KENGKAWAN

Thursday, September 17, 2015

Piknik kat air terjun Hutan Lipur Lentang

Cuti sempena Hari Malaysia semalam. Last minit adik2 aku plan nak pegi picnic. Contemplating nak pegi sebab Amarr tak berapa sihat lagi. Tapi, tak sanggup nak tahan telinga sebab Amarr & Ariff asyik2 sebut nama cousin2 diaorang. Rindu sangat dah kut. So, bawak je lah. 

Cuaca kat KL still jerebu & hujan. Sepanjang highway Karak pun jerebu. Tawakkal je redah ke tempat piknik ni. 

Sampai ja kawasan Air Terjun Hutan Lipur Lentang, cuaca cerah terang benderang. Tak hujan pun. Jerebu pun tadak (dalam hutan kannn..) Tak perlu hiking pun masuk ke sini. Parking keta terus terjun sungai. Ada entrance fees gak la.. Dewasa RM2. 

Air sungai jernih & cetek. Tadak batu2 besar kecuali kat kawasan air terjun or jauh sikit kedalam. Banyak pasir sungai. Bebudak suka lah kan main pasir. Mak bapak2 budak pun sukaaa...


Memasing lupa demam. Sakan berlari2 dalam sungai. Daddy pun sakan berendam. Mummy ja duduk cantik2 tepi sungai.


Dollah Tengku's clan


Makan dan makan.. sedapppp...


Mummy.. pebbles!


Ariff yang memula cranky.. tapi lepas tu tak ingat dunia berendam.


Akram syok main pasir


Ayuni, Amarr & Haziq



Korek jangan tak korek..


Daddy2 pun join mengorek pasir sekali


Best kat sini.. 


Construction in progress.. gambar construction tak amik.. tak sempat.. tapi cantik tau. Macam casle siap sistem perparitan lagi.. haha


Pak Ngah redha kena buli dengan anak2 buah


Cak

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...