KENGKAWAN

Tuesday, October 13, 2015

36 minggu

Dah hujung2 pregnancy ni mood craving adalah sangat pelik.

Crave for designer handbags
Crave for gorgeous heels
Crave for pweetttyy dresses 
Crave for bling2 hanphone's case (nak yang bedazzled)

Kenapa eh? Ada kah sebab pembawakan baby girl?

Aku ada collection makeup penuh satu suitcase besar. Beli sebab suka makeupkan orang. Tak sampai 5% dari semua makeup tu aku guna. Jarangggg sangat. Tapi sejak dua menjak ni, rajin pula aku bereksperimen dengan muka sendiri. Duduk rumah pun pakai makeup. Wangi2. Hairdo pun buat sendiri. Cantik2. Padahal tak pegi mana2 pun.

Bab masak. Pun pelik. Mood memasak sentiasa on walaupun perut sarat barat. Ada je idea nak masak. Sampai Mamoru suruh stop okay. Sebab perut penuh. Tak boleh nak sumbat. Dah la semua running event dia kena postpone.. sure dia takut perut dia jadi sebesar perut aku. Makan non stop tapi tak excercise.

Or memang ni perangai perempuan yang dah dekat umur 40an? Always nak cantik2. Tanak terima kenyataan umur dah tua (haha) and still nak bersaing dengan budak remaja (kes takut suami pandang perempuan muda.. hahahaha).

Maybe jugak kan.

Tapi kan... having this baby, buat aku rasa diri rasa semakin muda. Boleh centu?

Rasa tak sabar nak tunggu baby besar. Nak buat macam2 benda sama2 dengan baby. Nak makeup cantik2 sama2. Dress up sama2. Jalan2 sama2.

Hm. Maybe ni lah yang mak2 rasa bila dapat baby girl kan?  Aku je baru dapat peluang nak merasa.. hihi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...