orang tag / whatapps Mamoru benda2 pelik, mula lah nak cemburu buta. Sure terkejut Mamoru dengan perangai baru aku ni. Aku bukan jenis nak jeles2 sebelum ni.
2. Cepat merajuk. Tak makan pujuk lak tu. 
3. Cembeng. Sesikit nak nangis. Sampai tersedu2. Murah betul air mata lately.
4. Mudah marah. Tapi bab marah ni cepat ja hilang. Lagipun bukan marah jenis mengamuk ke apa.. Aku kalau marah, aku diam tak bercakap apa2.
5. Crave for attention. Attention! Attention! Apa je aku buat aku nak Mamoru notice & of courseeeee aku nak pujian. Kalau aku upload gambar online, sila 'like' dan komen yang best2. Kalau aku pakai lipstick, sila puji aku cantik.. huhuhu.
6. Terlebih manja or ngengada sampai rasa nak lempang diri sendiri.. uwaaa.

Semalam, aku merajuk lagi. Sampai Mamoru berkejar balik dari Melaka ke KL semata sebab nak pujuk bini dia nih. Sungguh mengada lahaiii. Pastu rasa bersalah. Cembeng lagik.

Mamoru cakap, dia risau aku camni.

Uwaaaa... aku pun risau dengan pangai baru aku ni.

Haih. Tak sabar nak habiskan sebulan lagi pregnancy ni. Cepatlah habis mood swing.

Adik badik ni.. kalau tidur memang tak leh berenggang..

Tak cukup bahu mummy, bahu abang Ariff pun jadi







Monday, September 28, 2015

Xtvt taim jerebu

Teruk sangat jerebu kat KL lately. Sampai nak keluar rumah pun takut. Duduk diam2 dalam rumah siap tutup tingkap rapat2.

Masuk hari Ahad, Ariff dah bising holiday tak pegi mana2. Uwaaa.. mummy dulu, lima tahun sekali pun belum tentu atuk bawak berjalan taim holiday, nak. Jangan biasakan diri macam orang senang. Sesekali kita selami hidup orang susah ya...

Tapi, sayang anak punya pasal, bawak gak la pi jalan. Bawak pi Putrajaya Challenge Park ja. Indoor xtvt. Layan panjat2.

Layan gambar outdoorfreak family kat PCP semalam je la nahh...


*****************************

Anyway, ada hikmah jerebu kali ni. Aktiviti kemas umah sepanjang weekend dapat dilaksanakan dengan lancar. Mamoru bekerja keras tukar susun atur perabot dalam rumah. Sofa dah dialih ke sudut lain. Depan tv dah ada katil single untuk mummy melepak dengan selesanya.

Dalam bilik utama, stor, bilik kedua, dapur semua dah kemas. Tinggal sikit2 ja barang nak clearkan. Beg baju mummy & newborn untuk bawak pi hospital pun dah ready :)

Bersemangat kali ni!


Royal blue

Macam ada bola dalam perut.. hihi

Ariff merajuk

Penat nak pujuk dia ni.. 

Ada perubahan tak badan mummy?

Mamoru tak kasi panjat

Mamoru tengah ajar kiddos memanjat

Amarr yang sangat aktif

Add caption


Tuesday, September 22, 2015

Baby A at 33 weeks

Dah 8 bulan 1 minggu baby A duduk dalam perut ni.

Dah makin besar. Makin aktif. Mummy ja makin pasif. Asyik kena rehat ja. Takut baby A keluar awal.

Harap baby A boleh sabar sama2 dengan mummy. Jangan awal sangat ya, princess. Tunggu week 37 or 38 tau.

Berat mummy dah 45kg. So far mummy suka berat camni. Takde lah mummy nampak macam skeleton.. haha. Badan rasa sedap ja.. Aset pun mantop.. ops!

Berat baby A pula dah 2.1kg. Semangat nya si kenit ni. Berat above average. Memang anak2 mummy semua nak lumba2 lagi besar dari mummy kan. Bagus lah besar2. Takdelah takut mummy nak pegang. kang kalau halus sangat, risau pulak nak angkat awak.

Doktor Ros cakap tadi, ada kemungkinan baby lahir hujung bulan depan. October baby.

Tak kisah lah bila pun, Oktober ke, November ke, yang penting, mummy & daddy ni. Dah ready ke belum.. hihi.

Semoga baby membesar dengan sihat sempurna. Tambah berat badan lagi sikit ya sayang. At least 3kg sebelum mummy deliver awak. Tak lama ja lagi :)

Rezeki baby, daddy dapat banyak job offer disaat ekonomi tengah down ni. Alhamdullilah. Salah satu offer dapat kat overseas. Daddy siap buat survey2 untuk study anak2 kat oversea. Daddy nak bawak kita pi migrate ka? Huhuhu. Apa pun daddy still put under consideration lagi. Sebab mummy tau, daddy still sayangkan keje dia kat sini.

Kita sama2 doakan yang terbaik untuk daddy ya sayang. Aminn

Mummy juga doakan kawan2 dan semua orang yang hilang keje sebab ekonomi down ni cepat2 dapat keje baru. Especially uncle Chua (kawan daddy). Bersabar ya uncle Chua.

Note: Mummy sangat suka sangat tengok badan mummy sepanjang pregnant kali ni. Kulit mummy jadi cerah, moisture, bersih and no stretch mark at all. Sesekali mummy posing2 bogel (ops!) depan cermin ambil gambar sendiri. Untuk personal collection ja. Untuk mummy tunjuk kat daddy betapa comelnya awak dalam perut ni. Since awak gegirl, mummy rasa tak keterlaluan kan kalau mummy doa pinta awak dilahirkan dengan paras yang cantik (pakej dengan sifat yang lemah lembut dan perangai yang baik tau).. ♡♡♡♡

Friday, September 18, 2015

Contraction II

Dah pukul 4 petang.

Contraction dari pagi tadi sampai sekarang tak hilang.

Dari selang 10 minit, contraction last for 5 seconds
Now selang 3 minit and contraction last around 10 to 15 seconds

Getting more painfull every time sampai kena control breathing.

Nak nangis boleh?

Bukan sebab takut atau tak tahan sakit. Tapi sebab tak prepare lagi barang2 nak bawak pi hospital.

Uwaa..

Apa2 pun, tunggu Mamoru balik dari Melaka petang ni.

Contraction

Dari pagi sampai sekarang melayan contraction.

Sungguh tak selesa. Perut mengeras, pinggang sakit, etc. Bila nak habis contraction ni?

Nak pegi amik MC pun tak larat. Tidur sampai tengahari kat dalam surau ofis. Kalau MC pun, nak jalan kaki balik ke LRT sure tak larat... tsk.

Kalau pergi hospital, sure kena warded. Tamau la. Esok weekend. Siapa nak duduk hospital time cuti. Dulu masa Amarr pun camni gak. Banyak false alarm. Aku tak rasa aku akan bersalin dalam masa terdekat ni. So, bertahan je lah.

Weekend ni jugak, adik lelaki no.7 bertunang kat Kedah. Semua orang dah busy packing untuk bertolak ke Kedah. Hantaran pun dah siap. Tamau la tersadai kat KL ni.

Sabar ya baby. Rimas dah duduk kat dalam eh? Dah tak cukup ruang nak bergerak eh? Sabar ya.. sebulan ja lagi. Kasi can mummy joli2 dulu ya.

Daddy pun belum siap kemas rumah kat Alor Gajah. Tunggu daddy habis kemas & prepare barang untuk kita, baru baby keluar ya..

Thursday, September 17, 2015

Piknik kat air terjun Hutan Lipur Lentang

Cuti sempena Hari Malaysia semalam. Last minit adik2 aku plan nak pegi picnic. Contemplating nak pegi sebab Amarr tak berapa sihat lagi. Tapi, tak sanggup nak tahan telinga sebab Amarr & Ariff asyik2 sebut nama cousin2 diaorang. Rindu sangat dah kut. So, bawak je lah. 

Cuaca kat KL still jerebu & hujan. Sepanjang highway Karak pun jerebu. Tawakkal je redah ke tempat piknik ni. 

Sampai ja kawasan Air Terjun Hutan Lipur Lentang, cuaca cerah terang benderang. Tak hujan pun. Jerebu pun tadak (dalam hutan kannn..) Tak perlu hiking pun masuk ke sini. Parking keta terus terjun sungai. Ada entrance fees gak la.. Dewasa RM2. 

Air sungai jernih & cetek. Tadak batu2 besar kecuali kat kawasan air terjun or jauh sikit kedalam. Banyak pasir sungai. Bebudak suka lah kan main pasir. Mak bapak2 budak pun sukaaa...


Memasing lupa demam. Sakan berlari2 dalam sungai. Daddy pun sakan berendam. Mummy ja duduk cantik2 tepi sungai.


Dollah Tengku's clan


Makan dan makan.. sedapppp...


Mummy.. pebbles!


Ariff yang memula cranky.. tapi lepas tu tak ingat dunia berendam.


Akram syok main pasir


Ayuni, Amarr & Haziq



Korek jangan tak korek..


Daddy2 pun join mengorek pasir sekali


Best kat sini.. 


Construction in progress.. gambar construction tak amik.. tak sempat.. tapi cantik tau. Macam casle siap sistem perparitan lagi.. haha


Pak Ngah redha kena buli dengan anak2 buah


Cak

Monday, September 14, 2015

Amarr demam

Puas mengelak dari jerebu weekend ni. Berkurung dengan anak2 dalam rumah siap tutup tingkap bagai.

Sanggup tahan telinga tak bagi Ariff Amarr turun bawah pegi playground or swimming pool.

Cuma petang semalam ja Mamoru bawak kami keluar pegi beli buah & makan satay Hj Samuri kat Kajang. Itupun sebab stok buah dah abis.

..dan Amarr terus asthma, batuk2 & demam.

Uwaaaa

Ariff pun dah start batuk2

Uwaaaa

Semoga mummy & daddy dapat go through jerebu kali ni dengan kesihatan yg baik2 ja.

Get well soon anak2 mummy.

xoxo!

Subuh tadi dia bangun dengan badan dedar2 tanya aku, "Mana Daddy?"... Uwaaa. Daddy dah gerak balik Melaka. Call Mamoru, loud speaker, kasi Amarr dengar. Sedih mummy.. alahai anak.

Baju baby

Jumpa banyakkkkk baju baby masa mengemas stor semalam. Ingatkan dah giveaway semua baju2 Ariff & Amarr masa baby dulu. Rupanya ada tersorok dalam box.

Bila keluarkan.. mak aihhh.. banyaknyaaaa. Rompers ja dah berpuluh2. Baju tidur lagi dah cukup stock sebulan. Sleeping bag, sweater cute miut, baby cap, bib semua berlambak2. Cuma mitten & booties ja kena top up.

Nasib baik tak beli baju newborn banyak2 untuk pregnancy kali ni. Kalau tak, sure ada yang tak sempat pakai macam taim Ariff dulu. Baby kan cepat membesar.

Mamoru tanya, ada apa2 lagi nak beli tak? Aku suruh dia tambah dress or baju yang girly-look ja next time :)

Rasanya berpantang kali ni aku tak stay dengan nenek or ayah. Rumah nenek dah ada family Pak Ngah. 

Anak pak ngah, Saleha (cousin aku) pun maybe deliver dekat2 dengan due date aku. So, confirm crowded rumah nenek. 

Rumah ayah pulak, Nadia (adik tiri aku), pun almost sama due date dengan aku. Confirm dia akan berpantang dengan her mom. Nak stay sesama dengan umah ayah macam tak selesa pulak sebab ada husband Nadia. So tak leh nak terbukak tersingkap terdedah sesuka hati. 

Last choice yang ada, berpantang sendiri je lah. Dah nak masuk anak ketiga dah pun.. insyaAllah ok. 

Thursday, September 10, 2015

Throwback lastweek kat Melaka

Last weekend kan cuti one whole week. Spent masa dengan kiddos kat kampung.

Antara xtvt kiddos hari2. Kalau tak ke laut, ke kolam buatan depan umah. Suka sangat depa dapat cuti sama2 dengan mummy.. cuti sekolah, cuti tuition.

Nanti dah masuk real school tak boleh ponteng sesuka hati ya anak2.











Wednesday, September 09, 2015

Next week genap 8 bulan pregnant!

Next week my pregnancy masuk minggu ke 32 or genap 8 bulan.

Rasa macam sekejap pulak baby dah nak keluar. Tinggal sebulan lebih ja lagi.

Nervous? Tak lagi. Tak rasa pun. Cuma penat sikit lah. Bila jalan, cepat mengah (sebab aku suka jalan laju2, tak suka naik eskalator/lift, prefer guna tangga - exercise sikit).. haha. Setakat hari ni, alhamdulillah, tak pernah kena kaki cramps, bengkak, sakit belakang etc. Syukur sangat semua dipermudahkan.

Aritu ja kena tahan wad kat hospital pantai Bangsar sebab fetal movement reduced. Most probably sebab aku demam. Dr Idora cakap baby sihat & everythings normal - tak perlu risau :)

Bab tidur malam pun so far takda masalah. Biasanya pukul 11 malam dah lena. Sampai ke pagi pulak tu. Boleh tidur mengiring or terlentang. Tak ada problem. Sampai ada few times jugak lah aku terkejut bangun tetengah malam sebab rasa macam tak pregnant. Siap raba2 perut lagi takut perut kempis sebab tak rasa pegnant langsung.. haha. Harap kekal sihat takda problem sampai delivery nanti.

No baby's picture. Next checkup sebelum Raya Qurban. Pastu baru kena checkup every 2 weeks.

Thursday, September 03, 2015

First admission before baby A's delivery

Dr Idora sangat baik & best. Rasa nak bersalin kat Hospital Pantai Bangsar pulak... tsk tsk.

Tapi Dr Rusila kat Al-Islam pun baik juga.. tsk tsk tsk.

Malam first admitted aritu, Dr Idora dengan sorang staff nurse siap tolak mesin ultrasound 4D yang besar bagak masuk dalam bilik ward aku.. impressed sangat... dapat tengok muka baby sebelum tidur.

Tak sempat nak rakam sebab phone tengah charge & serious tak expect Dr Idora nak datang bawak mesin besar tu..

Kena admitted 24 jam. Doktor nak monitor jantung baby. Cek CTG setiap 4 jam.

Lepas discharged, doktor suruh rehat. Dia bagi cuti sepanjang minggu ni. So balik kampung Melaka.. rehat puas2 kat sini..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...