KENGKAWAN

Monday, September 14, 2015

Baju baby

Jumpa banyakkkkk baju baby masa mengemas stor semalam. Ingatkan dah giveaway semua baju2 Ariff & Amarr masa baby dulu. Rupanya ada tersorok dalam box.

Bila keluarkan.. mak aihhh.. banyaknyaaaa. Rompers ja dah berpuluh2. Baju tidur lagi dah cukup stock sebulan. Sleeping bag, sweater cute miut, baby cap, bib semua berlambak2. Cuma mitten & booties ja kena top up.

Nasib baik tak beli baju newborn banyak2 untuk pregnancy kali ni. Kalau tak, sure ada yang tak sempat pakai macam taim Ariff dulu. Baby kan cepat membesar.

Mamoru tanya, ada apa2 lagi nak beli tak? Aku suruh dia tambah dress or baju yang girly-look ja next time :)

Rasanya berpantang kali ni aku tak stay dengan nenek or ayah. Rumah nenek dah ada family Pak Ngah. 

Anak pak ngah, Saleha (cousin aku) pun maybe deliver dekat2 dengan due date aku. So, confirm crowded rumah nenek. 

Rumah ayah pulak, Nadia (adik tiri aku), pun almost sama due date dengan aku. Confirm dia akan berpantang dengan her mom. Nak stay sesama dengan umah ayah macam tak selesa pulak sebab ada husband Nadia. So tak leh nak terbukak tersingkap terdedah sesuka hati. 

Last choice yang ada, berpantang sendiri je lah. Dah nak masuk anak ketiga dah pun.. insyaAllah ok. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...