KENGKAWAN

Saturday, October 31, 2015

Jangan putus asa

Kena kuat semangat. Ada lagi beberapa hari sebelum masuk minggu ke 39 pregnancy.

Masih berusaha. Berharap. Berdoa. Bertawakkal.

Try buat macam2 excercise untuk buat baby ubah kedudukan. Sampai sakit2 badan. Sungguh tak selesa.

Banyak dugaan hujung2 pregnancy ni. Terlalu banyak.  Rasa nak nangis sepanjang masa.

Entah kenapa saat2 macam ni, rasa macam Im on my own..

:(

Thursday, October 29, 2015

H I B E R N A T E

Decided to privatise this blog for a while.

Emotional unstable.

Think I'm going into depression.

Try to muhasabah.

Seeking forgiveness from Allah.

Avoid hurting myself and people I love.

Avoid harming my unborn baby.

Pregnancy checkup yang stress

Stress.

Apa ja yang tak stress lately. Semua nak stress. Lagi cuba lari dari stress, lagi lah stress tu datang kejar.

Patutnya masa2 kritikal ni kena banyak relax. Jauhkan diri dari benda negatif. Jangan terlalu banyak berfikir.

Haih.

At 38 weeks pregnancy, kedudukan baby melintang. Kepala sebelah kiri, kaki kat kanan.

Doktor dah sebut2 pasal ceaser.

Double stress.

Terus texted Mamoru. Mengadu. Rasa nak nangis ja bila Mamoru call tadi. Dia try pujuk pun tak jalan. Tak tenang gak hati ni.

Cepat lah Jumaat. Nak Mamoru balik cepat2. Nak dia peluk. Nak dia comfort kan. Nak dia. Nak Mamoru!

Note:
Berat baby 3 kg
Berat mummy 47 kg

Wednesday, October 28, 2015

Baby shower

Suprise baby shower by ofismate.

Tenkiu. Tenkiu. Tenkiu

Soooooo much!

Happy!

Semoga semua yang meraikan dimurahkan rezeki & happy2 selalu ok. Aminnnn!!







Tuesday, October 27, 2015

Jurus pekakkan telinga activated

Lunch hari ni duduk makan sorang2 kat workstation. Taknak join all the ladies makan kat pantry ofis. Karang, ada yang bagi remark menyakitkan lagi.

Tak faham aku dengan orang2 sekarang ni. Cakap tanak kalah. Semua benda dia nak expert. Maybe masa dia belajar dulu, dia amik banyak degree kut. Semua dia major. Psychology, Math, Econs, even ada master dalam Future predictation orang punya nasib & takdir. Gitu tahap keteroran orang zaman sekarang kan.

Tu pun ada juga suara2 Ms-I-Have-Pendapat-On-Everything. Kali ni tegur apa yang aku makan pulak. You makan Starbucks ke? Cafein lah. Nanti anak you.. bla bla bla.

Baru hari ni kot aku beli choc cream chip ni sepanjang aku pregnant (okay, ni kali kedua actually). Beli pun sebab teringin nak makan ais blended. Selalu, Mamoru belikan juice blended or Slurpee kat 7E. Tapi dah teringin kan.. Kedai tu je pun yang terdekat. Nak jalan jejauh ke 7E depan puduraya tu memang tak la. Jauh. Tapi ni jawab dalam hati je lah.

Sama macam semalam, aku tak jawab apa pun. Senyum buat bodo ja walau sakit hati.

Kadang2 aku tefikir gak, aku ni oversensitive ke? Asyik nak amik hati ja. Asyik nak cembeng ja.

Mungkin kot. Dah dekat2 nak deliver ni, mood memang ntahapahape. Sure membawak ke masa berpantang nanti. Swing ja.

No wonder la sampai ada perempuan terjun bangunan tinggi2 sebab stress masa berpantang. Gila meroyan kata orang. Siap masuk paper lagik.

Note to Mamoru: Sila kunci grill tingkap apartment umah kita. Kunci pi sorok jauh2 tau.

Haih. I know tak kelakar. Sorry.

Monday, October 26, 2015

Kenapa..

Dah la mood gloomy pagi2 ni. Tak bersemangat.

Makan pun kalau ikut hati, memang tak lalu dan tak nak langsung.

Nasib baik akal masih rasional. Pujuk hati pi makan. Dah dekat nak deliver. Makan kena jaga. Nanti tak cukup energy nak push baby.

Baru nak menghadap makanan, sorang colleague bagi remark yang sangat menyakitkan.

Mata dah start nak berair. Tapi, cuba cover perasaan dengan senyuman. Suap makanan laju2. Cepat la habis nasi ni.

Statement dia tak lah sekejam mana. Cuma, dari minggu lepas lagi dia pertikaikan kenapa aku tak set date untuk delivery. Katanya, masa zaman dia bersalin dulu, dia set date sendiri. Pilih tarikh untuk induce. Jadi tak perlu tertunggu2 bila baby nak lahir.

Aku hormat cara dia. Berani serah diri pergi induce. Tapi tak boleh ke dia hormat pilihan aku untuk deliver secara normal & natural. Biarlah bila pun. Kalau Tuhan cakap hari ni aku bersalin, aku terima ja. Kalau Tuhan cakap bulan depan pun aku tak kisah.

Kata dia, aku bakal menyusahkan orang sekeliling.

Kalau tiba2 aku rasa nak bersalin masa kat ofis, aku akan menyusahkan satu department untuk hantar ke hospital. Katanya, pandai2 lah aku cari jalan nak pergi hospital sendiri. Dia tanak masuk campur sebab dah dua kali dia sound aku suruh pergi induce.

Dan kata dia lagi, aku bakal menyusahkan husband sendiri yang terpaksa drive macam orang gila dari Melaka ke KL. Sampai cakap kalau husband accident atau mati, padan muka aku. Sila salahkan diri sebab tak pandai plan waktu bersalin sendiri.

Bukan itu ja, aku juga akan meyebabkan kiddos tak terurus dan menyusahkan orang yang terpaksa menjaga kiddos disebabkan aku sendiri tak tahu bila aku akan deliver.

Aku tak marah, tak jawab atau balas apa pun statement yang dia bagi. Tak mampu nak bersoal jawab dengan dia. Takut air mata mengalir tiba2.

Akal kata biarlah. Hati dah parah dengan terlalu banyak perkara yang jadi. Setakat ayat2 pedas dia, apalah sangat.

Orang2 macam dia (dan aku juga) perlukan hidayah. Semoga Tuhan ampunkan aku dan dia.

Kadang2 kita terlalu yakin sampai bercakap perkara yang senang pada kita tapi tidak pada orang lain. Hari ni aku maafkan dia. Semoga satu hari nanti, kalau2 aku terlepas kata pada sesiapa, harap sudilah orang itu maafkan aku seperti ni juga.

Tapi, itu lah... dalam cuba nak kuatkan diri, nak redha hati ni menangis juga.

38 minggu

Still counting.. haha. Dunno la how many days lagi nak count. Ke baby A ni nak tunggu November? Nak sama2 share birthday month dengan abang Amarr.

Alhamdullilah, dah hujung2 ni, still takda masalah pregnantkan baby A. Sama macam abang2 dia. Malah lebih senang lagi. Sebab langsung tak ada kaki cramps or back pain or sleeping problems or morning sickness or swollen feet, etc.

On that part je lah selamat. Cuma dugaan tu Tuhan bagi dalam bentuk lain. Pasrah & redha.

Sabtu aritu just spend masa dengan rest. Rest ja sepanjang hari. Makan pun main order2 ja. Lagipun Mamoru tak ada. Keje.

Ahad baru keluar berjalan. Shopping barang2 rumah. Pastu mengemas rumah untuk kali terakhir. Habis berkilat Mamoru sental semua bilik air. Lantai, Bilik stor, semua2 lah. 

Pasni boleh hibernate dengan tenang. Rumah dah tip top. Tunggu kedatangan cik baby ja.


Konon2 nak ambil gambar perut yang dah last2 day ni... tapi lighting dan kaler baju yang aku pakai tak membantu langsung. Gelap ja.. tak nampak perut pun.. huhu

Ok ni baru nampak sikit. Pandangan sisi perut. 

Berat tak timbang lagi. Aku agak2 dalam 47kg kut? 

Suka berat camni. Tak rasa macam jerangkung sangat kann..

Tengah berfikir2 sama ada bak gunting rambut pendek atau straighten kan lepas pantang nanti.

Gambar kiddos wajib ada walaupun diaorang ni memang payah sangat suruh bergambar :(

Saturday, October 24, 2015

Layan contration lagi

Baby dah engaged. Maybe sebab tu kekejap kang rasa contraction. Tak sakit pun. Tapi tak comfortable la jugak.

Not now baby, please. At least bagi mummy beberapa hari lagi untuk settlekan keje kat ofis. Pastu kalau baby nak keluar, mummy ready.

Taim2 camni, duk terfikir, kalau memang dah masa untuk baby lahir, macam mana eh?

Mummy boleh ja angkut beg pi hospital sorang2. Tapi kiddos? Nak kena hantar kiddos ke rumah cousin diaorang. Kalau bawak pi hospital sama, siapa pulak nak jaga? Walaupun kat sana nanti amik single room, still, kena ada orang monitor jugak. Kalau tak kang, havoc satu wad bersalin.

Harap, bila masa tu sampai, daddy dah ada kat sini. Tak la mummy kalut buat semua sorang2. Semoga dipermudahkan semuanya. Macam masa mummy lahirkan Amarr dulu. Aminn.

Tetengah malam ni tekak boleh pulak teringin nak makan soto. Tak pun lontong. Ni baby yang nak or mummy yang mengidam? Ngengada sungguh lahai tekak ni.

Haih... Daddy jauh. Sabarr tekak na.

Friday, October 23, 2015

Postpone checkup

Supposed esok ada maternity checkup macam biasa. Tapi, Mamoru tak dapat teman. Dia kerja esok. Nak pergi sorang2 macam malas. Postpone next week je lah.

Last 2 weeks berat baby 2.5 kg. Rasanya by now baby dah cecah 2.9 kg kut.

Lunch hour tadi habiskan masa dengan shopping. The best theraphy kannn.

Beli lagi barang baby lagi. Beli toys juga. Nak menangis masa bimbit barang shopping balik ofis. Berat.

Uwaaa....

Satgi nak balik keje pun satu hal lagi nak bawak barang2 ni naik LRT.

Uwaaaaaaaa.....

Thursday, October 22, 2015

Layan contraction

Belum masanya. False alarm. Layankan ja.

Maybe sebab terlalu stress.

Sabar ya baby. Kita sama bertahan & bertabah ya.

Malam ni mummy rasa nak nangis ja. Dua tiga hari ni asyik cembeng tak sudah.

Sorry baby.. hope it doesn't affect you in there.

Biar orang buat kita, biar orang aniaya kita. Tapi jangan sesekali kita buat orang.

Ingat tu ya sayang.


Tuition Ariff

Mamoru suruh stop kan Ariff dari tuition untuk sementara sebab risau aku ulang alik sampai 2 kali amik kiddos dari BBIM.

Sekali amik Amarr pukul 6.30 petang, pastu sekali lagi pegi amik Ariff balik tuition pulak pukul 8.30 malam.

Mamoru takut aku penat & tak larat. Sebelum ni, adik no.7 ada juga tolong hantar & ambil Ariff. Tapi dia dah tak duduk dengan aku lagi since lepas dia tunang aritu.

Ikutkan memang penat. Sampai keras2 perut paksa berjalan. Tapi takpa lah. Ariff pun tak lama lagi nak masuk sekolah rendah. Aku nak make sure dia pandai membaca, mengira & menulis sebelum dia jejakkan kaki masuk darjah satu. 

InsyaAllah, masa dalam pantang nanti, aku pulak take over untuk ajar dia personally (unless aku dapat cari cikgu tuition kat area Melaka untuk ajar dia nanti).




Komen teacher tentang Ariff :)

Menghitung hari, detik demi detik

Kalau ikut timing masa lahirkan Amarr dulu, maybe next week aku akan bersalin. Next week genap 38 minggu pregnancy.

Semalam dah start handover keje kat ofis. Boss aku risau aku deliver awal. Yelah, time Amarr dulu memang takda signal langsung nak deliver. Tau2 doktor terus tahan masa pegi checkup macam biasa sebab dah 4cm dilated. Tak rasa apa pun.

Buat masa ni nervous dah tolak tepi. Dalam kepala ni penuh dengan benda tak sepatutnya. Dengan frust bab transfer lagi. Tak kosentret sangat bab nak bersalin.

Cuma pening bab nak berpantang kat mana. Aritu dah confirm nak duduk kat Alor Gajah dengan Mamoru. Berpantang sendiri2 ja. Tanak susahkan sesiapa. Tapi my stepmum pulak terkecik hati sebab aku tanak duduk pantang dengan dia. Dia ingat aku merajuk. Kata dia, kalau aku tanak berpantang kat umah ayah, dia nak pindah dari rumah yang aku beli tu. Aduyaiiii... apa pulak ke situ dia fikir.

Aku bukan merajuk or kecik hati. Sebab utama aku tanak berpantang kat rumah ayah or rumah nenek sebab dua2 rumah tu dah ada cousin & adik tiri yang turut berpantang serentak. Tu ja pun.

Aku jenis suka suasana yang tenang. Tak ramai orang. Sebab aku tak suka dengar orang2 punya suggestion or ajar aku nak kena pantang macam mana or nak jaga anak macam mana. Rimas. Nanti aku stress. Lagipun aku ada dua hero2 kecik yang lasak dan suka buat bising. Kang takut diaorang buat havoc kacau baby2 lain nak tido. Haru pulak.

Tapi demi nak elak my stepmum terkecik hati, maybe aku akan berpantang kat umah ayah. Sekali dengan my stepsis. My stepmum tu macam arwah my mum jugak. Aku sayang dia coz dia sayang dan jaga ayah aku. Sanggup susah payah hidup dengan ayah aku duda anak 10. Nasib baik masa dia kahwin dengan ayah, kami adik breadik dah besar gajah. Dah habis belajar.

Tapiiiii seminggu je lah aku akan berpantang kat situ kut. Pastu aku akan stay dengan Mamoru kat Alor Gajah sampai habis maternity leave tiga bulan.

Bulan February tahun depan baru aku balik KL. Boleh?

Takpa, let's wait until next week. Kalau jadi bersalin, boleh say babai to KL and see u again next year 😜😜😜😜


Wednesday, October 21, 2015

Belajar untuk redha

Tahan2 air mata semalam gugur jugak akhirnya.

2 kali.

Sekali dalam ladies kat office sebelum balik keje semalam. Tapi sekejap je lah. Tak sampai 5 minit pun sebab teringatkan nak fetch kiddos kat sekolah. Itupun dah merah2 hidung. Terpaksa tunduk ja jalan ke LRT.

Sekali lagi masa tengah malam tadi. Terjaga tidur nak pergi toilet, tengok Mamoru duduk kat hujung katil. Dia baru balik dari Sabah. Supposed aku fetch dia kat airport tapi aku tak larat.

Mamoru tolong aku bangun. Pimpin aku sampai depan toilet. Tunggu kat depan pintu sampai aku keluar. Pastu pimpin aku lagi sampai ke katil. Aku tak cakap apa2 pun dengan dia. Rasa sebak tiba2. Tapi boleh kontrol lagi.

Bila dah baring, Mamoru tarik aku atas lengan dia. Usap rambut aku. Dia suruh aku sabar. Masa ni aku air mata terus mengalir macam air terjun. Suara ja tak keluar sebab takut kiddos terjaga.

Sepanjang aku nangis, Mamoru berzikir tenangkan aku yang tersedu2 macam budak kecik. Tak ingat berapa lama aku nangis. Terus tertidur. Bangun2 ja dah subuh.

Subuh tadi juga Mamoru balik Melaka semula.

Haih. Sampai bila life nak macam ni, aku pun tak tahu. Moga ada rezeki aku pindah Melaka.

Pagi ni still ada rasa sebak lagi. Asyik nak cembeng ja. Mata pulak mudah ja berair.

Sabar lah aD. Belajar untuk redha.

Tuesday, October 20, 2015

Hancurnya rasa hati

Semalam dapat good news tentang request untuk transfer ke Melaka.

The company is going to arrange an engagement session for me to meet the people from Johor & Melaka HQ.

Few of the bosses in here already aware of my pregnancy condition - sepatutnya tak ada problem. Lagipun, proses nak transfer amik masa at least 2 bulan. Which HR kat HQ KL pun cakap ok. Not a problem. If everything went well, habis ja maternity leave boleh start keje kat tempat baru (Melaka).

But then, becoz of an email sent by my superior today, stated my advance stage of pregnancy, the people from Johor & Melaka HQ decided to re-schedule my engagement session until I come back from maternity leave (which is another 3 months!) Dan itu pun tak jamin, bila aku akan dapat transfer atau sama ada position tu open immediately atau kena tunggu lebih lama lagi.

.....................TahanAirMataDariMengalir.....................

Rasa nak tutup muka dengan bantal dan nangis semahunya!

37 weeks

Balik dari mengaji, ajak kiddos makan kat kedai bawah rumah. Bukan main eksaited lagi depa dua orang ni. Bukan eksaited nak makan. Tapi eksaited nak terjun swimming pool. 

Aku dah tak daya nak halang. Ikut suka depa la. 

Tengah2 mandi dan berlari2, Amarr terjatuh. Tak luka pun. Aku ja terperanjat lebih. Berlari gi dapatkan Amarr. Tak sedar diri ni menunggu hari. Tak sedar kawasan kolam tu licin. Nasib baik tak jatuh sama.. huhu.

Lusa nak travel ke Johor Bahru. Ada urusan keje sikit Plan asal, nak drive sendiri ja. Nak naik flight pun confirm tak lepas. 37 weeks pregnant kan..

Tapi Mamoru tak kasi. Dia takut aku terberanak atas highway.. haha. So, pergi dengan Mamoru lah nanti. 

Boleh jalan2 cari makan. Aku tengok kat fb, kat JB ni ada macam2 kedai makan yang best2. Jom try tengok betul ke idak.

Semoga perjalanan ke JB dipermudahkan. Aminn.

Cik baby dalam perut sila behave okay. Mummy nak jalan jauh ni.


Memasing mandi pakai seluar tidur. Gasak lah.

Jauh beza badan Amarr yang tak memilih makan dengan Ariff yang agak choosy. 

Friday, October 16, 2015

Kiddos kat Melaka

Daddy work. Mummy cuti. Kiddos ponteng tadika.. haha.

Selagi mummy larat, mummy bawak pi berjalan nah. Nih untuk cover masa yang mummy akan amik masa berpantang & jaga baby nanti.

Semalam keluar berjalan sampai malam baru balik umah. Atuk siap call tanya mummy kat mana. Atuk risau mummy sarat barat tapi berjalan tak ingat dunia.. hahahaha.













Tuesday, October 13, 2015

Amarr tak sihat

Asthma attack. Jerebu punya pasal. Kelam kabut mummy bawak gi klinik pukul 4 petang tadi.

Haih.

Semoga cepat sembuh sayang2 mummy. Need both of u to be healthy and strong for mummy. Coz mummy dah tak kuat. Adik gegirl dah nak keluar Both of u kena jaga mummy, especially weekend ni. Coz daddy takda. Daddy kena pegi Sabah. Dia kena lead satu team naik gunung Trusmadi.

Daddy ada cakap nak tarik diri dari trip tu. Coz risaukan mummy yang tengah tunggu hari. Takut juga kalau2 mummy kena deliver baby awal.

Tapi mummy tak sampai hati nak biarkan team xpdc naik gunung tu tanpa team leader (daddy). Semua team tak penah pi situ. Ada yang beginner lagik. Lagipun daddy yang organize. Daddy yang ajak diaorang semua pi sana (masa tu daddy tataw mummy pregnant) Kalau daddy tarik diri, sure kelam kabut yang lain2 kat sana.

Its ok. Daddy jangan risau ya. Doakan mummy kuat. Sentiasa ampun kan dosa2 mummy. Dengan izin Allah swt dan redha daddy, mummy dengan baby gegirl akan baik2 ja sepanjang daddy kat sana nanti.

Lets pray its not time yet ok. Lets pujuk baby gegirl keluar on time. Jangan keluar masa daddy takda. Mummy tanak masuk labour room tanpa daddy. Nangis mummy nanti.



36 minggu

Dah hujung2 pregnancy ni mood craving adalah sangat pelik.

Crave for designer handbags
Crave for gorgeous heels
Crave for pweetttyy dresses 
Crave for bling2 hanphone's case (nak yang bedazzled)

Kenapa eh? Ada kah sebab pembawakan baby girl?

Aku ada collection makeup penuh satu suitcase besar. Beli sebab suka makeupkan orang. Tak sampai 5% dari semua makeup tu aku guna. Jarangggg sangat. Tapi sejak dua menjak ni, rajin pula aku bereksperimen dengan muka sendiri. Duduk rumah pun pakai makeup. Wangi2. Hairdo pun buat sendiri. Cantik2. Padahal tak pegi mana2 pun.

Bab masak. Pun pelik. Mood memasak sentiasa on walaupun perut sarat barat. Ada je idea nak masak. Sampai Mamoru suruh stop okay. Sebab perut penuh. Tak boleh nak sumbat. Dah la semua running event dia kena postpone.. sure dia takut perut dia jadi sebesar perut aku. Makan non stop tapi tak excercise.

Or memang ni perangai perempuan yang dah dekat umur 40an? Always nak cantik2. Tanak terima kenyataan umur dah tua (haha) and still nak bersaing dengan budak remaja (kes takut suami pandang perempuan muda.. hahahaha).

Maybe jugak kan.

Tapi kan... having this baby, buat aku rasa diri rasa semakin muda. Boleh centu?

Rasa tak sabar nak tunggu baby besar. Nak buat macam2 benda sama2 dengan baby. Nak makeup cantik2 sama2. Dress up sama2. Jalan2 sama2.

Hm. Maybe ni lah yang mak2 rasa bila dapat baby girl kan?  Aku je baru dapat peluang nak merasa.. hihi.

Monday, October 12, 2015

Minggu untuk rest

Going back hometown. Minggu ni minggu cuti. Nak spend masa kat Melaka.

Duduk KL kalau cuti pun confirm tak rehat. Selagi tak deliver, ada je benda yang aku nak buat. Prepare untuk hibernate katanyer.

Shopping dress baby 24 jam
Kemas rumah tak henti2
Masak non-stop sampai Mamoru suruh stop.

Serious okay. Ahad aritu dari celik mata sampai ke malam aku memasak. Buat kuih, buat donut, masak breakfast, lunch.. Itupun bila aku nak start buat onde2 buah melaka dengan kuih agar2 santan gula melaka, Mamoru suruh aku stop. Dia tak larat nak makan katanya.. tsskkkk.

Yelah, bosan kut asyik terbaring ja. Bab2 mengemas Mamoru dah buat. Memasak je lah yang boleh buat aku bergerak.

Eniwei, aku dalam proses menghabiskan annual leave. Malas nak carry forward.

Happy je kiddos bila ajak balik Melaka esok. Siap request nak pegi beach. Layankan aje. Boleh makan nasi goreng kampung tersedappp kat tepi pantai Pengkalan Balak nanti.

Pastu boleh melawat cousin aku yang baru bersalin & tengah berpantang kat rumah nenek. Dia dapat baby girl.

Tahun ni atuk Dollah dapat cucu perempuan je. My step sister pun tengah tunggu hari gak macam aku. Baby girl jugak. My SIL no.3, dijangka deliver bulan December. Pun baby girl. After so many years cucu ayah di-dominate cucu lelaki, now turn gegirls pulak menyerang :)

Will be staying in Melaka till end of this week.

Sunday, October 11, 2015

Sabtu punya cerita

Jalan2 hari Sabtu.

Daddy punya event KL FoodHunt cancelled sebab jerebu. So habiskan masa atas jalan and create our own food hunt.. haha. Pastu, driving to no where around KL sebelum end up kat tugu negara.


4 of us

Selfie dengan Amarr. Layankan je lah mimik muka dia yang macam2 nih. 





Ariff yang susah sangat nak suruh bergambar




Friday, October 09, 2015

Pregnancy checkup

Again tak dapat tengok muka baby. Dia tutup dengan tangan. Suka tau nak suprise2 kan mummy.

Frust tau. Uwaaa..

Takpa. Few more weeks ja lagi kan.. jumpa nanti ya.

Berat mummy naik lagi sekilo. Dah jadi 46kg. Berat baby at 35 weeks pulak dah 2.5kg

Good girl. Amik je lah apa2 zat kat mummy ni. Janji awak sihat dan sempurna.

Alhamdullilah. Senang sangat pregnantkan cik gegirl ni. Setakat hari ni, memang takda morning sickness, sakit belakang, cramp atau bengkak kaki, etc. Cepat penat tu standard la kan. Dah nak masuk 9 bulan. Pergerakan agak terbatas. Jalan pun tak boleh nak gagah2 macam dulu.

Moga proses nak bersalin nanti turut dipermudahkanNya. Aminnn (tatotttt nihh)

Next appointment another in 2 weeks.

Thursday, October 08, 2015

Cuti2 Pulau Perhentian

Throwback bulan March aritu. Bersawang dah draf ni dalam entry. Kes nak upload tapi tertangguh sebab nak tunggu gambar dalam kamera Canon yang tak jumpa sampai hari ni. Ntah mana pi kamera tu. Nih pun gambar dari henfon ja.

Layan gambaq je lah nahh.


Ni masa baru sampai kat airport Kota Bharu. Kiddos happy sangat sebab dapat naik aeroplane, naik teksi, naik speed bot

Kitaorang stay 4 hari kat Pulau Perhentian Kecil. Kat resort Shari La. Dapat bilik aircond. Memang best layan panas2 kat beach pastu melepak dalam bilik.

Main pasir kat Long Beach

Xtvt kat sini, bangun pagi, main pasir, mandi laut.. ulang hari2. Tak jemu lak tu.

Kat Long Beach ni sangat sosial. Ramai minah saleh topless kat sini. Jangan kata orang lelaki, aku pun duk cuci mata sekali

Pakai topi, sunglasses, tapi lepak dalam bilik.. haha

Mamoru & me

Masa ni tengah preggy almost 1 months

Ariff santai

Hammock ni too big for Amarr

Shari La private beach

My kids

Leka built something from corals

Layan sunset

Otw balik ke airport

Hitam legam memasing time nak balik :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...